Saturday 1 June 2013

Monolog #1

Kaktus Dalam bilik


hanya sebuah monolog hati

     makin hari makin berlalu, hari-hariku berlalu dengan perit duri luka cabaran. aku gentarkan hati demi Mu
tiba-tiba. hati ku berbisik


Sheng: rilex bro... ni dunia bukan akhirat. ending kau bukan di sini tetapi disana. masih banyak perlu kau  terokai, dan masih banyak perlu kau fahami. 

Aku: Tapi, aku dah tak tahan kawan. hari-hari hati aku pedih. hari-hari hati aku sakit, merintih agar dibebaskan dari segala ujian ni. kadang-kadang aku berdoa agar Allah tarik nyawaku, dan kadang-kadang aku berniat untuk membutakan mata ku. tapi tak boleh, sebab haram doakan mati.

Sheng: bro.. cuba kau tenang dan fikir seketika, apa tujuan kita hidup didunia ni.? untuk menjadi khalifah menegakkan agama Allah. ini dunia kawan, dunia ni penuh dengan cabaran dan dugaan. jikalau dunia ni tak mencabar sebagainya.. ini bukan ini syurga..

Aku: maksud kau?


Sheng: ya la.. jika tiada mati, semua yang engkau minta dapat, semua yang engkau hajati dimakbulkan. apa erti usaha, rezeki, dan ujian sakratul maut..? apa bila kita perit dalam perjuangan dan usaha menghadapi dunia ni. Allah menanti kita di hujung jalan bagi hamba-Nya untuk diberikan satu hadiah yang hanya golongan Sabar dan takwa sahaja yang merasainya.

Aku: tapi, aku tak boleh lalui sendirian. teman-teman aku semua lupakan aku, sahabat handai khianati aku, member-member aku semua tikam aku.

Sheng: bukan semua bro.. kau masih ada keluarga kau, kau masih ada saudara muslim, kau masih ada aku.. kita hidup bersama hampir 20 tahun.. disitu kita lalui pelbagai perkara dari sekecil-kecil guli hingga sebesar-besar bulan. tapi lihat lah kau sekarang. masih teguh, masih sujud kepada-Nya, masih sayangkan ibu bapa kau. kalaw kau bersabar hanya sedikit sahaja lagi. sehingga hujung nyawa.. InsyaAllah penduduk langit menangis merindui mu kerana kesabaran kau hadapi ujian. relex la... ok bro??


Aku: kau cakap senang kawan, penat aku lalui, dari kecil aku lihat dunia ni musnah kerana saudara Islam ku sendiri khianati aku, aku lihat golongan miskin yang terus miskin, aku lihat golongan kaya pemimpin yang terus dengan agenda munafiq mereka. apa aku boleh buat..?? aku merantau, aku melihat, aku bermusafir hingga sekarang, aku naik gila memikirkan apa yang patut dan sebaliknya. aku lakukan kesilapan yang aku sendiri susah nak ungkapkan dengan kata. aku memilih jalan itu, dan aku silap, Nah..!!.. aku sendiri yang menyeksa diri aku..

Sheng: ok bro.. cuba kau fikirkan dizaman nabi tercinta Muhammad S.A.W yang tercinta. adakah baginda menyebarkan dakwah dengan mudah. dengan lancar?? cuba kau fikirkan,  nabi dihina, dicaci dibaling najis tetapi Nabi tetap menjalankan tugas untuk umatnya. bersabar lah. kita tidak lekang dengan ujian Allah. sesungguhnya Allah amat menyayangi mu. hanya sedikit masa lagi Allah akan membalas sesuatu yang sekalian makhluk tidak mampu balasnya. 


Aku: thanks bro, kau memang terbaik bro,

Sheng: hahahaha, jom kita makan maggi jom...


The End ~lapor la plak~

0 ulasan: