Friday 31 May 2013

Hasad Dengki dan Iri Hati



Abul Laits Assamarqandi r.a. meriwayatkan dengan sanadnya dari Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hasad dan dengki itu keduanya akan memakan habis hasanat sebagai mana api makan kayu."
Ibrahim bin Aliyah dari Abbad bin Ishaq dari Abdurrahman bin Mu'awiyah berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tiga macam sifat yang tidak dapat selamat daripadanya seorangpun iaitu:

Buruk sangka

Hasad dengki

Takut sial kerana sesuatu

Lalu ditanya: "Ya Rasulullah, bagaimana untuk selamat dari semua itu?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Jika kau hasad maka jangan kau lanjutkan, dan jika menyangka maka jangan kau buktikan (jangan kau cari-cari kenyataannya) dan jika merasa takut dari sesuatu maka hadapilah (jangan mundur)." Yakni jika hasad dalam hatimu maka jangan kau lahirkan dalam amal perbuatanmu sebab selama hasad itu masih dalam hati, maka Allah s.w.t. maafkan selama belum keluar dengan lidah atau perbuatan. Jika su'udhdhan (buruk sangka) maka jangan kau buktikan, jangan berusaha menyelidiki mencari kenyataannya. Demikian pula jika akan keluar untuk sesuatu lalu ada suara burung atau lain-lain yang menimbulkan was-was atau takut dalam hati maka teruskan hajatmu dan jangan mundur."

Nabi Muhammad s.a.w. suka kepada fa'al (kata-kata yang baik atau harapan yang baik) dan tidak suka thiyarah (takut sial kerana burung dan sebagainya) dan bersabda: "Thiyarah itu perbuatan jahiliyah." Seorang mukmin tidak takut dan berlindung kepada Allah s.w.t.

Ibn Abbas r.a. berkata: "Jika kamu mendengar suara burung maka bacalah: "Allahumma la thoira illa thairuka walaa ilaha ghoiruka walaa haula walaa quwwata illa billahi." (Yang bermaksud): "Ya Allah, tidak ada burung kecuali burungMu dan tidak ada kebaikan kecuali daripadaMu dan tiada Tuhan kecuali Engkau dan tiada daya dan tidak ada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah." Dan teruskan maksudmu, maka tidak akan ada sesuatu yang berbahaya bagimu. Bi idz nillah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jangan benci membenci dan jangan hasud menghasud dan jangan menawar barang untuk menjerumuskan orang lain dan jadilah kamu hamba Allah sebagai saudara."

Mu'awiyah bin Abi Sufyan berkata kepada puteranya: "Hai anak, hati-hatilah dari hasud, dengki kerana ia akan nyata pada dirimu sebelum bahayanya tampak nyata pada musuhmu."

Abul Laits berkata: "Tiada sesuatu yang lebih jahat daripada hasud, sebab penghasud itu akan terkena lima bencana sebelum terkena apa-apa yang dihasud iaitu:

Risau hati yang tak putus-putus

Bala yang tidak berpahala

Tercela yang tidak baik

Dimurka Allah s.w.t.

Tertutup padanya pintu taufiq

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ingatlah bahawa nikmat-nikmat Allah s.w.t. ada musuhnya." Ditanya: "Siapakah musuh-musuh nikmat Allah s.w.t. itu, ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s.a.w.: "Ialah mereka yang hasud terhadap nikmat kurniaan Allah s.w.t. yang diberikan kepada manusia."

Malik bin Dinaar berkata: "Saya dapat menerima persaksian orang qurraa' terhadap siapapun tetapi tidak dapat menerima persaksian terhadap sesama qurraa' sebab diantara mereka ada rasa iri hati dan hasud menghasud." Abuhurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Enam kerana enam akan masuk neraka pada hari kiamat sebelum hisab (perhitungan amal) iaitu:

Pemerintah kerana zalim

Orang kerana fanatik (mengutamakan kebangsaan)

Kepala desa kerana sombong

Pedagang kerana kianat

Orang dusun kerana kebodohan

Ahli ilmu kerana hasud

Yakni ulama yang hanya berebut dunia, mereka hasud satu sama lain, kerana itu seharusnya seseorang menuntut ilmu kerana Allah s.w.t. dan akhirat supaya tidak timbul hasud menghasud antara satu pada yang lain. Sebagaimana firman Allah s.w.t. mengenai orang-orang Yahudi (Yang berbunyi): "Am yahsudunan naasa ala maa ataahumullahu min fadhlihi." (Yang bermaksud): "Ataukah mereka hasud pada orang-orang kerana Allah memberikan kurniaNya kepada mereka."

Seorang cendikiawan berkata: "Awaslah dari hasud (irihati) sebab hasud itu pertama-tama dosa dilangit dan juga pertama dosa yang terjadi dibumi. Iblis laknatullah diperintah sujud pada Nabi Adam a.s. akan tetapi oleh kerana ia irihati (hasud) sehingga menolak perintah Allah s.w.t. dan dia dikutuk oleh Allah s.w.t. dan juga Qabil membunuh Habil kerana irihati, hasud sebagaimana tersebut didalam ayat (yang berbunyi: "Watlu alaihim naba'abnai Adama bilhaqqi idz qorrabaa qurbana, qaala la aqtulannaka qaala innama yataqabbalullahu minal muttaqien." (Yang bermaksud): "Bacakanlah berita kedua putera Adam ketika sama-sama mengajukan korbannya, maka diterima yang satu dan ditolak yang lain, lalu ia berkata: "Saya akan membunuh engkau." Jawabnya: "Sesungguhnya Allah hanya menerima dari orang yang bertaqwa."

Al-Ahnaf bin Qays berkata: "Orang hasud tidak dapat senang dan orang bakhil tidak berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang kianat dan tiada budi bagi orang yang rosak moral (tidak berakhlak).

Seorang hakiem (cendiakiawan) berkata: "Belum pernah saya melihat seseorang zalim menyerupai orang yang dianiaya daripada penghasud."

Muhammad bin Sirin bertanya: "Saya tidak dapat menghasud orang atas sesuatu daripada dunia, jika ia ahli syurga maka bagaimana saya akan iri hati padahal ia ahli syurga dan jika ia ahli neraka maka untuk apa hasud terhadap orang yang bakal masuk neraka?"

Alhasan Albashri berkata: "Hai Anak Adam, mengapakah engkau iri hati terhadap saudaramu, maka jika Allah s.w.t. memberi sesuatu kepada orang yang kau hasud itu kerana kemuliaannya disisi Allah s.w.t. maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang dimuliakan Allah s.w.t., jika tidak demikian maka untuk apakah kau hasud kepada orang yang akan masuk keneraka?"

Abul Laits berkata: "Tiga macam orang yang tidak akan diterima doanya iaitu:

Orang yang makan haram

Orang yang tidak suka ghibah (membicarakan kejelekkan orang)

Siapa yang didalam hatinya ada hasud/irihati terhadap kaum muslimin


Ibn Syihab (Azzubri) dari Salim dari ayahnya (Ibn Umar) r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tidak boleh seorang hasud kecuali dalam dua macam iaitu:

Seorang yang diberikan Allah s.w.t. kepandaian dalam Al-Quran maka digunakan siang malam (diamalkan)

Seseorang yang diberikan Allah s.w.t. kekayaan maka ia bersedekah siang malam.
Ertinya: Orang boleh hasud untuk sedemikian ini

Abul Laits berkata: "Yakni rajin sesungguh-sungguhnya ingin meniru perbuatan itu dalam ilmu dan kekayaannya, maka ini adalah baik. Maka jika ia ingin berubah orang yang baik itu maka ia jahat kerana Allah s.w.t. telah berfirman (Yang berbunyi): "Wala tatamannau maa fadhdhalallhu ba'dhakum ala ba'dhin." (Yang bermaksud): "Jangan menginginkan aoa yang diberikan Allah sebagai kurnia kepada setengahmu atas yang lain." Dalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman (Yang berbunyi): " Was'alullaha min fadh lihi." (Yang bermaksud): "Kami sendiri minta kepada Allah dari kurniaNya."

Maka kewajipan tiap muslim membersihkan dari dari hasud sebab hasud itu menentang hukum Allah s.w.t. dan ketentuan kurnia yang diberikan Allah s.w.t. kepada seseorang hamba yang diridhoNya.

Al-alaa' bin Abdurrahman dari ayahnya dari Abuhurairah r.a. berkata: "Ia bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w. tentang kewajipan seorang muslim terhadap sesama muslim?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Hak kewajipan seorang muslim terhadap muslim yang lain ada enam iaitu:

Jika bertemu harus diberi salam

Jika mengundang harus didatangi

Jika diminta nasihat harus ditunjukkan yang benar (dinasihati)

Jika bersin dan mebaca Alhamdulillah harus didoakan dengan berdoa Yarhamukallah

Jika sakit harus diziarah

Jika mati harus dihantar jenazahnya


Abul Laits meriwayatkan dengan sanandnya dari Anas bin Malik r.a. berkata: "Saya telah menjadi pelayan Nabi Muhammad s.a.w. sejak berumur lapan tahun dan pertama yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. kepadaku: "Ya Anas, tetapkan wudukmu untuk sembahyang supaya dicinta oleh Malaikat yang menjagamu, dan ditambah umurmu. Ya Anas, mandilah dari janabat dan sempurnakan didalam mandi itu sebab dibawah tiap helai rambut ada janabat." Saya bertanya: "Bagaimana menyempurnakannya?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Puaskan sampai kedalam rambut-rambutmu dan bersihkan benar kulitmu, supaya engkau keluar dari tempat mandi sudah diampunkan dosa-dosamu. Ya Anas, jangan engkau tinggalkan sembahyang dhuha sebab itu sembahyangnya orang-orang awwaabiin (yang taubat kemabali kepada Allah s.w.t.) dan perbanyakkan sembahyang malam dan siang sebab selama engkau sembahyang maka Malaikat mendoakan untukmu. Hai Anas, jika engkau berdiri sembahyang makategakkan dirimu dihadapan Allah s.w.t. dan jika rukuk maka letakkan kedua tapak tangan dilututmu dan renggangkan jari-jarimu dan renggangkan kedua lenganmu dari pinggangmu, dan bila bangun dari ruruk maka tegakkan sehingga kembali semua anggota ditempatnya, dan jika sujud maka letakkan wajahmua ditanah dan jangan sebagai burung yang menyucuk makanan dan jangan kau hamparkan kedua lenganmu sebagaimana pelanduk, dan jika duduk diantara dua sujud maka jangan sebagaimana duduk anjing dan letakkan kedua bokongmu diantara dua kaki dan letakkan bahagian atas tapak kaki ditanah sebab Allah s.w.t. tidak melihat sembahyang yang tidak sempurna rukuk sujudnya. Dan jika dapat engkau tetap berwuduk siang malam maka kerjakanlah, sebab jika tiba mati kepadamu engkau sedang berwuduk, maka engkau tidak luput dari mati syahid. Hai Anas, jika engkau masuk kerumahmu maka berilah salam kepada keluargamu, supaya banyak berkat rumahmu dan jika engkau keluar untuk hajat maka beria salam pada tiap muslim yang bertemu kepadamu supaya masuk manisnya iman dalam hatimu, dan kila terkena dosa ketika keluar maka akan kembali sudah diampunkan dosamu. Hai Anas, jangan sampai diwaktu siang dan malam engkau mendendam dengki kepada seorang muslim sebab itu dari ajaranku maka siapa yang mengikuti ajaranku bererti cinta kepadaku dan siapa yang cinta kepadaku maka ia bersamaku disyurga. Hai Anas, jika engkau melakukan dan mengingati wasiatku ini, maka tidak ada sesuatu yang lebih suka daripada maut sebab disitulah istirehatmu."

Didalam ajaran Nabi Muhammad s.a.w. ini dinyatakan bahawa membersihkan hati daripada dengki dan hasud kepada seseorang muslim termasuk Sunnaturrasul yang menjadi tanda cinta kepada Nabi Muhammad s.a.w. bagi siapa yang melakukannya, bahkan bersama Nabi Muhammad s.a.w. siyurga. Maka wajib tiap muslim membersihkan hatinya dari rasa dengki dan hasud sebab termasuk amal yang utama.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Anas r.a. berkata: "Ketika kami dimasjid bersama Nabi Muhammad s.a.w. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: ""Akan masuk kepadamu seorang ahli syurga sambil memegang kedua kasutnya dengan tangan kirinya." Maka tiba-tiba masuk seorang sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. itu dan sesudah memberi salam ia duduk bersama kami. Kemudian pada esok harinya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda pula dan masuk kembali orang itu seperti keadaan kelmarin dan hari ketiga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, juga sama seperti hari pertama dan kedua, dan ketika orang itu bangun untuk kembali diikuti oleh Abudullah bin Amr Al-ash dn berkata kepada orang itu: "Telah terjadi pertengkaran sedikit antaraku dengan ayahku sehingga aku bersumpah tidak akan masuk kerumah selama tiga malam, maka jika engkau tidak keberatan maka saya akan bermalam dirumahmu selama itu?" Jawabnya: "Baiklah." Anas berkata: "Abdullah bin Amr menceritakan bahawa ia bermalam dirumah orang itu dan ternyata bahawa orang itu tidak bangun malam, hanya jika tidur berzikir sehingga bangun fajar dan jika berwuduk sempurna dan sembahyang dengan khusyuk dan tidak puasa sunnat. Ddemikian saya perhatikan kelakuannya sampai tiga hari tiga malam, tidak lebih dari itu dan hanya saja ia tidak berkata-kata kecuali yang baik-baik. Dan setelah tiga malam saya merasa bahawa ia tidak mempunyai amal yang berlebihan dan saya kata kepadanya: "Ssebenarnya antara ku dengan ayahku tidak ada apa-apa, tetapi saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda didalm tiga majlis: "Akan tiba padamu seorang ahli syurga." tiba-tiba engkau datang dan kerana itu saya ingin mengetahui amalmu, maka saya berusaha bermalam dirumahmu untuk meniru amalmu tetapi ternyata kepadaku bahawa engkau tidak berlebihan, maka apa yang kiranya menyebabkan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian?" Jawabnya: "Tidak lain melainkan apa yang sudah engkau lihat itu." Maka pergilah aku, tetapi lalu dipanggil olehnya dan berkata: "Amalku tidak lebih melainkan apa yang engkau saksikan itu, cuma saja saya tidak irihati atau dengki pada seseorang muslim terhadap segala yang ia dapat." Maka saya katakan: "Inilah yang menyampaikan engkau sehingga Nabi Muhammad s.a.w. bersabda sedemikian itu dan itulah yang tidak dapat kami lakukan."

Seorang cendikiawan berkata: "Orang hasud telah menentang Allah s.w.t. dengan lima hal iaitu:

Kerana ia membenci nikmat Allah s.w.t. terhadap orang lain

Dia tidak suka pembahagian Allah s.w.t. untuk dirinya seolah-olah ia berkata: "Mengapa Engkau membagi begini?"

Ia bakhil terhadap kurniaan Allah s.w.t.

Dia menghina waliyullah sebab ia ingin tercabut nikmat Allah s.w.t. yang diberikan kepadanya

Dia membantu kepada iblis laknatullah


Orang yang hasud tidak memperolehi dalam pergaulan kecuali hina dan kerendahan dan dari Malaikat kecuali laknat (kutukan) dan benci, dan jika sendirian hanya kerisauan dan duka dan ketika nazak (sakartul maut) hanya kesukaran, keberatan dan ketakutan dan dihari kiamat kecuali malu dan siksa, kemudian dalam neraka tempat bakarannya."

Sunday 26 May 2013

Hak Anak Terhadap Orang Tua




Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya daripada Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Hak anak yang harus dilaksanakan oelh orang tua ada tiga iaitu:
Memilihkan nama yang baik ketika lahir

Mengajari kitab Allah s.w.t. (Memberi didikan agama)

Harus dikahwinkan jika telah dewasa (jangan sampai tergoda sehingga berlacur)

Seorang datang kepada Umar r.a. berkata: "Puteraku ini durhaka kepadaku." Maka datang Umar r.a. berkata kepada anak lelaki itu: "Apakah kau tidak takut kepada Allah s.w.t? Engkau telah berbuat durhaka terhadap ayahmu, engkau tahu kewajipan anak untuk orang tuanya ......(begini dan begitu). Lalu anak itu bertanya: "Ya Amirul mu'minin, apakah anak itu tidak berhak terhadap ayahnya?" Jawab Umar: "Ada hak yakni harus memilihkan ibu yang bangsawan, jangan sampai tercela kerana ibunya, harus memberi nama yang baik, harus mengajari kitab Allah s.w.t." Maka berkata anak itu: "Demi Allah, dia tidak memilihkan untukku ibuku, dia membeli budak wanita dengan harga 400 dirham dan itu ibuku, dia tidak memberi nama yang baik untukku, saya dinamai kelawar jantan dan saya tidak diajari kitab Allah s.w.t. walau satu ayat." Maka Umar r.a. menoleh kepada ayahnya dan berkata: "Engkau telah durhaka kepada anakmu sebelum ia durhaka kepadamu. Pergilah engkau dari sini."

Abul Laits berkata: "Saya telah mendengar ayahku bercerita dari Abu Hafsh Alyaskandi seorang ulama di Samarqand ketika didatangi oleh seorang yang mengeluh kerana dipukul oleh anaknya hingga sakit. Abu Hafsh berkata: Subhanallah, apakah ada anak yang memukul ayahnya?" Jawab lelaki itu: "Benar, saya dipukul hingga sakit." lalu ditanya: "Aoakah kau tidak mendidik anakmu dengan adap dan sopan?" Jawab lelaki itu: "Tidak." "Apakah sudah diajari al-quran?" ditanya lagi. Jawab lelaki itu: "Tidak." "Lalu apakah pekerjaan anak mu itu?" "Anak ku itu bertani." Jawab lelaki itu. Abi Hafsh berkata: "Engkau tahu mengapakah dia memukul engkau?" Jawabnya: "Tidak." Abu Hafsh berkata: "Mungkin ketika ia sedang diatas himar menuju kesawah ladang menyanyi dan bersiul sedang dikanan kirinya kerbau dan lembu dan dibelakangnya anjing, tiba-tiba engkau menegur padanya, kerana ia mengira engkau itu lembu sedang mengganggu maka ia memukul engkau, sungguh beruntung dan ucapkan Alhamdulillah kerana ia tidak memukul kepalamu."


Tsabit Albunani berkata: "Ada seorang memukul ayahnya disuatu tempat dan ketika anak itu ditegur orang-orang: Mengapakah sedemikian? Jawabnya: "Biarlah ia kerana saya dahulu telah memukul ayahku ditempat ini, maka kini aku dibalas anakku memukul aku ditempat ini, semoga ini menjadi tebusan itu dan ia tidak dapat disalahkan."

Ahli Hikmah berkata: "Siapa durhaka terhadap kedua ibu bapanya, maka tidak terasa kesenangan dari anaknya. Dan siapa tidak musyuarat dalam urusan-urusannya tidak tercapai hajatnya dan siapa yang tidak mengalah kepada keluarganya (isterinya) maka akan hilang kesenangan hidupnya.

Asysya'bi meriwayatkan dari Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Allah akan merahmati kepada ayah yang membantu anaknya untuk berbakti taat kepadanya, yakni tidak menyuruh sesuatu yang dikhuatiri anak itu tidak dapat melaksanakannya."

Alfudhail bin Iyadh berkata: "Orang yang sempurna kemanusiaannya iaitu yang taat kepada kedua ayah ibunya, dan menghubungi kerabatnya dan hormat pada kawan-kawannya dan baik budinya kepada keluarga dan anak-anaknya serta pelayan-pelayannya dan menjaga agamanya dan memperbaiki harta kekayaannya dan menyedekahkan kelebihan hartanya dan memelihara lidahnya dan tetap tinggal dirumahnya (yakni tekun dalam ibadat kepada Tuhannya) dan amal pekerjaannya dan tidak berkumpul dengan orang-orang yang suka membicarakan hal orang lain."


Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam sebagai syarat kebahagiaan seseorang iaitu jika isterinya sholihah, anak-anaknya taat, kawan-kawannya orang-orang yang soleh dan penghasilan rezekinya didalam negerinya."

Yazid Arraqqasyi meriwayatkan dari Anas r.a. berkata: "Tujuh macam yang dapat diterima pahala sampai sesudah matinya iaitu:

Siapa yang membangunkan masjid maka tetap mendapat pahalanya selama ada orang sembahyang didalamnya.

Siapa yang mengalirkan air sungai, selama ada yang minum daripadanya.

Siapa yang menulis mushaf, ia mendapat pahala selama ada orang yang membacanya.

Orang yang menggali perigi, selama masih ada orang mempergunakan airnya.

Siapa yang menanam tanaman, selama dimakan oleh orang atau burung.

Siapa yang mengajar ilmu yang berguna, selama dikerjakan oleh orang yang mempelajarinya.

Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mendoakan dan membaca istighfar baginya, yakni jika mendapat anak laludiajari ilmu dan al-quran, maka ayahnya akan mendapat pahalanya selama anak itu melakukan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri, sebaliknya jika dibiasakan berbuat maksiat, fasik maka ia mendapat dosanya tanpa mengurangi dosa orang yang berbuat sendiri.


Sebagaimana riwayat Abuhurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Jika telah mati anak Adam maka terhenti amalnya kecuali tiga macam iaitu:

Sedekah yang berjalan terus, ilmu yang berguna dan diamalkan, anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.

Saturday 25 May 2013

Ghibah



Abul Laits Assamarqandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Tahukah kamu apakah ghibah?" Jawab sahabat: "Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. yang lebih mengetahui." "Ghibah itu jika kau menyebut (membicarakan) hal keadaan saudaramu yang ia tidak suka hal itu disebut atau dibicarakan kepada orang lain, maka itu bererti ghibah padanya." Jawab Rasulullah s.a.w. Lalu ditanya: "Bagaimana kalau saudaraku betul begitu?" "Jika yang kau sebut itu benar ada padanya. maka itu ghibah tetapi jika tidak betul maka itu buhtan (membuat-buat kepalsuan, pendustaan untuk menjelekkan nama orang)." jawab Rasulullah s.a.w.
Menyebut: "Baju orang itu pendek atau panjang." itu bererti ghibah.

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ibn Abi Najih berkata: "Ada seorang wanita pendek datang kerumah Nabi Muhammad s.a.w. dan ketika telah keluar, Siti Aisyah r.a. berkata: "Alangkah pendeknya orang itu." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau ghibah." Aisyah r.a. berkata: "Saya tidak menyebut kecuali yang sebenarnya ada padanya." Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Engkau telah menyebut yang paling jelek padanya."

Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Said Alkhudri r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Pada malam Israa ke langit aku melalui suatu kaum yang dipotongkan daging pinggangnya, kemudian dimakankan kepadanya dengan kalimat Makanlah apa yang dahulu kamu makan dari daging saudaramu. Maka saya bertanya: "Ya Jibril, siapakah mereka itu?" Jawabnya: "Mereka dari ummatmu yang mengumpat ghibah (menyebut kejelekkan orang lain) Hammaz lammaz iaitu mengejek dengan isyarat atau lidah atau dengan tangan.

