Monday 26 March 2012

Bercinta Sebelum Bernikah..

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia tentang "Bercinta"



prof. Dr.Syeikh Yusof Al-Qaradawi, mufti global, Berkata

1. saya ingin tegaskan, bahawa saya tidak memuji atau mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.

2. ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpancaran melalui talefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.

3. sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpancaran melalui telefon atau Internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.

4. Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.

5. Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum menikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada perbuatan, percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan cara bersunyian, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

6. Dalam keadaan seperti ini, remaja boleh terjerumus dalam lembah maksiat, sebab kedua-duanya bukanlah malaikat yang suci dan bukan juga para nabi yang maksum.

7. Kadang-kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosial ataupun pendidikannya. kesannya, kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan.

8. Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab sebelum Barat memerangi kita, iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing-masing.

9. Perkara yang sesuai dirisik ialah:
  • Menilai keserasian antara kedua-duanya.
  • Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi,kematangan akal,ekonomi dan status sosial.
  • tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga,adat tradisi masyarakat,  undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
10.Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentleman) pergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itu menaruh minat kepadanya. ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.

11. Apabila "kapak sudah menacap di kepala" (cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamatinya dengan saksama, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis nabi,maksudnya,"tiada yang lebih patut kepada orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim). dengan kata lain, nikah ialah cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.

12. Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga. 
(Fatawa Mu'asirah,jil. 2, hlm. 348-349)

Buku: Ciri-ciri unggul masyarakat Islam




Oleh: Prof. Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

1. tidak bercampur dengan lalaki atau wanita asing(bukan Mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan dan dengan kadar yang mencukupi. contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta katakwaan.

2. wanita tidak dihalang daripada berkhidmat kepada masyarakatnya. di samping itu, wanita tersebut juga tidak boleh mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (beliau memberi panduan boleh memendang atas dasar urusan tetapi tidak memandang terlalu lama).

4. Berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan, tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut,leher,tengkuk, kedua-dua belah lengan dan betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram sahaja.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.

7. menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang Syahwat.

8. mengelakkan diri daripada khalwat.

artikel dari ruangan Remaja dalam Solusi isu 41
oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, lulusan UIAM( fiqah dan psikologi). mengambil ijazah bacaan al-Quran bersanad dan daurah bahasa arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. menyambung sarjana di UIAM. kini pensyarah di UM. blognya...http://sebarkanbahagia.blogspot.com..

saya hanya copy...:)

assalammualikum

1 ulasan:

Tuan Penulis said...

Lawati blog saya & tinggalkan komen anda...yea..!!

http://ceriterautara.blogspot.com/