Saturday 31 December 2011

Modern Lut



Assalammualaikum.

Alhamdulillah, and grateful to our god, Allah Taala. Becouse he has give me an opportunity to write a new article titled Modern Lut. And Allah has give a chance to you, the readers to spread the beautiful of islam to the world.

First of all, I want to ask for forgiveness to all raeders becouse of my english skill and grammar. This is my first article in english.

Lets move to our main topic, as you can see, i deliberate to choose this topics titled Modern Lut becouse our modern world also do what  Lut clan do, Homosexual or gay. Latest (when I writing this article) in news also report about this case. A Student, an overseas student who are excellent student have married an English man. I also can’t believe it. How can a brilliant boy that give an excellent brain and mind by Allah to think which one is good or bad can do that ugly thing. He just repeats what Lut clan do. Indeed Allah has sent them the great prophet to show them the truth ways. The ways that Allah promise to his beloved mankind the heaven.  



Surah HUD records the story of this clan. How them have been destroyed by almighty Allah S.W.T. just in one night. And until now, nobody knows or imagines the disaster that destroys them.

All people know how the Lut clan is. Lut clan also known as Sodom clan. They were the first humankind. After prophet Lut propagate to the truth ways to loyal the Allah. They keep continued do the sin. Then Allah send 3 angel which is Jibrail, Mikael, and Israfil to destroy them (Sodom clan). Before that, they meet prophet Abraham and Sarah (Abraham wife).






MEANING: There came Our messengers to Abraham with glad tidings. They said, "Peace!"
He answered, "Peace!" and hastened to entertain them with a roasted calf. [HUD 11:69]

 But suddenly the entire guest (angel) does not touch the food even a little.




MEANING: But when he saw their hands went not towards the [meal], he felt some
mistrust of them, and conceived a fear of them. They said: "Fear not: We have
been sent against the people of Lut." [HUD 11:70]



And the angel tell Sarah about she will have a son named Isaac (Ishak) and after that Jacob (Ya’akub)
The 3 angel arrive at Lut village and change into 3 handsome men. They asked Lut’s daughter to accept 3 of them as a guest. Because she do not know that 3 of the man were angel she said to her dad to accept them before the villagers disturb them. But Lut’s wife told everyone that she have 3 handsome guest.





MEANING: And his people came rushing towards him, and they had been long in the habit
of practising abominations. He said: "O my people! Here are my daughters: they
are purer for you [if ye marry]! Now fear Allah, and cover me not with shame
about my guests! Is there not among you a single right-minded man?" [HUD 11:78]

 the villagers answers has recorded in Quran surah Hud verse 79



MEANING: They said: "Well dost thou know we have no need of thy daughters: indeed
thou knowest quite well what we want!" [HUD 11:79]

Prophet Lut reply




MEANING: He said: "Would that I had power to suppress you or that I could betake
myself to some powerful support." [HUD 11:80]

Suddenly the 3 of the guest says


MEANING: [The Messengers] said: "O Lut! We are Messengers from thy Lord! By no means
shall they reach thee! now travel with thy family while yet a part of the night
remains, and let not any of you look back: but thy wife [will remain behind]: To
her will happen what happens to the people. Morning is their time appointed: Is
not the morning nigh?" [HUD 11:81]

They said to Lut and his family to run away and never look behind. But prophet Lut’s wife do not care about the massage then she also have been ruin with the villagers.




MEANING: When Our Decree issued, We turned [the cities] upside down, and rained down
on them brimstones hard as baked clay, spread, layer on layer. [HUD 11:82]



MEANING: Marked as from thy Lord: Nor are they ever far from those who do wrong! [HUD 11:83]



From the story. We can deduce many moral value and bad effect to our self. The god have created us in the best condition. Allah has created each of his creatures a pair. Our beloved prophet Muhammad S.A.W has warned us about gay or lesbian. And these people has damn by Allah. And those who are follow what prophet Lut’s people do.  He also will be damn. And hell is the last place.



So my brothers and sisters, there are still have time to ask for His forgiveness and we need to change our self and people around us. While this time, before Izrael comes to take our soul. Let’s pray together for hinder us from these entire damn thing…Amin.



That is it for the first article in English. And maybe the next article will come soon



ASSALAMUALAIKUM...

Wednesday 21 December 2011

Hudud ! benda pa tu....

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, video ini saya menjumpainya sewaktu membaca blog ummu Ammar. terima kasih kepadanya.
dan takdir Allah telah memberitahu saya untuk berkongsi kepada semua pembaca mengenai hukum hudud.
sesungguhnya video ini tiada kaitan dengan politik atau kepentinggan individu. dan hukum Allah harus kita jalani kerana ia WAJIB bukannya sunat. dan kedudukan WAJIB itu adalah misti dan sekiranya kita tidak jalani Maka berdosa besarlah kita.

renung-renungkan



Sunday 18 December 2011

ujian



ASSALAMMUALAIKUM.
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Ilahi kerana memanjangkan umur saya untuk menyampaikan sedikit ilmu kepada anda si pembaca. Dan juga kepada  anda yang telah diberi peluang untuk menyebarkan syiar islam di dunia.

Pernahkah sesekali yang anda semua diduga dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidup anda. Sudah tentulah ya bukan?. Setiap insan mempunyai masalah yang tersendiri, keluargan, masyarakat, anak-anak, malah antara rakyat dan pemimpin itu. Dan pernahkah anda sebagai hamba-Nya yang lemah ingin berputus asa.

Cuba fikirkan mengapa kita diduga oleh ujian yang sebegini berat. Saya sendiri diduga semasa ingin menulis artikel ini, tetapi jika kita sabar dan terus berusaha percayalah bahawa suatu hari nanti nasib dan takdir anda akan diubah. Allah menduga umatnya bukan untuk bersuka ria dan tidak menyayangi hambanya. Saya ada rakan yang hampir putus asa kerana diduga oleh ujian Allah, sehinggakan dia sanggup berkata bahawa Allah tidak menyayanginya dan Allah itu tidak wujud,jika wujud mengapa dia diduga sebegini rupa.

Astaghfirullah, kami sebagai rakan-rakannya faham bahawa dia sebenarnya dalam dilema kehidupan. Ada kalanya kita berada di atas dan akan ada suatu hari nanti kita berada di bawah.tetapi cuba fikirkan adakah Allah itu bersifat kejam sesungguhnya Ar-Rahim dan Ar-Rahman Allah itu ada. Sebagai bukti surah Al-Mukminun Ayat 62



Maksudnya: Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya

Sepanjang minggu peperiksaan ramai rakan saya yang menceritakan masalah rakan-rakan mereka yang tewas dalam ujian ini. Sesungguhnya Allah telah menjanjanjikan kebahagiaan di akhirnya. Jika saya diduga dan diuji saya hanya fikirkan satu sahaja. Iaitu rasul tercinta kita dan para nabi sebelumnya. Rasulullah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menyebarkan islam. Semasa baginda masih dalam kandungan ibunya, bapa baginda Abdullah bin Adbul Mutalib meninggal dunia. Semasa baginda berumur 6 tahun ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia dan pada usia 8 tahun datuknya, Abdul Mutalib pula meninggal dunia.

Semasa menyebarkan dakwah kaum Quraish mencaci baginda, menghina, melontarkan najis, mengusir, memulaukan keluarga baginda dan banyak lagi. Cuba fikirkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. yang dikasihi dan menjadi kekasih Allah telah diuji sebegini rupa. Tentu ada sebab musabab Allah menurukna ujian yang berat kepada baginda. Sesungguhnya itulah tanda Allah menyayangi Hamba-Nya.

Allah menurunkan ujian ada banyak sebab, untuk menguji kekuatan iman hamba-Nya, untuk menghapus dosa-dosa yang lalu, untuk meningkatkan iman para hamba-Nya. Tak percaya Al-Baqarah telah membuktikannya.

Maksudnya: Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar.

Tetapi kita umat akhir zaman sentiasa berputus asa dan tidak mengharapkan pertolongannya. Sesungguhnya Allah telah bersabda dalam surah Al-Mukmin, 60




Dan tuhanmu berfirman: “berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina”

Adakah kita pernah untuk berharap pada Nya. Cuba fikirkan


Maksudnya: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata:”sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Saya sebenarnya tidak mampu untuk memberi tafsiran atau gambaran kepada anda semua mengenai ujian Allah S.W.T. tetapi apa yang saya ingin katakan ialah bahawa Allah sesungguhnya amat sayang kepada anda semua termasuk diri saya sendiri. Adakah Allah meminta anda untuk membayar ganti rugi nyawa, oksigen, dan rezeki yang melimpah ruah.

Cuba fikirkan jika nak dibandingkan amalan kita dengan nikmat yang dikurniakan tuhan. Betapa kecilnya dan kerdilnya jiwa ini. Hanya diuji dengan sedikit sahaja ujian berbanding para nabi dan ambiya lalu dalam membawa kita ke jalan yang benar ini.

Buat akhir kata cuba renung-renungkan dan gunakan mata iman dan akal untuk mengetahui mengapa dan apa hikmah disebalik ujian Allah S.W.T...

ASSALAMMUALAIKUM.

Thursday 8 December 2011

English version

Assalammualaikum

News..

After this maybe this blog will have 2 version article.
in English version and Bahasa Melayu version..
but in English its take a time to complete
due to my english skill and grammar..
Thanks for supporting me all the time

Islam will rise again

Assalammualaikum

Fadhilat Al-Quran



ASSALAMMUALAIKUM

artikel dari rockbebeh.blogspot.com

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Rahsia syafaat diakhirat dengan membaca surah Al-Mulk.

Ini antara fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-

1) Mendapat syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk”

2) Menyelamatkan daripada seksa kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. (HR At-Tarmizi)

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat tersebut menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini ‘from scratch/nothingness’, dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai nota kaki, Bilal Philips ada menyarankan bahawa teori Einstein yang terkenal, iaitu E = mc^2 adalah suatu pernyataan yang berunsurkan syirik, kerana ianya membawa maksud tenaga itu kekal, yakni tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ini adalah bertentangan dengan sifat Allah yang berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya ” Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :

” Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”



Kita harus mendidik anak-anak untuk mencintai al-Quran

Saturday 3 December 2011

Siapakah Sultan Muhammad Al-Fateh

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Bukti Islam tidak mengguna kekerasan
dipetik dari 
http://tokoh1038.blogspot.com/2005/08/sultan-muhammad-al-fateh.html
Pagi 22 April 1452 bersamaan dengan 852 Hijrah, penduduk Constantinople dikejutkan dengan laungan takbir, paluan gendang, dan nasyid. Demikian gema kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh. Sekali gus gema itu seolah-olah satu serangan psikologi kepada penduduk kota berkenaan. Penduduk Constantinople seperti tidak percaya kekuatan tentara Muhammad al-Fateh. Tidak dapat dibayangkan, bagaimana tembok setebal 4 lapis, setinggi 25 kaki, dan sejauh 160 kaki itu berjaya ditembusi oleh tentera Muhammad al-Fateh? 

Suatu yang menakjubkan, tentera Sultan Muhammad al-Fateh telah membawa kapal-kapalnya masuk ke perairan Tanjung Emas merentasi bukit melalui jalan darat! Taktik peperangan seperti ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana tentera sebelum ini. Tentera Uthmaniah dengan semangat dan kekuatan yang luar biasa telah berjaya menarik 70 kapal dari Selat Bosphorus ke Tanjung Emas. Tiada siapa yang dapat membayangkan bagaimana semua itu boleh berlaku hanya pada satu malam. Sedangkan mereka terpaksa melalui bukit yang begitu tinggi dengan jarak yang melebihi tiga batu. Sebahagian mereka menyangka bahawa tentera al-Fateh mendapat bantuan jin dan syaitan! 

Siapakah sebenarnya Sultan Muhammad al-Fateh ini? Beliau ialah sultan ketujuh Khilafah Islamiah Othmaniyah. Beliaulah pembuka kota Constantinople atau yang dikenali hari ini sebagai Istanbul. Ketika itu beliau baru menjangkau usia 26 tahun. Peperangan yang maha hebat itu memakan masa selama 54 hari. Keadaan inilah yang pernah dibayangkan oleh baginda s.a.w. ketika dalam perang Khandak. Antara lain baginda bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Constantinople itu pasti akan dibuka. Sebaik-baik pemimpin ialah ketuanya dan sebaik-baik tentera ialah tenteranya.” 

Sultan Muhammad al-Fateh ialah salah seorang daripada tokoh pemimpin kerajaan Islam yang masyhur tercatat dalam sejarah dunia. Beliau bukan sahaja hebat sebagai pemimpin malah nama beliau sebagai panglima perang, dikenali di benua Eropah. Mendengar namanya sahaja sudah mengundang gementar di hati musuh-musuhnya walaupun ketika itu beliau sudah 10 tahun meninggal dunia. Beliaulah pemerintah Islam pertama mendapat gelaran yang diberikan oleh Barat sebagai “Grand Seigneur” yang bermaksud pemimpin agung. 

Sultan Muhammad al-Fateh dilahirkan pada 26 Rejab 833 hijrah bersamaan 20 April 1429 Masihi dan dibesarkan di Adirnah. Ayahnya, Sultan Murad II merupakan salah seorang pemimpin yang hebat dan tokoh pemerintah kerajaan Othmaniyah yang masyhur. Ibunya dikatakan seorang puteri raja berketurunan Nasrani. 

Ketika ayahnya menjadi sultan, beliau dilantik menjadi gabenor di Magnisa. Setelah kematian ayahnya, Sultan Muhammad al-Fateh dilantik menjadi pemimpin kerajaan Uthmaniah iaitu pada bulan Februari 1451. Dengan pelantikan ini bermakna beliau merupakan seorang pemimpin termuda yang pernah dilantik. Walaupun baru berusia 22 tahun, beliau berjaya membawa kecemerlangan dalam pemerintahannya. 

Kekuatan Sultan Muhammad al-Fateh banyak terletak pada ketinggian peribadinya. Hal ini demikian kerana ketika usianya kecil lagi sudah diajar menunggang kuda, memanah, dan menggunakan pedang. Namun didikan rohani mendapat perhatian serius dan dorongan penuh daripada ayahnya. Beliau telah ditarbiah secara intensif oleh para ulama terulung antaranya ialah al-Syeikh Muhammad bin Ismail al-Kurani. Beliau mengajar Sultan Muhammad al-Fateh ilmu-ilmu asas iaitu al-Quran, al-Hadith, fiqh, linguistik (bahasa Arab, Parsi, dan Turki), dan juga ilmu kemahiran yang lain. Melalui tarbiah yang teliti dan penuh terhormat, tidak hairanlah lahir peribadi yang unggul seperti Sultan Muhammad al-Fateh. 

Sultan Muhammad al-Fateh banyak meneliti dan meninjau usaha ayahnya menawan Constantinople. Beliau sering mengikuti ayahnya ke medan peperangan. Sebab itu ketika menaiki takhta pada tahun 855H/1451M, beliau telah mula berfikir dan menyusun strategi untuk menawan kota berkenaan. Dalam hal ini, beliau banyak mengkaji sejarah Islam zaman Muawiyah bin Abi Sufian r.a. Waktu itu telah ada usaha-usaha yang dibuat ke arah menawan Constantinople. Usaha pertama yang pernah disusun adalah pada tahun 44 Hijrah, walau bagaimanapun usaha berkenaan gagal. Abu Ayyub al-Ansari yang merupakan salah seorang sahabat nabi, syahid di medan perjuangan itu. 

Setelah kemenangan tentera Sultan Muhammad al-Fateh menawan Constantinople, beliau telah memerintahkan tenteranya mencari kawasan perkuburan Abu Ayyub al-Ansari. Padanya, Abu Ayyub perlu disempurnakan jenazahnya sebagai seorang sahabat nabi. Setelah ditemui, Sultan Muhammad al-Fateh meminta supaya kuburnya digali dan dipindahkan ke tempat yang lebih baik. 

Setelah digali, akhirnya mereka menemui bahagian kakinya terlebih dahulu. Di sini Sultan Muhammad al-Fateh memerintahkan seluruh rakyatnya mencium kaki Abu Ayyub al-Ansari yang fizikalnya masih segar itu. Walau bagaimanapun, beliau gagal menciumnya kerana tatkala hendak mencium tiba-tiba sahaja kaki itu tertarik semula ke dalam tanah. Kejadian itu berlaku berturut-turut sebanyak tiga kali. Pada malam itu, Sultan Muhammad al-Fateh bermimpi bertemu dengan Abu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub al-Ansari menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku disebabkan rasa malu dan hormat kepada Sultan Muhammad al-Fateh. Padanya, tidak layak orang yang telah berjaya menawan Kota Constantinople mencium kakinya. 

Selain itu, beliau banyak mengkaji dan mempelajari pengalaman Rasulullah s.a.w. dalam peperangan. Malah semangat kepahlawanan dan pengorbanan panglima perang Islam dahulu, banyak mempengaruhi jiwanya. Namun, Sultan Muhammad al-Fateh mewarisi sifat keberanian, kegagahan, kesabaran, dan semangat tidak putus asa ayahnya. Bahkan beliau juga mewarisi pengetahuan yang luas serta berkemahiran dalam menyusun strategi peperangan. 

Di sini ternafilah tohmahan golongan orientalis Barat dan musuh-musuh Islam bahawa beliau menegakkan Islam dengan kekerasan. Walhal mata pedang digunakan sebagai jalan terakhir. Tujuan orientalis itu hanyalah untuk mengelirukan masyarakat terhadap Islam. Dr. Abd. Salam bin Abd Aziz dalam bukunya yang bertajuk Sultan Muhammad al-Fateh Pembuka Constantinople Menundukkan Rom, menjelaskan bahawa Sultan Muhammad al-Fateh memiliki keyakinan diri yang kuat. Selain itu, dia juga mempunyai pandangan jauh serta kepintaran yang tinggi. Malah Sultan Muhammad al-Fateh mampu menghadapi tekanan, keperitan, dan bebanan yang dihadapinya. Beliau seorang pemuda yang warak. Malah, jarang sekali beliau menunaikan solat, melainkan di masjid. 

Sultan Muhammad al-Fateh digambarkan sebagai pemimpin berjiwa rakyat. Beliau lebih mengutamakan urusan negara dan masyarakat mengatasi kepentingan diri. Pada masa yang sama, beliau sering mendampingi ulama-ulama dan ilmuwan. Kedudukannya sebagai Sultan tidak menghalang minatnya untuk terus menimba ilmu dan pengalaman. Kehidupan beliau sebagai pemimpin digambarkan cukup sederhana. Malah beliau sangat memusuhi pembaziran. Oleh sebab itu, hidangan makanan dan cara berpakaiannya tidak terikat dengan peraturan-peraturan istana. 

Selain kejayaan dalam bidang ketenteraan dan penaklukan wilayah, Sultan Muhammad al-Fateh juga berjasa dalam mengembangkan dakwah Islam ke benua Eropah. Melalui akhlak dan keperibadian beliau, ramai yang tertarik dan memeluk Islam. Hal ini berlaku pada hari kemenangan tenteranya, iaitu apabila beliau telah mengampunkan penduduk Kristian Kota Constantinople. Dengan sikap toleransi yang ditunjukkan itu, menyebabkan ada dalam kalangan paderi terus menyatakan keislaman mereka. 

Sepanjang pemerintahannya, beliau tidak lupa membangunkan aspek fizikal dan rohani rakyatnya. Beliau telah membina Masjid al-Fath yang terkenal dengan gelaran Blue Mosque. Selain itu, beliau juga telah memulihkan semula peranan Masjid Aya Sofia sebagai mercu dan syiar Islam di Turki. Sultan Muhammad al-Fath meninggal dunia pada bulan Mei 1481 dan jenazahnya dikebumikan di Kota Constantinople.



jika ada sebilangan dari anda yang merasakan membaca tidak menarik dan membosankan disini saya sediakan link untuk anda menonton video animasi beliau..



Muhammad al-Fatih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
sul
Osmanli-nisani.svg    Muhammad al-Fatih

ZamanKebangkitan Empayar Uthmaniyyah
Nama penuhSultan Muhammad Al-Fatih
سلطان محمد الفاتح
Turki Uthmaniyyahمحمد ثانى
Tarikh lahir20 April 1432
Tempat lahirEdirne
Tarikh mangkat3 Mei 1481 (usia 49)
Tempat mangkatHünkârçayırı, berdekatanGebze
PendahuluMurad II
PenggantiMurad II
Pendahulu 2Murad II
Pengganti 2Bayezid II
WangsaDinasti Uthmaniyyah
BondaHüma Hatun
Muhammad II (Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih iaitu daripada kata terbitan
 "al-fath" (الفاتح) seperti Surah al Fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" yang dilahirkan 
pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda
 adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan
 kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa
 kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya.
 Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraansainsmatematik dan menguasai enam bahasa
 (bahasa TurkiGreekHebrewArabParsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat,
warak dan tawaduk selepas SultanSalahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan 
Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol).
Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:Muhammad II dilahirkan di 
Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah Sultan Murad II 
(1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.
Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik
 raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.

[sunting]Kelebihan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

[sunting]Jasa dan sumbangan

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan
 kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan
 juga kaedah pemilihan tenteranya.Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan 
keturunan Abu Bakar As-Siddiq.
Antara sumbangan baginda adalah menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine.
 Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya).
 Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturkkepada Istanbul. Di atas jasanya, 
Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.
Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh 
& separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih
 sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda 
meninggal dunia.

[sunting]

[sunting]

Muhammad al-Fatih
Tarikh lahir: 30 Mac1432 Tarikh kemangkatan: 3 Mei1481
Gelaran Regnal
Didahului oleh
Murad II
Sultan Empayar Uthmaniyyah
1444 – 1446
Diikuti oleh:
Murad II
Didahului oleh
Murad II
Sultan Empayar Uthmaniyyah
3 Feb, 1451 – 3 Mei1481
Diikuti oleh:
Bayezid II
Gelaran Sunnah Islam
Didahului oleh
Melantik diri sendiri
Khalifah Islam
3 Feb, 1451 – 3 Mei1481
Diikuti oleh:
Bayezid II