Abul Laits berkata: "Saya mendengar ayahku menceritakan suatu kisah seperti berikut:

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. dirumah, sedang sahabat ahlis-shuffah dimasjid dan Zaid bin Tsabit menceritakan apa yang telah ia dengar dari Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. dihantar oleh orang daging, maka ahlis-shuffah itu berkata kepada Zaid bin Tsabit: "Engkau masuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan katakan kepada Baginda s.a.w. bahawa kami sudah lama tidak makan daging, supaya Nabi Muhammad s.a.w. mengirimkan daging kepada kami." Ketika Zaid telah berdiri dari mereka, mereka membicarakan Zaid diantara mereka: "Zaid itu telah mendapat dari Nabi Muhammad s.a.w. sebagaimana yang kami dapat, tetapi mengapa ia mengajar hadis kepada kami?" Maka ketika Zaid telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan menyampaikan amanat orang-orang ahlis-shuffah itu. tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. berkata kepada Zaid: "katakan kepada mereka: "Kamu kini telah makan daging." Maka segera Zaid bin Tsabit kembali menyampaikan apa yang diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Mereka berkata: "Demi Allah, kami sudah lama tidak makan daging." Maka kembali Zaid kepada Nabi Muhammad s.a.w. menyampaikan jawapan orang-orang ahlis-shuffah itu, tetapi Nabi Muhammad s.a.w. tetap berkata: "Mereka kini telah makan daging." Maka kembali Zaid kepada mereka dan menyampaikan apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu ahlis-shuffah itu datang semua menghadap kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan oleh Nabi Muhammad s.a.w. langsung dikatakan: "Sekarang kamu telah makan daging saudaramu sedang bekas itu masih ada digigimu, cuba ludahlah kamu supaya dapat melihat merahnya darah daging itu." Maka ludah orang-orang itu berupa darah, maka bertaubatlah mereka dan minta maaf kerana telah ghibah terhadap Zaid bin Tsabit."

Jabir bin Abdillah r.a. berkata: "Terasa angin yang membawa bau busuk dimasa Nabi Muhammad s.a.w. Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Ada orang-orang munafiq yang ghibah orang muslimin, maka inilah tandanya bau busuk." Allah s.w.t. akan menunjukkan kepada kaum muslimin yang taat dan patuh kenyataan kebusukan dari apa yang telah dilarang oleh Allah s.w.t. kepada hambaNya."

Ketika ditanya kepada seorang hakim: "Apakah hikmat dari busuknya bau ghibah itu?" Jawabnya: "Dimasa Nabi Muhammad s.a.w., Allah s.w.t. akan membuktikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya tetapi dimasa kini kerana banyaknya ghibah itu sehingga hidung kita telah berbau yang demikian, maka tidak busuk lagi bau ghibah itu, sebagaimana seorang yang pertama kali tidak dapat tinggal lama kerana tajamnya baunya kepada hidungnya tetapi ahli tempat itu dapat makan minum disitu dan tidak merasakan bau apa-apa kerana hidung mereka telah penuh dengan bau itu."

Asbaath dari Assuddi berkata: "Ketika Salman Alfarisi bersama para sahabat yang diantara mereka juga ada Umar r.a. dalam perjalanan, tiba-tiba mereka berhenti dan berkhemah, maka tidurlah Salaman sedang para sahabatnya ada yang memasak, lalu ada beberapa orang berkata: "Apakah maksud hamba ini, hanya mahu datang kekhemah yang sudah didirikan dan makanan yang sudah siap?" Kemudian mereka berkata kepada Salman: "Pergilah engkau kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta lauk pauk untuk kami." Maka pergilah Salman menyampaikan kepada Nabi Muhammad s.a.w. permintaan mereka. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Salman: "Beritahulah kepada mereka bahawa mereka telah makan lauk pauk." Maka kembalilah Salman kepada kawan-kawannya dan memberitahu apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Lalu mereka berkata: "Kami belum makan apa-apa." Salman berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. tidak berdusta dalam sabdanya." lalu dikatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.:"Kamu telah makan daging saudaramu ketika kamu membicarakan (ghibah) padanya diwktu ia sedang tidur." Lalu Nabi Muhammad s.a.w. membacakan Surah Alhujuraat ayat 12 (Yang berbunyi): "Ya ayyuhalladzina aamanuuj tanibu katsira minadhdhanni inna ba'dhadhdhaani its mun wala tajassanu, wala yagh tabba'dhukum ba'dha, a yuhibbu ahadukum an ya'kula lahma akhihi maita fakarih tumuuhu." (Yang bermaksud): "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka, sebab sebahagian dari sangka-sangka itu dosa. Dan jangan menyelidiki kesalahan orang lain dan jangan ghibah (membicarakan hal orang lain) setengahmu pada setengahnya, apakah suka salah satu sekiranya makan daging saudara yang telah mati, tentu kamu jijik (tidak suka)."

Ibn Abbas r.a. berkata: " Ayat(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu. Turunnya ayat ini adalah mengenai dua orang sahabat Nabi Muhammad s.a.w.. Pada suatu ketika semasa berpergian Nabi Muhammad s.a.w. mengaturkan tiap dua orang kaya dititipi sahabat yang tidak punya harta supaya dapat membantu kepadanya dan ikut makan bersama keduanya. Bertepatan Salman dititipkan kepada dua orang dan pada hari itu Salman tidak membantu menyediakan keperluan kedua kawannya itu, lalu disuruh oleh keduanya: "Pergilah kepada Nabi Muhammad s.a.w. minta untuk kami sisa-sisa lauk pauk." Maka pergilah Salman akan tetapi ketika Salman baru saja berangkat tiba-tiba kedua orang itu berkata: "Orang itu andaikan dia pergi kesumur nescaya akan berkurang airnya." Maka ketika telah sampai kepada Nabi Muhammad s.a.w. Salman berkata kepada Nabi Muhammad s.a.w. apa yang diminta oleh kedua kawannya itu. Tiba-tiba Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Beritahu kepada keduanya bahawa kamu berdua telah makan lauk pauk." Dan ketika disampaikan oleh Salman apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Maka segeralah keduanya pergi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w. dan berkata: "Kami tidak makan lauk pauk." jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Saya telah melihat merahnya daging dalam mulut kedua kamu." Berkata kedua mereka itu: "Kami tidak punya lauk pauk (daging) dan tidak makan daging pada hari ini." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Kamu telah membicarakan saudaramu, apakah kamu suka makan daging orang mati?" Jawab keduanya: "Tidak." Maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebagaimana kamu tidak suka makan daging orang mati maka jangan membicarakan kejelekkan orang lain sebab siapa yang ghibah pada kawannya bererti makan dagingnya."

Alhasan Albashri diberitahu: "Bahawa ada orang membicarakan kejelekkanmu." maka langsung ia mengirimkan kepada orang itu setalam kurma ruthab sambil berkata kepadanya: "Saya mendapat berita bahawa engkau telah menghadiahkan hasanatmu kepadaku, maka saya ingin membalaskan hadiah itu, kerana itu harap diterima sebab saya tidak dapat membalas yang sesuai dengan pemberianmu itu."

Ibrahim bin Adham mengundang makan beberapa orang dan ketika makan bersama, tiba-tiba mereka menyebut kejelekkan seseorang, maka berkata Ibrahim: "Orang biasa makan roti sebelum daging tetapi kamu makan daging dahulu sebelum roti."

Abu Umamah Albahili r.a. berkata: "Seorang hamba telah diberi suratan amalnya pada hari kiamat, maka terlihat padanya hasanat-hasanat yang ia tidak merasa melakukannya, lalu ia bertanya: "Ya Tuhan, dari manakah hasanat-hasanat ini?" Jawab Allah s.w.t.: "Itu dari apa yang orang ghibah kau dan engkau tidak merasa."

Ibrahim bin Adham berkata: "Wahai orang yang mendustakan, engkau kikir (bakhil) dengan kekayaanmu terhadap kawan-kawanmu tetapi loman dengan akhiratmu kepada musuh-musuhmu, maka engkau tidak untung kerana bakhil dan tidak terpuji kerana kelomananmu."

Seorang hakim berkata: "Ghibah itu sebagai lalap untuk para qurra dan jamuan orang-orang fasik dan hiburan wanita dan lauk-pauk anjing-anjing manusia dan tempat pembuangan kotoran bagi orang-orang yang bertaqwa."

Anas bin Malik r.a. berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Empat macam yang dapat membatalkan puasa dan wuduk dan menghapuskan amal (merosakkan) ialah:

Ghibah

Dusta

Mengadu domba antara seorang dengan yang lainnya

memperhatikan kecantikan wanita yang haram dilihatnya

Semua itu dapat menyuburkan bibit-bibit kejahatan sebagaimana air menyuburkan bibit-bibit tanaman dan minum arak (khamar) itu mengatasai semua dosa-dosa.

Ka'bul Ahbaar berkata: "Saya telah membaca dalam kitab Nabi-nabi yang dahulu: "Bahawa siapa yang mati baru taubat dari ghibah, maka ia terakhir orang yang masuk syurga dan siapa yang mati sedang terus menerus ghibah maka ia pertama yang masuk neraka."

Nabi Isa bin Maryam a.s. berkata kepada sahabatnya: "Bagaimana jika kamu melihat seseorang yang sedang tidur lalu terbuka auratnya, apakah kamu menutupinya?" Jawab mereka: "Ya." Berkata Nabi Isa a.s. "Bahkan bertambah kamu buka yang belum terbuka." Mereka berkata: "Subhanallah, bagaimana akan kami buka yang belum terbuka?" Nabi Isa a.s. berkata: "Tidakkah bila ada orang menyebut kepadamu kejelekkan seseorang lalu kamu tambahi apa-apa yang tidak disebut oleh orang yang membicarakan itu, maka kamu yang membuka sisa auratnya."

Khalid Arrib'i berkata: "Ketika saya masuk kemasjid Jami, tiba-tiba ada orang membicarakan kejelekkan orang, maka saya larang mereka lalu mereka berhenti. Kemudian mereka membicarakan orang lain pula lalu kembali pada orang yang pertama dan saya juga masuk dalam pembicaraan itu, maka pada malam harinya saya mimpi didatangi seorang yang hitam tinggi membawa talam berisi daging babi lalu berkata kepadaku: "Makanlah." Saya jawab: "Saya disuruh makan daging babi!, Demi Allah saya tidak akan makan." Lalu ia membentak keras kepadaku sambil berkata: "Engkau telah makan yang lebih keji dari ini." Lalu dipaksakan daging babi itu didalam mulutku sampai bangun dari tidurku. Demi Allah, saya telah tinggal selama tiga atau empat puluh hari, tiap makan makanan masih terasa rasa dan bau busuknya daging babi itu dalam mulutku."

Sufyan bin Alhushain berkata: "Saya duduk bersama Iyaas bin Mu'awiyah, tiba-tiba ada orang berjalan, maka saya membicarakan kejelekkannya, maka berkata Iyaas kepadaku: "Diam." Kemudian ia bertanya: "Hai Sufyan, apakah kau pernah memerangi Rom?" Jawabku: "Tidak." "Apakah kau telah berperang dengan Turki?" tanya Iyaas lagi. Jawabku: "Tidak." Lalu ia berkata: "Rom dan turki selamat daripadamu tetapi saudaramu sesama muslim tidak selamat dari gangguanmu." Maka sejak itu saya tidak lagi berani ghibah."

Hatim Azzahid berkata: "Tiga macam jika terdapat dalam majlis maka rahmat Allah s.w.t. akan berpaling dari mereka iaitu:

Membicarakan soal keduniaan semata-mata

Ketawa keseronokkan

Ghibah

Yahya bin Mu'aadz berkata: "Jadikanlah bagian orang mukmin daripadamu tiga macam supaya tergolong orang yang baik iaitu:

Jika kau tidak dapat menguntungkan kepadanya maka jangan merugikannya (merosakkan)

Jika engkau tidak dapat menyenangkannya maka jangan menyusahkannya

Jika engkau tidak memujikannya maka jangan mencelanya


Mujahid berkata: "Tiap anak Adam ada kawan dari Malaikat, maka apabila ia menyebut saudaranya dengan baik maka disambut oleh Malaikat: "Untuknya dan untukmu mendapat seperti itu." sebaliknya jika menyebut kejelekkan saudaranya, maka Malaikat itu berkata: "Engkau buka auratnya, engkau baiki dirimu dan ucapkan Alhamdulillah yang telah menutupi kejelekkan auratmu."

Ibrahim bin Ad-ham diundang makan dan ketika ia duduk tiba-tiba ada orang berkata: "(Fulan) tidak datang." Lalu disambut oleh yang lain: "Itu memang berat (tidak biasa bergaul)." Lalu Ibrahim bin Ad-ham berkata: "Ini yang menjadikan perutku berat ketika menghadiri makanan, dimana kau ghibah pada seorang muslim." Lalu ia keluar dan tidak makan sampai tiga hari.

Seorang hakiem berkata: "Jika engkau tidak dapat mengerjakan yang tiga, maka kerjakanlah yang tiga iaitu:

Jika engkau tidak dapat berbuat kebaikan maka jangan berbuat kejahatan

Jika engkau tidak dapat berguna kepada manusia maka jangan kejam pada mereka

Jika engkau tidak dapat berpuasa maka jangan makan daging manusia

Wahb Almakki berkata: "Bila saya dapat meninggalkan ghibah maka itu lebih baik bagi saya daripada mendapat dunia seisinya, sejak dijadikan sehingga rosak, lalu saya gunakan untuk kepentingan fisabilillah dan bila saya dapat menahan mataku dari yang haram lebih baik bagiku daripada mendapat dunia seisinya untuk bersedekah fisabilillah." Kemudian ia membaca: "(Yang berbunyi): "Wala yagh tab ba'dhukum ba'dha (Yang bermaksud): "Dan jangan ghibah (menjelekkan) kejelekkan setengahmu. Qul lilmu'minnina ya ghughghu min abshaarihim. (Yang bermaksud): "Katakanlah kepada orang-orang mukmin supaya memejamkan matanya."

Abul Laits berkata: "Orang-orang telah membicarakan cara taubatnya orang ghibah, apakah boleh tanpa memberitahu kepada orang yang dibicarakan. Sebahagian menyatakan boleh dan yang lain mengatakan tidak boleh. Menurut pendapat kami, jika ghibah itu telah sampai kepada yang dibacarakan maka harus minta halalnya dan bila belum sampai maka cukup dengan istighfar dan berjanji kepada Allah s.w.t. tidak akan mengulanginya."

Seorang datang kepada Ibn Sirin dan berkata: "Saya telah ghibah membicarakan kejelekkanmu, kerana itu halalkan dan maafkan bagiku." Jawab Ibn Sirin: "Bagaimanakah saya akan menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t." Seolah-olah Ibn Sirin mengisyaratkan kepadanya supaya minta ampun kepada Allah s.w.t. disamping minta maaf kepada yang dighibah itu. Jika belum diketahui oleh orangnya maka cukup dengan bertaubat kepada Allah s.w.t. disamping mendoakan baik bagi yang dahulu dighibah itu sebagai imbalan gantinya dan tidak perlu memberitahu kepada orangnya supaya tidak merisaukan hatinya.

Jika yang diperbuat itu buhtan pemalsuan nama (gelaran) atau menjelekkan kehormatan yang tidak benar, maka taubatnya dalam tiga cara iaitu:

Ia harus kembali kepada orang-orang yang diberitahu tentang berita bohong itu dan menyatakan kepada mereka berita yang ia sampaikan dahulu adalah bohong

Pergi kepada orang yang dijelekkan namanya (gelaran) itu untuk meminta maaf dan menghalalkannya

Minta ampun dan membaca istighfar dari perbuatan dosa-dosanya sebab itu termasuk dosa besar

Bahkan Allah s.w.t. telah menggandingkan penyembahan berhala dengan buhtan didalam ayat yang berbunyi: "Faj tani'bur rijsa minal autsaan, waj tanibu qoulazzur. (Yang bermaksud): "Tinggalkan semua yang najis dari berhala-berhala itu dan tinggalkan juga kata-kata yang palsu tuduhan yang palsu. Dan tidak dianggap ghibah kecuali jika disebut nama perseorangan tetapi menghindari itu lebih baik."

Seorang yang bernama Zahid membeli kapuk untuk isterinya, tiba-tiba isterinya berkata: "Penjual-penjual kepuk itu telah mengkianati kamu dalam kapuk itu." Maka Zahid segera menceraikan isterinya itu. Kemudian ditanya: "Mengapakah kau menceraikan isterimu?" Jawabnya: "Saya ini seorang yang sangat cemburu dan saya khuatir ia akan dituntut oleh semua penjual kapuk pada hari kiamat, lalu disebut-sebut isteri Fulan bin Fulan itu dituntut oleh penjual-penjual kapuk maka kerana itu segera saya ceraikannya."

Tiga macam cara yang tidak dianggap ghibah yang dosa iaitu:

Menyebut kekejaman raja yang zalim

Menyebut kerosakan akhlak orang yang terang-terangan berbuat dosa dimuka orang

Menyebut kesalahan ahli bida'ah jika disebut faham madzhabnya


Adapun bila menyebut badannya maka itu termasuk ghibah yang dosa. Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kejahatan orang lacur supaya orang lain berhati-hati daripadanya."

Ghibah itu ada empat macam iaitu:

Menyebabkan kufur (kafir)

atau Munafiq

atau Dosa

atau Mubah berpahala

Adapun yang menyebabkan kekufuran, maka iaitu ghibah terhadap seorang muslim dan ketika diperingatkan, ia berkata: "Ini bukan ghibah, sebab saya berkata sebenarnya.", maka ini telah menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. dan siapa yang menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah s.w.t. maka hukumnya Kafir.

Adapun yang bernama nifaq iaitu jika ghibah pada orang tetapi tidak disebut namanya didepan orang yang mengetahui bahawa ia menujukan kepada seseorang dan ia merasa bahawa ia berlagak wara' (menjauhi yang haram) maka ini nifaq.

Adapun yang bernama maksiat ialah ghibah pada orang dan merasa bahawa itu memang haram dan maksiat. Adapun yang mubah: Jika ia ghibah pada seorang fasiq yang terang-terangan fasiqnya atau orang ahli bida'ah, maka ia akan mendapat pahala sebab oarng-orang lalu menghindarinya dan menyelamatkan diri daripadanya. Sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Sebutlah kehajatan orang yang lacur supaya orang-orang berhati0hati daripadanya."

Abul Laits berkata: "Ayahku menceritakan: "Bahawa diantara para Nabi yang bukan Rasul itu ada yang menerima wahyu dalam impian dan ada yang hanya mendengar suara, maka ada Nabi yang menerima wahyu dengan mimpi itu, pada suatu malam ia bermimpi diperintahkan: "Jika engkau keluar diwaktu pagi maka pertama yang kau lihat (hadapi) maka makanlah, dan yang kedua sembunyikan dan yang ketiga terimalah dan keempat jangan kau putus harapannya dan yang kelima larilah daripadanya." Maka pada esok harinya yang dihadapinya ialah bukit hitam besar, maka ia terhenti bingung sambil berkata: "Aku diperintahkan makan apa yang aku hadapi ini." lalu ia sedar dan berkata: "Tuhan tidak menyuruhku sesuatu yang mustahil dan tidak dapat dilaksanakan." Maka ia berjalan menuju kebukit itu untuk memakannya dan ketika ia mendekat tiba-tiba bukit itu mengecil sehingga sebesar satu suap dan ketika dimakan terasa manis bagaikan madu, maka ia mengucapkan Alhamdulillah. Lalu berjalan lagi dan bertemu pula dengan mangkuk emas dan ia ingat ini harus disembunyikan, maka ia menggali lubang dan menanam emas itu dan ditinggalkannya, akan tetapi tiba-tiba mangkuk itu keluar dari dalam tanah lalu ditanam algi dan keluar lagi sehingga ketiga kali hal keadaan ini berlaku. Maka dia berkata: "Saya telah melaksanakan perintah." maka ia terus berjalan dan tiba-tiba ada burung kecil sedang dikejar helang dan burung itu berkata: "Ya Nabiyallah, tolong aku." Lalu diterima dan dimasukkan dalam bajunya maka datang helang itu dan berkata: "Ya Nabiyallah, saya lapar sejak pagi dan saya mengejar buruanku itu, kerana itu jangan kau patahkan harapanku dan rezekiku." Nabi merasa yang keempat tidak boleh diputuskan harapannya tetapi ia bingung untuk menyelesaikannya, kemudian ia mengambil pisau dan memotong sedikit daging pahanya dan diberikan kepada helang itu sehingga terbang. Lalu burung itu dilepaskan. Dan kelima ia melihat bangkai yang berbau, maka ia lari daripadanya. Maka pada malam hari ia berdoa: "Ya Tuhan, aku telah melaksanakan perintahMu, maka jelaskan bagiku semua itu." Maka ia bermimpi: "

Bahawa yang pertama kau makan itu ialah amarah pada mulanya nampak sebesar bukit tetapi pada akhirnya jika sabar dan ditahan menjadi lebih manis dari madu.

Kedua, amal perbuatan (budi) walaupun kau sembunyikan, maka ia tetap akan nampak

Ketiga, jika diamanati orang, maka jangan kianat padanya

Keempat, jika ada orang minta padamu maka usahakan untuk membantupadanya meskipun kepadamu sendiri berhajat

Kelima, Ghibah, maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul untuk ghibah (mengumpat orang_

Friday 24 May 2013

Fadhilat Surah An'Am



Surat al-An'am adalah suart yang terbesar dan terang berkatnya juga telah masyur keistimewaannya. Maka sebaiknya anda membaca surat tersebut dan selesai membacanya berdoa yang bermaksud:
" Dengan nama Allah yang Maha Pengsih lagi Maha Penyayang. Dan semoga Allah memberi rahmat kepada penghulu kami Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian, mudah-mudahan Dia menyelamatkan mereka.Ya Allah, wahai yang singap menghitung, wahai yang dahsyat sekda, wahai yang pengampun lagi penyayang, wahai yang membuat sebab, wahai yang membuka pintu, wahai penunai hajat, wahai penerima doa, wahai pemberi kebaikan, wahai yang mengaturkan kebaikan, wahai yang menghidupkan yang mematikan, wahai cahaya langit dan bumi, wahai yang mengampunkan segala doa. Wahai yang menutupi aurat, wahai yang menghapuskan keburukan, wahai yang menolak bala, wahai yang menunaikan segala hajat, tunaikanlah hajatku pada saat ini (..........................) Wahai Tuhan orang yang mula-mula dan yang terkemudian, wahai yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan (3kali) Sesungguhnya perkaraNya, apabila ia menghendaki sesuatu hanya cukup berkata, jadilah engkau maka jadilah ia. Maka Maha Suci Dia yang didalam kekuasaanNya alam malaikut tiap-tiap sesuatu dan kepadaNya kamu dikembalikan. Semoga Allah merahmati penghulu kita Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabatnya, dan semoga Dia memberi keselamatan untuk mereka semua. Dan segala puji bagi Allah Tuhan seluruh alam semesta."

Lalu memanjatkan permohonannya dan ketika sampai pada ayat 124 yang bermaksud:

"Dan apabila datang kepada mereka ayat (tanda), mereka berkata, kami tidak akan beriman sehingga didatangkan kepada kami apa yang pernah didatangkan kepada Rasul-rasul Allah. Allah-lah yang lebih tahu sekira-kira bagaimana Dia menjadikan risalah"

diantara dua lafaz Allah itu maka berdoalah yang bermaksud:

"Dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang. Ya Allah, Tuhan yang menyeru-Mu maka Engkau tidak mahu memperkenankannya, dan orang yang memohon kepada-Mu maka Engkau tidak memberikannya dan orang yang memnyewa kepada-Mu maka Engkau tidak menyewakannya dan orang yang meminta tolong kepda-Mu maka Engkau tidak mencukupkannya (wahai yang menolong (3 kali)), kepada-Mulah aku minta tolong, bantulah aku wahai yang membantu, berilah aku hidayah daripada sisi-Mu, dan perbuatkanlah kepadaku apa yang patut menurut ilmu-Mu, dan jangan perbuat kepadaku apa yang ingin hatiku, maka sesungguhnya Engkau adalah pemberi ketakwaan dan keampunan, wahai yang sigap menghitung, wahai yang dahsyat menyeksa, wahai yang pengampun, wahai yang penyayang, wahai yang membalikkan biji, wahai yang membuka segala pintu. Wahai yang mengatur segala kebaikan, wahai yang menunaikan segala hajat, tunaikanlah hajat-hajatku, sembuhkanlah penyakit kami, langsaikanlah hutang-hutang kami, tutuplah aurat kami, bukakanlah kebuntuan kami, rahmatilah orang-orang yang mati diantara kami, perkenankanlah doa-doa kami, berilah keampunan kepada kami, yang masih hidup dan peliharalah kami daripada kerosakan dan bala. Ya Allah, ampunilah kami, ayah kami, ibu kami, guru-guru kami, yang pernah mengajar kami dan sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat dengan kebenaran al-Quran yang mulia dan rasul yang mulia. Ya Allah, sampaikanlah hajat kami, berilah kami kesudahan yang baik, dan hindarkanlah kami daripada api neraka dan dari azabnya. Dan masukkanlah kami kedalam golongan orang yang baik-baik dengan rahmatMu, wahai yang paling pengasih diantara yang pengasih. Maha suci Tuhanku yang Agung, Maha Suci Tuhanku yang Agung.

Sekadar pengetahuan anda, ayat al-An'am itu turun diMekah sekaligus, tidak menentu, pada malam hari dimana turun bersamanya tujuh puluh ribu (70,000) malaikat denmgan iringan tasbih, tahmid dan tamjid, hampir-hampir bumi bergoncang kerananya maka Nabi Muhammad s.a.w. cepat-cepat sujud dengan membaca yang bermaksud:

"Barangsiapa membaca surat al-An'am maka tujuh puluh ribu malaikat memohon ampun kepadanya pada malam dan siang harinya."

Juga sabda Baginda s.a.w.

"Barangsiapa membaca tiga ayat permulaan surat Al;An'am sampai hafal "taksibunna" dipagi hari maka Allah s.w.t. mengarahkan tujuh puluh ribu malaikat untuk menjaganya dan amalnya tertulis terus sampai kiamat, juga turun dari langit ketujuh malaikat dengan besi, sewktu-wktu syaitan hendak mengenakan kepadanya suatu keburukan maka dipukulkannya godam itu, pula antara dia dan syaitan ditegakkan tujuh puluh ribu penghalang, dan kelak sewaktu hari kiamat terjadi. Allah s.w.t. berfirma: "Hai anak Adam, berjalanlah dibawah bayanganKu, makanlah buah-buahan syurgaku, minumlah air telaga Kautsar dan mandilah pada sungai Saisabil, maka kamu sebagai hambaKu dan Aku adalah tuhanmu, tiada bagimu hisab dan siksa."

(Syeikh Zadah, riwayat dari Imam al-Wahidi, didalam al-Wasith)

Ada juga faedah atau khasiat dari Surat Al-An'am ini ialah sebagaimana berikut:

Dapat mengubati penyakit dengan cara membacakan ayat ini kemudian telan ludah kita sendiri seraya dibayangkan meratakan penyakit itu diseluruh anggota yang sakit itu dan seterusnya mengusir atau mengeluarkannya dari tubuh yang sakit.

Untuk menjaga diri agar terhindar dari zalim, sihir dan khianat orang lain. Untuk itu wiridkanlah tiap-tiap hari sesudah sembahyang Maghrib dan sembahyang Subuh. Insyaallah kita akan terpelihara dari sifat tersebut diatas.

Thursday 23 May 2013

Fadhilat Bismillah



Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Tiada seorang bambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM" kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."

Dan diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" ketika hendak bersetubuh (jimak) maka anaknya kelak cerdas dan terbuka hatinya serta menjadi anak yang soleh dan baginya kebajikan sejumlah tarikan nafas anaknya itu.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

Barangsiapa menulis 'Basmallah" 101 kali diatas kertas lalu diletak disawah padinya maka sawahnya akan subur dan terpelihara dari bencana dan kalau dituliskan pada kain kafan 70 kali maka mayatnya yang berselimutkan kain kafan itu akan aman dari bahaya Munkar dan Nakir juga ia terlindung dari siksa kubur.

Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:

(Maksudnya) Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi penyayang. Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang melutut bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan khusyuk bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu takut, dan mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan berikanlah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa yang ku kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)

Agar pintu rahmat dan rezeki terbuka juga JALBURRIZKI dan supaya dimuliakan makhluk maka bacalah 'YA ALLAH" sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalah tersebut lalu membaca:

(Maksudnya) "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu dan kurniaMu serta RezekiMu. Curahkanlah untukku perasaan redha kepada-Mu dan takwa kepada-Mu. Mudahkanlah bagiku untuk memperolehi rezeki-Mu dan sekelian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ikhtiar dalam mengubati penyakit: tulislah lafaz 'ALLAH HU' sebanyak 66 kali lalu diberi air itu dan diminumkan kepada orang yang berpenyakit dan orang yang kena cubaan.

Ubat sakit kepala (pening): menulis lafaz 'ALRAHIM' sejumlah dua puluh satu diatas kertas lalu dikalungkan pada orang yang sakit kepala.

Permohonan kesampaian hajat: Selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat, bacalah 'YA ALLAH HU YA RAHMAN ' dalam keadaan suci dan menghadap arah Kiblat sampai matahari terbenam lalu memohon kepada Allah s.w.t. akan keperluan urusan dunia/akhirat, Insyaallah terkabul.(Dari Khadir a.s. Kitab Is'adurrafiq, halaman 51)

Barangsiapa menulis 'AR RAHMAN NIR RAHIM' sebanyak 50 kali khalimat tersebut didalam bahasa Arab lalu dibawa dan pergi kehadapan orang yang zalim maka ia akan aman dari keburukannya, dan saat menghadap itu bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 50 kali.

Ikhtiar mohon anaknya hidup dan sihat: tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' dengan huruf Arab lalu dipakaikan kepada perut perempuan yang sedang hamil itu.

Mohon maju perniagaannya: bacalah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' sebanyak 786 kali dihadapan dagangannya lalu dihembuskan. Demikianlah dilakukan selama 7 hari. (Is'adurrafiq)

Ikhtiar keselamatan dalam peperangan: Tulislah 'ALRAHIM' sejumlah 100 kalimat diatas kertas putih lalu dibawa selalu, Insyaallah tidak terkena bahaya.

Ikhtiar mendapat ikan dengan cepat: Tulislah 'BISMILLAH HIR RAHMAN NIRRAHIM' diatas timah lalu diletakkan pada jaring atau kail. Insyaallah berduyunm-duyun datang ikan dari segala penjuru.

Fadhilat Al-Quran





Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa hendak berdialog dengan Allah s.w.t. maka bacalah Al-Quran"

Riwayat dari Utsman ibn Affan r.a. berkata :Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik kamu adalah orang yang mempelajari Al-Quran lalu mengajarnya."

Al-Hakim mengikhraj dari Ibnu Mas'ud:"Barangsiapa membaca satu huruf dari Kitab Allah s.w.t. (Al-Quran) maka baginya pahala satu HASANAH (satu kebajikan) dan satu HASANAH itu berganda sepuluh. Tidak aku katakan ALIF-LAAAM-MIIIN adalah satu huruf, melainkan ALIF satu huruf, LAAAM satu huruf dan MIIIN satu huruf."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Kau pergi dipagi hari lalu kau belajar satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. (AL-QURAN), sungguh hal itu lebih baik bagimu daripada kau lakukan solat seratus rakaat."

Dan diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.:

"Barangsiapa mendengarkan satu ayat dari Kitab Allah s.w.t. maka dicatatkan untuknya HASANAH berganda, dan barangsiapa membaca satu ayat Kitab Allah s.w.t. maka ayat itu merupakan nur baginya kelak dihari kiamat."

Juga diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Hai Abu Hurairah, pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia, dan kau selalu begitu hingga datang maut menghampirimu dalam keadaan begitu maka para malaikat berduyun-duyun kemakammu sebagaimana orang-orang mukmin berduyun-duyun keBaitullah al-Haram."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Barangsiapa mengajarkan kepada anaknya satu ayat Al-Quran maka hal itu lebih baik baginya daripada ibadah selama seribu tahun, (iaitu) berpuasa disiang hari dan solat dimalam hari selama seribu tahun dan lebih baik baginya daripada seribu dinar yang ia sedekahkan kepada kaum fakir miskin."

Rahsia syafaat diakhirat dengan membaca surah Al-Mulk.

Ini antara fadhilat-fadhilat surah al-Mulk :-

1) Mendapat syafaat

Daripada Abu Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda: ” Sesungguhnya di dalam al_Quran ada 30 ayat memberi syafaat kepada pembacanya sehingga diberi keampunan untuknya iaitu surah al-Mulk”

2) Menyelamatkan daripada seksa kubur

Daripada Ibnu Abbas r.a berkata seorang sahabat Rasulullah SAW telah mendirikan khemah di atas kubur dan beliau tidak tahu ianya kubur. Maka di dalamnya terdengar suara bacaan surah al-Mulk sehingga khatam maka beliau menemui baginda SAW dan berkata : Wahai Rasulullah SAW, saya dirikan satu khemah di atas satu kubur dan saya tidak tahu bahawa ianya kuburdan saya terdengar seorang manusia sedang membaca surah al-Mulk sehingga khatam. ” Nabi SAW bersabda itulah yang menahan dan menyelamatkan dia daripada siksa kubur. (HR At-Tarmizi)

Secara umumnya, surah ini banyak mengisahkan tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk ciptaan-Nya. Ini jelas digambarkan daripada tajuk surah ini, al-Mulk, yang bermaksud ‘kerajaan’.

Pada awal surah, ayat tersebut menceritakan kesempurnaan ciptaan alam ini, yang tidak ada cacat-celanya. Allah telah menciptakan alam ini ‘from scratch/nothingness’, dan seterusnya menjaga alam ini dengan penuh kesempurnaan. Sebagai nota kaki, Bilal Philips ada menyarankan bahawa teori Einstein yang terkenal, iaitu E = mc^2 adalah suatu pernyataan yang berunsurkan syirik, kerana ianya membawa maksud tenaga itu kekal, yakni tidak boleh dicipta atau dimusnahkan. Ini adalah bertentangan dengan sifat Allah yang berkuasa menciptakan dan mematikan sesuatu menurut kehendak-Nya.

Beberapa ayat yang seterusnya mengisahkan azab di neraka, di mana setiap kali sekumpulan manusia di campakkan ke dalam api neraka, malaikat penjaga bertanya ” Apakah belum pernah datang orang yang memberi peringatan kepada kamu?”. “Ya, tetapi kami mendustakannya”. Begitulah respons mereka. Cuba kita lihat dalam kehidupan seharian kita. Adakah kita sering menolak ajakan untuk membuat kebaikan? Jika ya, cuba check iman, mudah-mudahan kita tidak termasuk ke dalam golongan yang akan menyesal di akhirat kelak.

Dan secara ringkasnya, ayat-ayat yang berikutnya berkisarkan kuasa Allah yang mengetahui perkara yang disembunyikan, berkuasa menciptakan burung yang terbang di angkasa, dan yang berkuasa memberi dan menahan rezeki kita. Allah amatlah murka terhadap mereka yang mendustakannya, walhal telah jelas bukti kewujudan dan kekuasaaan-Nya.

Surah ini ditutup dengan suatu pernyataan yang harus kita renungi bersama :

” Katakanlah (Muhammad), Terangkanlah kepadaku, jika sumber air kamu menjadi kering, maka siapa yang akan memberimu air yang mengalir?”


Saturday 11 May 2013

Amar Ma'ruf Nahi Mungkar


Abul -Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Umar bin Abdul-Aziz berkata: "Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menyiksa orang-orang umum kerana dosa-dosanya orang-orang yang tertentu tetapi apabila perbuatan dosa itu merahajalela dan terang-terangan kemudian tidak ada yang menegur, maka bererti semuanya sudah layak menerima hukuman."
Dan diriwayatkan bahawa Allah s.w.t. telah mewahyukan kepada Yusya bin Nuh a.s.: "Aku akan membinasakan kaummu empat puluh ribu orang yang baik-baik dan enam puluh ribu orang yang derhaka." Nabi Yusya bertanya: "Ya Tuhan, itu orang derhaka sudah layak, maka mengapakah orang yang baik-baik itu?" Jawab Allah s.w.t.: "Kerana mereka tidak murka terhadap apa yang Aku murka, bahkan mereka makan minum bersama mereka yang derhaka itu."

Abu Hurairah r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Anjurkan lah kebaikan itu meskipun kamu belum dapat mengerjakannya dan cegahlah segala yang mungkar meskipun kamu belum menghentikannya."

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Sesungguhnya diantara manusia itu ada yang menjadi pembuka untuk kebaikan dan penutupan dari kejahatan, dan ada juga manusia yang menjadi pembuka kejahatan dan penutupan kebaikan, maka sesungguhnya untung bagi orang yang dijadikan Allah s.w.t. sebagai pembuka kebaikan dan binasa bagi yang dijadikan Allah s.w.t. pembuka kejahatan itu ditangannya."

Ertinya: Orang yang menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar itulah pembuka kebaikan dan penutupan dari kejahatn dan ia termasuk orang mukmin sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Wal mu'minuna wal mu'minaatu ba'dhuhum auliyaa'u ba'dh ya'muruuna bil ma'rufi wayanhauna anil mungkar." Yang bermaksud: "Orang-orang mukmin lelaki dan perempuan setengah menjadi wali pembantu pada setengahnya, menganjurkan kebaikan dan mencegah dari mungkar."

Adapun yang menganjurkan mungkar dari mencegah dari kebaikan maka itu tanda munafiq sebagaimana firman Allah s.w.t.: "Almunafiquuna walmunafiqatu ba'dhuhum min ba'dh ya'muruuna bil mungkari wayanhauna anil ma'ruf" Yang bermaksud: "Orang munafiq lelaki dan perempuan masing-masing menjadi wali pembantu setengahnya menganjurkan kejahatan dan mencegah kebaikan."

Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: "Seutama-utama amal ialah amar ma'ruf dan nahi mungkar (menganjurkan kebaikan dan mencegah kejahatan), dan membenci orang yag fasiq (melanggar hukum). Maka siapa yang menganjurkan kebaikan bererti memperkuat orang mukmin dan siapa mencegah mungkar bererti menghina orang munafiq.

Said meriwayatkan dari Qatadah berkata: "Ada seorang datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. ketika diMekah lalu bertanya: "Benarkah engkau mengaku sebagai utusan Allah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. : "Ya" Lalu bertanya: "Amal apakah yang lebih disukai Allah s.w.t?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menghubungi keluarga." Tanyanya lagi: "Kemudian apakah?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar." Lalu ditanya lagi: "Amal apakah yang sangat dimurkai Allah s.w.t.?" Jawab Nabi Muhammad s.a.w. " Syirik, mempersekutukan Allah s.w.t." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Memutuskan hubungan kekeluargaan." "Kemudian apakah?" tanyanya lagi. Jawab Nabi Muhammad s.a.w.: "Meninggalkan amar ma'ruf dan nahi mungkar (tidak suka menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar)."

Sufyan Atstsauri berkata: "Jika kau melihat orang yang pandai quran itu disayangi oleh tetangganya dan dipuji oleh kawan-kawannya, maka ketahuilah bahawa ini suka mengambil hati (yakni tidak tegas amar ma'ruf dan nahi mungkar)."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Jabir r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Tidak terjadi pada suatu kaum seorang yang berbuat durhaka, sedang mereka dapat menghentikannya tetapi mereka tidak mencegahnya melainkan Allah s.w.t. akan meratakan mereka siksaanNya sebelum mati mereka."

Abul-Laits berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. mensyaratkan berkuasa untuk mencegah bererti bahawa orang-orang yang baik-baik berkuasa (berwibawa), kerana itu maka kewajipan mereka harus mencegah merahajalelanya orang-orang ahli maksiat."

Allah s.w.t. memuji ummat ini didalam ayat yang berbunyi: "Kuntum khoiro ummatin ukhrijat linnaasi ta'muruna bil ma'rufi watanhauna anil mungkari watu'minuna billah." Yang bermaksud: "Kamu sebaik-baik ummat yang dilahirkan untuk manusia kerana menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar dan beriman kepada Allah."

Didalam ayat lain pula berbunyi: "Wal takun minkum ummatun yad'uuna jlal khori waya'muruuna bil ma'ruufi wayanhauna anil munkar wa'ulaika humul muflihuun." Yang bermaksud: "Harus ada dari kamu golongan (orang-orang) yang mengajak kepada kebaikan dan menganjurkan segala ma'ruf (yang baik) dan mencegah mungkar dan merekalah orang-orang yang beruntung (bahagia)."

Juga Allah s.w.t. mencela orang-orang yang tidak suka mencegah munkar dalam ayat yang berbunyi: "Kaa nu laa yatana hauna an mungkharin fa'aluhu labi'samaa kaanuu yaf'alun." Yang bermaksud: "Mereka tidak saling mencegah dari perbuatan mungkar yang mereka perbuat, sesungguhnya busuk perbuatan mereka itu."

Didalam ayat yang lain pula Allah s.w.t. berfirman: "Lau laa yanhahumur robbaniyuna wal ahbaaru an qaulihimul itsma wa aklihimus suhta, labi'sa maa kaanu yash ma'uun." Yang bermaksud: "Mengapa para ulama dan orang-orang yang mengerti agama itu tidak melarang mereka dari kata-kata yang keji dan makan yang haram, sungguh busuk apa yang mereka perbuat."

Seharusnya orang yang akan menganjurkan amar maruf itu melaksanakan sendiri peribadi supaya lebih mantap manishat peringatannya. Abud Dardaa r.a. berkata: "Siapa yang menasihati saudaranya dimuka umum (terang-terangan) maka bererti telah memalukannya dan siapa memberi nasihat itu sendirian maka benar-benar akan memperbaiki dan bila tidak berguna nasihat dengan rahsia maka boleh minta tolong kepada orang yang baik-baik untuk mencegahnya dari perbuatan maksiat, maka jika tidak dikerjakan yang demikian pasti perbuatan maksiat itu akan menjalar dan bermahajalela sehingga membinasakan mereka semua."

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Annu'man bin Basyir r.a. berkata: "Saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Perumpamaan orang yang tegak dalam hukum Allah s.w.t. dan orang yang tergelincir bagaikan rombongan yang naik kapal maka masing-masing bertempat diatas dan dibawah, maka ketika mereka sedemikian, tiba-tiba orang yang berada dibahagian bawah mengambil kapak lalu ditanya oleh kawan-kawannya: Apakah maksudmu? Jawabnya: Saya akan melubangi tempatku supaya dekat dengan air sehingga mudah bagiku mengambil atau membuang air. Maka sebahagian yang lain berkata: Biarkan ia berbuat sesukanya dibahagiannya, sebahagian yang lain pula berkata: Jangan kamu biarkan dia melubangi bahagian bawah dari kapal ini, nescaya ninasa dan membinasakan kita semua, maka bila mereka dapat menahannya bererti selamat dan selamat semuanya tetapi bila mereka tidak mencegahnya maka binasa dan binasa semuanya."

Abu-Dardaa r.a. berkata: "Kamu harus melakukan amar maruf nahi mungkar, kalau tidak Allah s.w.t. akan mengguasakan diatas kamu seorang yang zalim, yang tidak menghargai orang tua dan tidak kasih kepada anak-anak, kemudian pada saat itu orang-orang yang baik diantara kamu berdoa, maka tidak diterima doa mereka, minta pertolongan juga tidak ditolong minta ampun tidak diampun."

Huszaifah ra.a berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Demi Allah yang jiwaku ada ditangaNya, kamu harus melakukan amar maruf dan nahi mungkar atau jika tidak melakukan itu bererti sudah hampir Allah akan menurunkan siksa kepadamu, kemudian kamu berdoa maka tidak diterima oleh."

Ali r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika ummatku telah takut berkata kepada orang yang zalim itu: "Engkau zalim!", maka ucapkan selamat tinggal pada ummat itu (mereka akan binasa dan hina)."

Abul Said Alkhudi r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud) Jika kamu melihat perbuatan mungkar maka kamu harus roboh (tentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, jika tidak dapat maka dibenci dengan hatinya dan ini menunjukkan selemah-lemah iman. Menggunakan kekuatan kekerasan itu bagi orang yang berkuasa dan dengan lisan bagi para ulama (cerdik pandai) dan denganb hati bagi umum. Masing-masing orang menggunakan menurut kedudukannya, kekuatannya dan kekuasaannya."

Abul-Laits berkata: "Seharusnya bagi orang yang maruf (menganjurkan kebaikan) dan nahi mungkar (mencegah kejahatan) itu harus niat ikhlas kerana Allah s.w.t. dan menegakkan agama Allah s.w.t. bukan semata-mata membela kepentingan diri sendiri, sebab bila ia benar-benar ikhlas kerana Allah s.w.t. dan agama Allah s.w.t., maka pasti mendapat bantuan pertolongan Allah s.w.t. sebagaimana ayat yang berbunyi: "In tanshurullaha yan shurkum." (Yang bermaksud: "Jika kamu benar-benar menegakkan khalimatullah, maka Allah akan menolong kamu.) Juga pasti ia terpimpin dengan taufiq dari Allah s.w.t. Ada riwayat dari Ikrimah berkata: "Ada seorang berjalan tiba-tiba ia melihat sebuah pohon disembah orang maka ia marah dan langsung ia pulang mengambil kapaknya lalu naik himar menuju ketempat pohon itu untuk memotongnya, maka dihadang iblis laknatullah ditengah jalan tetapi merupai orang, maka ditanya: "Engkau akan kemana?" Jawab orang itu: "Saya melihat pohon yang disembah orang, maka saya berjanji kepada Allah s.w.t. akan memotong pokok itu, kerana itu saya pulang mengambil kapak dan naik himarku ini untuk pergi kepohon itu." Iblis laknatullah berkata: "Apa urusanmu dengan sembahan orang, biar orang lain, mereka telah jauh dari rahmat Allah." Disebabkan rintangan iblis laknatullah itu maka ahkirnya mereka berkelahi tetapi ternyata Iblis laknatullah itu kalah, sampai berulang tiga kali tetap iblis laknatullah kalah lalu Iblis laknatullah itu berkata: "Lebih baik kau kembali dan saya berjanji kepadamu tiap hari aku akan berikan kepadamu empat dirham diujung tempat tidurmu." Orang itu bertanya: "Apakah betul kau akan begitu?" Jawab iblis laknatullah: "Ya, aku jamin tiap hari." Maka kembalilah orang itu kerumahnya, maka benarlah pada esok hari ia mendapat wang itu selama dua hari dan pada hari ketiga ternyata tidak ada apa-apa, kemudian esok harinya lagi tiada juga. Maka kerana ia tidak mendapat wang itu, maka ia segera mengambil kapak dan naik himar untuk pergi kepohon itu, maka ditengah jalan dihadang oleh iblis laknatullah yang merupai manusia dan ditanya: "Kemana kau mahu pergi?" Jawabnya: "Kepohon yang disembah orang itu untuk memotongnya." Iblis laknatullah berkata: "Engkau tidak dapat berbuat demikian, adapun yang pertama kali itu kerana kau keluar dengan marahmu itu benar-benar kerana Allah sehingga umpama semua penduduk langit dan bumi akan menghalangi kamu tidak akan dapat, adapun sekarang maka kau keluar kerana tidak mendapat wang maka bila kau berani maju setapak aku akan patahkan lehermu.", maka ia kembali kerumahnya dan membiarkan pohon itu.

Abul-Laits berkata: "Seorang yang akan menjalankan amar maruf dan nahi mungkar harus melengkapi lima syarat iaitu:

Berilmu, sebab orang yang bodoh tidak mengerti maruf dan mungkar

Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan kerana agama Allah s.w.t.

Kasih sayang kepada yang dinasihati, dengan lunak dan ramah tamah dan jangan menggunakan kekerasan sebab Allah s.w.t. telah berpesan keppada Nabi Musa a.s. dan Nabi Harun a.s. supaya berlaku lunak kepada Fir'aun

Sabar dan tenang, sebab Allah s.w.t. berfirman yang berbunyi: "Wa'mur bil ma'rufi wanha anilmunkar wash bir ala maa ashabaka." Yang bermaksud: "Anjurkan kebaikan dan cegahlah yang mungkar dan sabarlah terhadap segala penderitaanmu."

Harus mengerjakan apa-apa yang dianjurkan supaya tidak dicemuh orang atas perbuatannya sendiri sehingga tidak termasuk pada ayat yang berbunyi: "Ata'murunannasa bil-birri watansauna anfusakum." Yang bermaksud: "Apakah kamu menganjurkan kebaikan kepada orang lain tetapi melupakan dirimu sendiri."

Anas r.a. berkata: "Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Ketika malam isra' saya melihat orang-orang yang digunting bibirnya dengan gunting dan ketika aku bertanya pada Jibril: Siapakah mereka itu, ya Jibril? Jawabnya: Mereka pemimpin-pemimpin dari ummatmu yang menganjurkan orang lain berbuat baik tetapi lupa pada diri sendiri, padahal mereka membaca kitab Allah s.w.t. tetapi mereka tidak memperhatikan dan mengamalkannya."

Qatadah berkata: "Didalam kitab Taurat ada tertulis: Hai anak Adam, engkau mengingatkan lain orang dengan ajaranKu sedang engkau melupakan Aku, dan mengajak orang kembali kepadaKu sedang engkau lari daripadaKu, maka sia-sia perbuatanmu itu."

Abu Mu'awiyah Alfazari meriwayatkan dengan sanadnya bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Kamu kini dalam hal yang sangat jelas dari jalan Tuhanmu sehingga nampak jelas bagimu dua macam mabuk iaitu mabuk penghidupan dan mabuk kebodohan dan kamu kini masih menjalankan amar maruf dan nahi mungkar, dan kamu berjuang bukan dalam jalan Allah s.w.t. dan orang-orang yang dapat menegakkan ajaran kitab dengan sembunyi atau terang-terangan sama pahalanya dengan orang-orang dahulu dari sahabat Muhajirin dan Anshar."

Alhasan berkata Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Siapa yang lari dari daerah kelain daerah untuk mempertahankan agamanya, walau baru melangkah satu jengkal, maka telah pasti (berhak) masuk syurga dan menjadi kawan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad s.a.w."

(Sebab) Nabi Ibrahim a.s. telah berhijrah dari Hiraan ke Syam iaitu yang tersebut didalam ayat yang berbunyi: "Wa qaala inni muhajirun ila robbi innahu huwal aziizul hakiem. Yang bermaksud: "Dan berkata Ibrahim, sungguh aku akan berhijrah kepada Tuhanku, sungguh Dialah yang mulia, jaya dan bijaksana."

Dan Ayat yang berbunyi: "Inna dzahibun ila robbi sayahdini." Yang bermaksud: "Sungguh aku akan pergi kepada Tuhanku, Dialah yang memberi hadayat dan memimpin aku."

Dan Nabi Muhammad s.a.w. telah berhijrah dari Mekkah ke Madinah, maka siapa didaerah yang penuh maksiat lalu ia keluar daripadanya kerana mengharapkan keridhaan Allah s.w.t., maka telah mengikuti jejak Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w., maka insyaallah akan menjadi kawan keduanya disyurga.

Firman Allah s.w.t. yang berbunyi: "Waman yakhruj min baitihi muhajiran illalahi warasulihi tsumma yudrikhul mautu faqad waqa'a ajrunu alallah wakaanallahu ghafura rahima." Yang bermaksud: "Dan siapa yang keluar dari rumahnya berhijrah kepada Allah dan Rasulullah kerana taat kepada Allah dan Rasulullah kemuadian mati, maka pahalanya telah dijamin oleh Allah, dan Allah itu maha pengampun lagi penyayang."

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Tiap-tiap muslim yang keluar dari rumahnya berhijrah menuju taat dan keridhoaan Allah s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu meletakkan kakinya diatas kenderaannya walau baru berjalan selangkah kemudian mati, maka Allah s.w.t. akan memberi pahala orang-orang yang berhijrah. Dan tiap-tiap orang muslim keluar dari rumahnya untuk berperang jihad fisabilillah, mendadak terinjak oleh kenderaannya atau tergigit oleh binatang berbisa sebelum perang atau mati bagaimanapun keadaannya, maka ia mati syahid. Dan tiap orang muslim yang keluar dari rumahnya menuju ke Baitillahil Haram (berbuat haji) kemudian mati sebelum sampai, maka Allah s.w.t. akan mewajibkan baginya syurga."

Abul-Laits berkata: "Dan siapa tidak hijrah dari daerahnya sedang ia sanggup menunaikan ibadat kepada Allah s.w.t., maka tidak apa-apa asalkan ia membenci pada maksiat yang terjadi disekitarnya, maka ia dimaafkan." Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata: "Cukup bagi seorang yang melihat mungkar dan ia tidak dapat merubahnya, asalkan Allah s.w.t. mengetahui dalam hatinya bahawa ia tidak suka pada mungkar itu."

Sebahagian sahabat r.a. berkata: "Jika seorang melihat mungkar dan tidak dapat mencegahnya, maka hendaklah dia membaca: Allahuma inna hadzaa munkaran fala tu'aa khidzni bihi. Yang bermaksud: Ya Allah, maka jangan menuntut aku dengan adanya mengkar. (Sebanyak 3 kali) Maka jika membaca yang demikian ia mendapat pahala seperti orang amar maruf dan nahi mungkar.

Umar bin Jabir Allakhmi dari Abu Umayyah berkata: "Saya tanya pada Abu Tsa'labah Alkhusyani r.a. tentang ayat yang berbunyi: "Ya ayyuhai ladzina aamanu anfusakum laa yadhurrukum man dholla idzah tadaitum." Yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tidak apa-apa bagimu kesesatan orang yang sesat bila kamu telah mendapat hidayat dan berlaku baik." Jawab Abu Tsa'labah: "Engkau telah tanya pada orang-orang yang benar mengetahui, saya telah tanya kepada Rasulullah s.a.w. maka Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Hai Abu Tsa'labah, laksanakan amar maruf dan nahi mungkar, maka apabila engkau telah melihat dunia sudah diutamakan dari lain-lainnya, dan orang yang kikir telah diikuti orang, dan tiap orang sombong dan berbangga dengan pendapatnya sendiri, maka jagalah dirimu, sebab dibelakangmu adalah saat kesabaran dan ketahanan dan bagi orang yang kuat mempertahankan sebagaimana yang kamu lakukan sekarang ini akan mendapat pahala sama dengan lima puluh orang." Sahabat bertanya: "Sama dengan lima puluh orang dari kami atau dari mereka?" Jawab Rasullullah s.a.w.: "Sama dengan lima puluh orang dari kamu."

Qais bin Abi Hazim berkata: "Saya telah mendengar Abu Bakar Assiddiq r.a. berkata: "Kamu membaca ayat ini (yang berbunyi): "Ya ayyuhallazlina amanu alaikum anfusakum ia yadhurrukum man dholla idzah tadaitum, ilallahi marji'ukum kami'an." Yang bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tidak bahaya bagimu kesesatan orang-orang yang sesat jika kamu sendiri mengikuti petunjuk, kepada Allah kamu semua akan kembali." Dan saya telah mendengar Nabi Muhammad s.a.w. bersabda (yang bermaksud): "Tiada satu kaum yang memaharajalela ditengah-tengah mereka perbuatan maksiat kemudian tiada yang berusaha merubahnya dan mencegahnya melainkan telah hampir tiba pada mereka siksa umum merata dari Allah s.w.t." dan kamu letakkan tidak pada tempatnya.

Ibn Mas'ud r.a. ketika ditanya mengenai ayat ini, ia menjawab: "Bukan masanya tetapi itu berlaku bila hawa nafsu telah mengusai dan merata dan orang-orang suka berdebat, maka tiap orang harus menjaga keselamatan dirinya, maka pada saat itulah tiba masanya.(Tafsirannya)

Tuesday 7 May 2013

Fadhilat Puasa Wajib dan Sunat Sepanjang Tahun



Ibadat puasa adalah ibadah dikerjakan dengan berlapar dan berdahaga sepanjang hari iaitu sejak terbitnya fajar sodiq (masuk waktu Subuh) hingga terbenamnya matahari (masuk waktu Maghrib). Antara hikmah dan faedah ibadat puasa ialah menginsafkan diri bahawa kita pada hakikatnya adalah makhluk yang dhaif yang perlu sentiasa menghampirkan diri dan beribadat kepada Allah s.w.t. serta mengharapkan limpah kurnia-Nya.
Firmah Allah s.w.t. menjelaskan tentang hikmah puasa Ramadhan yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa atas kamu sebagaimana diwajibkan atas umat-umat yang terdahulu sebelum kamu, semoga kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah:183)

Dengan puasa juga, kita akan memperolehi kesihatan jasmani dan rohani. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasalah kamu, tentu kamu akan sihat." Sabda Baginda Rasulullah s.a.w. lagi: "Perut besar itu adalah sarang penyakit dan banyak makan itu punca segala penyakit."

Selain daripada itu, puasa juga mempunyai hikmah dan faedah seperti:

Tanda bersyukur kepada Allah s.w.t. atas limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga

Mendidik nafsu ammarah (yang lebih banyak mengajak kepada keburukan) agar berubah menjadi nafsu lawwamah dan seterusnya meningkat kepada nafsu mutmainnah yakni nafsu yang tenang tenteram, bersedia menjunjung titah perintah Allah s.w.t.

Melatih dan mendidik jiwa supaya mempunyai sifat kasihan belas terhadap orang-orang yang susah menderita dan kurang bernasib baik kehidupan mereka

Membersihkan diri daripada sifat-sifat mazmumah (keji) seperti tamak, sombong, hasad dengki dan lain-lain lagi

Mendidik jiwa supaya bersifat sabar, tahan menanggung kesusahan dan pelbagai cabaran dalam menempuh perjuangan hidup

Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran sebagaimana disebut dalam satu riwayat maksudnya: "Orang yang lapar perutnya itu tajamlah fikirannya dan teranglah hatinya."

Oleh kerana sangat besar faedah dan manfaatnya ibadah puasa kepada kita, maka selain puasa yang wajib pada bulan Ramadhan, ada lagi puasa-puasa sunat yang elok dilakukan sepanjang tahun iaitu seperti yang akan disebutkan nanti.




FADHILAT PUASA RAMADHAN

Puasa pada bulan Ramadhan difardhukan kepada setiap individu Muslim dan Muslimah yang telah 'aqil baligh dan ketiadaan uzur syar'i. Uzur puasa seperti sakit dan dalam perjalanan (musafir) sejauh 91km. atau lebih. Orang yang uzur boleh meninggalkan puasanya. tetapi wajib mengqadhanya pada hari dan bulan yang lain.

Puasa Ramadhan adalah menjadi salah satu rukun Islam yang kelima. Pahala melakukannya tersangat besar, sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada bulan Ramadhan dalam keadaan beriman dan kerana menuntutkan keredhaan Allah s.w.t., nescaya diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu." (Rujuk: Al-Targhib II:206)

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amanalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda. Firman Allah s.w.t. (maksudnya) :" Kecuali puasa yang dikerjakan untuk Ku, maka Aku-lah yang membalasnya. Dia menahan syahwatnya dan meninggalkan makan kerana Aku" Bagi orang yang puasa itu ada dua kegembiraan, iaitu gembira ketika berbuka (atau berhari raya) dan gembira ketika menemui Tuhannya kelak. Dan, demi bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum daripada bau kasturi." (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah)




FADHILAT PUASA-PUASA SUNNAT SEPANJANG TAHUN


1. Puasa enam hari dalam bulan Syawal

Fadhilat atau keutamaannya sangat besar sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa Ramadhan, kemudian diiringi dengan puasa (sunnat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun." (Riwayat Muslim)

Cara melakukannya yang terbaik (afdal) secara berturut-turut dan dimulakan pada hari kedua bulan Syawal, tetapi boleh dan sah dengan tidak berturut-turut, misalnya sehari puasa dua hari tidak, kemudian puasa lagi, asalkan genap enam hari didalam bulan Syawal. Malah sesetengah ulama mengharuskan puasa enam hari dalam bulan Syawal diniatkan berserta puasa qadha Ramadhan.

2. Puasa hari 'Arafah (9 Zulhijjah)

Disunatkan kepada orang yang tidak melakukan ibadah haji. Fadhilatnya sangat besar sebagaimana dijelaskan menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. ujurnya, Rasullullah s.a.w. telah ditanya oleh sahabat mengenai puasa hari 'Arafah, sabdanya bermaksud: "Ia menghapuskan dosa setahun yang lalu dan tahun-tahun kemudiannya." (Riwayatkan oleh Muslim dan al-Turmuzi)

Menerusi hadith daripada Abi Qatadah r.a. juga bahawa Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Puasa pada hari 'Arafah itu menghapuskan dosa dua tahun yang lalu dan tahun yang akan datanag." (Diriwayat oleh Muslim)

3. Puasa pada bulan Muharram

Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Ibu 'Abbas r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. maksudnya: "Sesiapa berpuasa pada hari 'Arafah nescaya terhapus dosanya dua tahun dan sesiapa berpuasa satu hari daripada bulan Muharram maka untuknya setiap sehari (mendapat pahala) 30 hari." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

4. Puasa pada hari 'Asyura (10 Muharram)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

5. Puasa hari Tasu'a (Tanggal 9 Muharram)

Ia disunatkan, namun Rasullullah s.a.w. belum sempat mengerjakannya, bagaimanapun Baginda s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesungguhnya jika aku hidup pada tahun hadapan, aku akan berpuasa pada 9 Muharra,." (Riwayat Ahmad dan Muslim)

PERINGATAN

Puasa sunnat pada hari ke-10 Muharram hendaklah digabungkan dengan hari sebelumnya iaitu pada hari ke-9 atau dengan hari selepasnya (yakni hari ke-11) dan lebih baik lagi dikerjakan tiga hari berturut-turut iaitu ke-9,ke-10 dan ke-11. Jika ditunggalkan 10 Muharram sahaja maka hukumnya makruh kerana menyerupai amalan orang Yahudi.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah pada hari 'Asyura (10 Muharram) dan jangalah menyamai perbuatan orang Yahudi; oleh itu berpuasalah sehari sebelum dan sehari sesudahnya." (Riwayat Imam Ahmad)

6. Puasa bulan Sya'aban

Daripada Usamah bin Zaid r.a. katanya, aku berkata: "Wahai Rasullullah, tidak saya lihat tuan hamba berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan (dalam setahun selain Ramadhan) seperti tuan berpuasa pada bulan Sya'aban." Sabda Rasullullah s.a.w.: "Bulan ini (yakni bulan Sya'aban) ialah bulan yang manusia lalai padanya antara Rajab dan Ramadhan, pada hal ia (yakni bulan Sya'aban) adalah bulan diangkat amalan kepada Tuhan seru sekelian alam, maka aku suka amalanku diangkat dan aku berpuasa." (Riwayat al-Nasai)

Ummu Salamah r.a. pula berkata: "Tidak pernah aku lihat Rasullullah s.a.w. berpuasa dua bulan berturut-turut melainkan pada bulan Sya'aban dan Ramadhan." (Riwayat al-Turmuzi)

7. Puasa pada hari Isnin dan Khamis

Daripada Abi Hurairah r.a. daripada Rasullullah s.a.w. sabdanya: "Diperlihatkan (kehadrat Allah s.w.t.) segala amalan itu pada hari Isnin dan Khamis, justeru saya suka ketika diperlihatkan amalan-amalanku itu sedang aku berpuasa." (Riwayat al-Turmuzi)

Menurut riwayat Muslim diterima daripada Abu Qatadah, pernah ditanyakan kepada Rasullullah sa.w. tentang puasa pada hari Isnin, maka Baginda s.a.w. menjawab dengan sabdanya yang bermaksud: Itulah hari yang padanya aku dilahirkan, padanya aku dibangkitkan menajdi Rasul dan padanya Al-Quran diturunkan kepadaku." (Subul al-Salam)

8. Puasa hari Rabu, Khamis dan Jumaat

Daripada 'Ubaid bin Muslim al-Qurasyi daripada bapanya r.a. ujurnya, aku bertanya atau ditanya oleh Baginda Rasullullah s.a.w. mengenai puasa dahar (sepanjang tahun), maka Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Tidak (maksudnya tidak dibenarkan puasa tersebut), kerana sesungguhnya untuk keluargamu atas dirimu ada hak. Oleh itu berpuasalah pada bulan Ramadhan dan yang mengikutinya (enam hari dalam bulan Syawal), dan pada setiap hari Rabu dan Khamis, maka anda sungguh telah (mendapat pahala) puasa sepanjang tahun dan anda juga telah berbuka." (Riwayat Abu Dawud, al-Nasai dan al-Turmuzi)

Daripada Anas bin Malik r.a. bahawa beliau telah mendengar Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud: Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, nescaya Allah s.w.t. membina untuknya sebuah istana disyurga daripada permata, yaqut dan zabarzad dan dicatat baginya bebas dari api neraka>" (Riwayat al-Tabrani)

Menerusi riwayat daripada Ibnu Umar r.a., Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian bersedekah pada hari Jumaat sedikit atau banyak, nescaya diampunkan semua dosanya hingga menjadi seperti bayi yang baru dilahirkan oleh ibunya, bersih daripada segala dosa." (Dikeluarkan oleh al-Tabrani)

9. Puasa pada hari Putih (13,14 dan 15 bulan Islam)

Diriwayatkan daripada Jarir r.a. daripada Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Berpuasa tiga hari pada setiap bulan adalah puasa sepanjang tahun iaitu puasa pada hari-hari putih - pada hari 13,14 dan 15 (bulan Qamariyah)." (Riwayat al-Nasai dengan sanad yang sohih)

10. Puasa tiga hari pada setiap bulan

Diriwayatkan oleh Muslim daripada Abi Qatadah, bahawasanya Baginda Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Puasa tiga hari pada setiap bulan, Ramadhan ke Ramadhan itulah puasa sepanjang masa."

Mengenai berpuasa tiga hari pada setiap bulan, ada beberapa pendapat Ulama. Antaranya dikatakan puasa tiga hari itu ialah puasa pada 13,14 dan 15. Inilah pendapat kebanyakkan Ulama, antara lain Umar, Ibnu Mas'ud, Abu Zar, al-Syafi'i, Abu Hanifah, Ahmad dan Ishaq.

Sementara al-Nakha'i berpendapat ialah puasa tiga hari pada akhir bulan.

11. Puasa selang-seli (sehari puasa sehari tidak)

Hadith daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al-'As r.a. bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Telah sampai berita kepadaku bahawa anda berpuasa pada waktu siang dan berjaga (kerana beribadah) waktu malam. Jangan buat demikian kerana untuk jasadmu atas dirimu ada habuan, untuk matamu atas dirimu ada habuan dan untuk isterimu ada habuan. Puasalah dan berbukalah. Puasa tiga hari pada setiap bulan, maka dengan demikian anda mendapat pahala sepanjang tahun." Aku berkata: " Wahai Rasullullah, aku mempunyai kekuatan (keupayaan untuk berpuasa). Sabda Baginda Rasullullah s.a.w. "Maka berpuasalah puasa NabiDaud a.s. iaitu berpuasalah sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abdullah bin 'Amru ibnu al'As katanya, telah bersabda Rasullullah sa.w. bermaksud: "Puasa yang paling disukai oleh Allah s.w.t. ialah puasa Nabi Daud dan solat yang paling disukai Allah s.w.t. ialah solat Nabi Daud, baginda tidur separuh malam dan bangun beribadah sepertiga malam dan tidur seperempat malam dan baginda berpuasa sehari dan berbuka sehari." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

PERINGATAN

1. Dalam mencari pahala puasa sunnat, janga tersalah hari-hari yang diharamkan berpuasa iaitu:

TANGGAL 1 SYAWAL (HARI RAYA AIDIL FITRI)

10 ZULHIJJAH (HARI RAYA AIDIL ADHA)HARI-HARI TASYRIQ: 11, 12 DAN 13 ZULHIJJAH

HARI SYAK MUNGKIN HARI MULA BERPUASA (30 SYA'ABAN)

SELEPAS 15 SYA'ABAN JIKA BUKAN PUASA QADHA ATAU NAZAR ATAU TIADA HUBUNGAN DENGAN PUASA PADA HARI SEBELUMNYA, ATAU BUKAN HARI YANG BIASA BERPUASA

PUASA SUNNAT BAGI WANITA TANPA IZIN SUAMI (JIKA SUAMI BERMUKIM YAKNI TAK MUSAFIR ATAU BERPERGIAN JAUH)

2. JANGAN PULA BERPUASA PADA HARI-HARI YANG DIMAKRUHKAN:

PUASA ORANG YANG SAKIT BERSANGATAN

PUASA ORANG YANG SANGAT TUA

PUASA WANITA YANG HAMIL

PUASA ORANG YANG MUSAFIR

PUASA PADA HARI 'ARAFAH BAGI ORANG YANG MENGERJAKAN HAJI

PUASA PADA HARI SABTU SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA PADA HARI JUMAAT SAHAJA (DITUNGGALKAN)

PUASA ASALNYA SUNNAT DIKERJAKAN OLEH ORANG YANG MENANGGUNG PUASA QADHA

PUASA SEPANJANG TAHUN (SEPANJANG MASA)

3. ORANG YANG MENGERJAKAN PUASA WAJIB DIKEHENDAKI BERNIAT PUASA PADA WAKTU MALAM. ADAPUN PUASA SUNNAT BOLEH BERNIAT PADA PAGI HARI SEBELUM TERGELINCIR MATAHARI (BELUM MASUK WAKTU ZUHUR) DENGAN SYARAT BELUM MELAKUKAN PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

4. NIAT PUASA TIDAK SEMESTINYA DENGAN MELAFAZKAN DALAM BAHASA ARAB, MEMADAI MELINTASKAN DIDALAM HATI DENGAN APA-APA JUGA BAHASA YANG KITA FAHAMI, IAITU BAHAWA KITA HENDAK MELAKUKAN PUASA (SEBUT JENIS PUASANYA) PADA HARI ESOK (JIKA NIAT PADA WAKTU MALAM) ATAU PADA HARI INI (JIKA BERNIAT PADA WAKTU DINIHARI ATAU WAKTU SAHUR ATAU PADA SEBELAH PAGI SELEPAS SUBUH JIKA PUASA SUNNAT)

Doa HambaMu..



Ya Rabb kau memberi pelbagai dugaan..sabarkanlah daku

Ya Allah Kekalkan la aku di jalanMu
Jikalau dunia ini berguna untukku,
kau panjangkanlah nyawaku,
jikalau dunia Ini tiada guna bagiku,
kau matikanlah aku dalam keadaan yg baik...

amin..

Saturday 4 May 2013

Bertani Di Syurga






Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berbicara dengan seorang lelaki dari desa. Rasulullah s.a.w. menceritakan bahawa ada seorang lelaki penghuni syurga meminta kepada Allah s.w.t. untuk bercocok tanam, kemudian Allah s.w.t. bertanya kepadanya bukankah Allah s.w.t. telah berikan semua perkara yang dia perlukan? Lelaki itu mengakui, tetapi dia suka bercocok tanam. Lalu dia menabur biji benih. Tanaman itu langsung tumbuh. Kesemuanya sama. Setelah itu dia menuainya. Hasilnya dapat setinggi gunung. Allah s.w.t. berfirman kepadanya, "Wahai anak Adam, ia tidak mengenyangkan perut kamu".

"Demi Allah, orang itu adalah orang Quraisy atau pun Anshar kerana mereka dari golongan petani. Kami bukan dari golongan petani", kata orang Badui itu. Rasulullah s.a.w. tertawa mendengar kata-kata orang Badui itu.