Monday 26 March 2012

Bercinta Sebelum Bernikah..

Pesanan Pengerusi Majlis Ulama Sedunia tentang "Bercinta"



prof. Dr.Syeikh Yusof Al-Qaradawi, mufti global, Berkata

1. saya ingin tegaskan, bahawa saya tidak memuji atau mengiktiraf apa-apa yang dikatakan oleh sebahagian orang tentang pentingnya bercinta sebelum menikah kerana cara seperti ini dikhuatiri berbahaya dan syubhah.

2. ramai orang yang memulai bercinta dengan cara yang tidak benar dan tidak adil, seperti berpancaran melalui talefon dengan perbualan yang tidak jelas dan dilakukan ketika waktu kosong atau bosan.

3. sebahagian remaja wanita mahupun lelaki berpancaran melalui telefon atau Internet tanpa diketahui oleh ahli keluarga. mereka juga tidak memikirkan akibat disebalik tindakan mereka itu.

4. Disebabkan perasaan ingin tahu dan mencuba yang mendalam, remaja biasanya sekadar ingin mencuba, namun kemudian menjadi ketagih pula. Pada awalnya bergurau tetapi akhirnya menjadi serius.

5. Amat jarang ditemui mereka yang "bercinta" sebelum menikah tidak terlibat dengan tegahan agama sama ada perbuatan, percakapan atau nawaitu. Apatah lagi apabila dilakukan cara bersunyian, didalangi perasaan dan hawa nafsu, ditambah dengan godaan syaitan.

6. Dalam keadaan seperti ini, remaja boleh terjerumus dalam lembah maksiat, sebab kedua-duanya bukanlah malaikat yang suci dan bukan juga para nabi yang maksum.

7. Kadang-kadang bercinta antara dua orang yang tidak serasi dari segi status sosial ataupun pendidikannya. kesannya, kedua-duanya dipisahkan oleh dinding pemisah dan tentangan yang menghalang mereka mengakhiri hubungan mereka dengan pernikahan. keadaan ini boleh menyebabkan jiwa tertekan.

8. Cara terbaik untuk menikah ialah cara yang dilakukan oleh masyarakat Islam Arab sebelum Barat memerangi kita, iaitu memilih calon pasangan hidupnya dengan tenang setelah merisik peribadi calon masing-masing.

9. Perkara yang sesuai dirisik ialah:
  • Menilai keserasian antara kedua-duanya.
  • Menilai kemampuan pasangan dari segi psikologi,kematangan akal,ekonomi dan status sosial.
  • tidak ada penghalang yang akan menghambat pernikahan sama ada pihak keluarga,adat tradisi masyarakat,  undang-undang negara atau pelbagai halangan lain.
10.Jika sudah merisik, seorang pemuda hendaklah dengan berani (gentleman) pergi ke rumah calonnya untuk menemui keluarganya. Si pemuda berhak melihat calonnya walaupun dalam keadaan gadis itu tidak mengetahui bahawa pemuda itu menaruh minat kepadanya. ini supaya si gadis tidak terluka jika pemuda tersebut tidak tertarik kepadanya.

11. Apabila "kapak sudah menacap di kepala" (cinta berputik), keluarga hendaklah menilai calon pilihan si anak dengan bijaksana dan penuh hikmah. Janganlah pula menolak lamaran tanpa sebab yang munasabah. Keluarga hendaklah mengamatinya dengan saksama, sebagaimana yang dianjurkan oleh hadis nabi,maksudnya,"tiada yang lebih patut kepada orang yang saling mencintai kecuali pernikahan." (riwayat Ibn Majah dan Al-Hakim). dengan kata lain, nikah ialah cara yang paling tepat untuk meraikan fitrah cinta yang indah ini.

12. Yang menjadi kayu ukur dalam menilai calon suami atau isteri ialah agama dan akhlaknya. Hanya inilah sumber dan faktor kebahagiaan yang boleh diraih dalam kehidupan berumah tangga. 
(Fatawa Mu'asirah,jil. 2, hlm. 348-349)

Buku: Ciri-ciri unggul masyarakat Islam




Oleh: Prof. Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradawi

1. tidak bercampur dengan lalaki atau wanita asing(bukan Mahram) kecuali kerana keperluan yang mendesak, kemaslahatan yang dibenarkan dan dengan kadar yang mencukupi. contohnya, solat di masjid, menuntut ilmu dan bantu-membantu atas dasar kebaikan serta katakwaan.

2. wanita tidak dihalang daripada berkhidmat kepada masyarakatnya. di samping itu, wanita tersebut juga tidak boleh mengabaikan batas-batas syarak dalam pertemuan dengan lelaki.

3. Merendahkan pandangan serta menjaga kemuliaan dan kesucian. (beliau memberi panduan boleh memendang atas dasar urusan tetapi tidak memandang terlalu lama).

4. Berasa malu dan menutup pakaian serta perhiasan, tetapi tidak dalam bentuk yang menyukarkan.

5. Tidak menampakkan perhiasan wanita yang tersembunyi seperti rambut,leher,tengkuk, kedua-dua belah lengan dan betis kecuali kepada suaminya dan lelaki mahram sahaja.

6. Berhati-hati semasa mengatur langkah dan pertuturan.

7. menjauhkan semua perkara yang boleh merangsang Syahwat.

8. mengelakkan diri daripada khalwat.

artikel dari ruangan Remaja dalam Solusi isu 41
oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin, lulusan UIAM( fiqah dan psikologi). mengambil ijazah bacaan al-Quran bersanad dan daurah bahasa arab di Universiti Syeikh Ahmad Kiftaro, Damsyiq, Syria. menyambung sarjana di UIAM. kini pensyarah di UM. blognya...http://sebarkanbahagia.blogspot.com..

saya hanya copy...:)

assalammualikum

Sunday 25 March 2012

Because He is a Muslim

Assalammualaikum..
alhamdulillah.. thanks to Allah that still give me a chance to share with all of you this story. I found it in others malaysian blogger... and he said to tell others about this comic. if anybody has deviant art account.. PLEASE.. i bag all of you.. please search a person named Nayzak . I beg all of you.. please support him for his right and his art.. he is a muslim. and he is from west country ( i don't know if he is from UK or US)... but he use a good english lenguage in his deviantart... this is his massage..


lastly.. please share this comic to all of your friend.. the choose is in your hand... if you had any deviantart account, please support Nayzak.. Thanks.. Assalammualikum

Friday 16 March 2012

Anjing-anjing neraka


Sabda Rasulullah s.a.w. kepada Mu'adz, "Wahai Mu'adz, apabila di dalam amal perbuatanmu itu ada kekurangan :

· Jagalah lisanmu supaya tidak terjatuh di dalam ghibah terhadap saudaramu/muslimin.
· Bacalah Al-Quran
· Tanggunglah dosamu sendiri untukmu dan jangan engkau tanggungkan dosamu kepada orang lain.
· Jangan engkau mensucikan dirimu dengan mencela orang lain.
· Jangan engkau tinggikan dirimu sendiri di atas mereka.
· Jangan engkau masukkan amal perbuatan dunia ke dalam amal perbuatan akhirat.
· Jangan engkau menyombongkan diri pada kedudukanmu supaya orang takut kepada perangaimu yang tidak baik.
· Jangan engkau membisikkan sesuatu sedang dekatmu ada orang lain.
· Jangan engkau merasa tinggi dan mulia daripada orang lain.
· Jangan engkau sakitkan hati orang dengan ucapan-ucapanmu.

Nescaya di akhirat nanti, kamu akan dirobek-robek oleh anjing neraka. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud, "Demi (bintang-bintang) yang berpindah dari satu buruj kepada buruj yang lain."
Sabda Rasulullah s.a.w., "Dia adalah anjing-anjing di dalam neraka yang akan merobek-robek daging orang (menyakiti hati) dengan lisannya, dan anjing itupun merobek serta menggigit tulangnya."
Kata Mu'adz, " Ya Rasulullah, siapakah yang dapat bertahan terhadap keadaan seperti itu, dan siapa yang dapat terselamat daripadanya?" Sabda Rasulullah s.a.w., "Sesungguhnya hal itu mudah lagi ringan bagi orang yang telah dimudahkan serta diringankan oleh Allah s.w.t."

Thursday 15 March 2012

Kisah lima perkara aneh



Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.

Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."

Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah s.w.t. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."

Maka berkata Allah s.w.t., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Allahualam... ( sila rujuk kepada guru-guru agama)

Wednesday 14 March 2012

Istimewanya Wanita




Satu hari, aku ditanya oleh seorang insan istimewa... Dia merungut sebab kenapa lelaki lebih istimewa di syurga. Jadi aku mula berfikir. SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA ADIL.. pasti ada keistimewaan kaum hawa. Dan alhamdulillah. aku dah dapat jawapan. dan aku nak kongsikan bersama pembaca semua.

daripada Insan Insan Pendakwah

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

jadi, kepada semua lelaki diluar sana, hargai la wanita disekeliling anda

Saturday 10 March 2012

Al-Quran Sebagai Pembela



Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya. "Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Quran : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran."

Tuesday 6 March 2012

Aduh!!!... sakitnya GIGI!!!

 ASSALAMMUALAIKUM


Arghh...!!!!...bila kita dah sakit gigi.. semua aktiviti yang kita buat semua terbantut..betul tak?...sebenarnya... semasa aku menulis artikel ni... aku tengah sakit gigi....dan tiba-tiba... Allah turunkan satu ilham untuk aku menulis dan berkongsi cerita semasa aku berada di alam sekolah menengah...

Ini cerita mengenai nabi Musa A.S. yang pada suatu hari baginda mengalami sakit gigi. Istimewanya nabi Musa ni sebab baginda tidak perlukan perantaraan apabila ingin berdialog dengan Allah Subhanawataala... tidak seperti nabi-nabi Allah yag lain. Maka bertanyalah Nabi Musa kepada Allah taala mengenai bagaimana untuk merawat giginya yang sakit ni.. Maka Allah menyuruh Nabi Musa pergi mencari beberapa helai daun dan letakkan pada giginya.

Maka dengan izin Allah, dengan segera kesakitan yang dialami oleh baginda lenyap begitu sahaja...TAMAT..

sebenarnya cerita ni belum tamat lagi... setelah sekian lama, nabi Musa A.S sakit gigi kembali... maka segeralah Musa pergi mencari pohon tadi, dan mengambil daunnya untuk menyembuhkan giginya.

Tetapi, kesakitan yang dialaminya tidak pernah kurang. maka nabi Musa hairan akan perkara itu. maka berdialoglah Musa dengan Allah. Musa A.S bertanya mengapa daun yang sama diletakkan pada giginya tidak sembuh untuk kali ini, tetapi pada waktu pertama kali dahulu sembuh. maka Allah menjawab, sesungguhnya apabila kamu bertanya kepadaku mengenai kesakitanmu, maka tawakalmu adalah kepadaku, bukan kepada daun itu, tetapi kali ini kamu sudah hilang tawakalmu kepadaku, lalu terus segera mencari daun itu dengan harapan bahawa daun itu mampu menyembuhmu.

maka Nabi Musa segera tunduk dengan keagungan kuasa Allah subhanawataala.

jadi kawan-kawan, sebenarnya di mana tawakal kita, setiap perkara yang kita lakukan di dunia adakah tawakal kita kepada Allah. x susah sebenarnya nak menanam tawakal kita kepada Allah. cukup dengan ucapkan Bismillah dan Alhamdulillah.

dan surah Al-Fatihah juga mencatatkan bahawa kita perlu meminta darinya.

MAKSUDNYA: Kepada Engkaulah kami sembah, dan kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. (Al-Fatihah,5)

aku pun tak kurang juga. perlu muhasabahkan diri aku ni. maklum la. keputusan SPM dah kian hampir. jadi kena pertingkatkan tawakal kita kepada Allah. TAPI, kita kena cermin dulu adakah segala usaha kita dan doa kita layak untuk kita tawakalkan kepada Allah. kalaw usaha dan doa kita mencukupi, maka Alhamdulillah la, tapi kalaw usaha kita dan doa kita masih terawang-awang. kena lebihkan lagi la.

itu sahaja untuk waktu sekarang. apa yang baik dari Allah, dan yang buruk dari diri yang menulis artikel ni... apa-apa yang ditulis dalam blog ini harus dirujuk bersama ustaz, ustzah, guru-guru agama dan sebagainya....

ASSALAMUALAIKUM