Sunday 20 October 2013

Umar Abdul Aziz Menyingkirkan Seorang Gabenor



Umar bin Abdul Aziz telah melantik seorang hambaAllah sebagai Gabnor sebuah wilayah. Kemudian ada orang mengatakan yang orang itu telahpun memegang jawatan yang sama dibawah pemerintahan Hajjaj bin Yusuf (Penumpah darah yang terkenal). Umar dengan serta merta mengeluarkan perintah supaya Gabnor itu dipecat, Gabnor itu berkata: "Tetapi saya tidak lama bekerja dibawah pemerintahan Hajjaj." Umar menjawab: "Pergaulan kamu dengannya selama sehari ataupun kurang daripada sehari sudah menyebabkan kamu tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhidmatan awam."

Kawan-kawan yang kita gauli menjadi ukuran orang terhadap diri kita. Kalau baik sahabat-handai kita maka baiklah tentunya budi pekerti kita. Kawan-kawan yang tidak senonoh pula mengakibatkan perangai kita menjadi merosot. Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda didalam sebuah Hadithnya:

"Orang yang bergaul dengan seorang lelaki yang soleh bolehlah diibaratkan seperti orang menemani seorang penjual kasturi. Sungguhpun dia tidak memperolehi kasturi itu, baunya sudah tentu merupakan suatu nikmat kepadanya, sebaliknya orang yang bergaul dengan mereka yang jahat adalah seperti yang duduk berdekatan dengan dapur. Kalau pun ia tidak dibakar oleh api didapur itu, asap dan kepanasan sudah pasti akan menggangguinya."

0 ulasan: