Kisah yang saya jumpa dalam FB.. saja nak kongsikan buat semua umat.. terutama Sang Penulis..
Pada
suatu hari, ketika sepasang suami isteri duduk makan diruang tamu,
datang seorang pengemis berpakaian lusuh meminta belas kasihan mereka.
"Tolonglah encik, saya lapar, sejak semalam tidak menjamah sesuap
nasi." Dengan muka bengis, si suami sambil menjeling isteri yang cantik
terus menghalau dan menengking si pengemis itu.
Dalam hatinya berkata "Aku membina perniagaan hingga berjaya bukan
untuk orang lain, tetapi untuk diri dan keluargaku." Si isteri tidak
dapat berbuat apa-apa dengan sikap suaminya walaupun dalam hatinya ada
niat untuk bersedekah.
Beberapa tahun kemudian, perniagaan si
suami jatuh muflis dan dia menjadi miskin. Dia terus menceraikan
isterinya kerana tidak mahu isterinya turut menderita sepertinya.
Setahun kemudian, isteri yang masih cantik itu berkahwin pula dengan
lelaki lain.
Pada suatu hari, sedang si isteri dan suami
barunya mengadap makanan, tiba-tiba seorang pengemis mengetuk pintu
sambil meminta belas kasihan. Mendengar rayuan pengemis itu si suami
menyuruh isterinya menghidangkan sepinggan nasi berlaukkan seperti yang
mereka makan.
Setelah memberi sepinggan nasi kepada pengemis
itu, si isteri menangkup muka sambil menangis. Si isteri mengadu si
pengemis itu sebenarnya adalah bekas suamiya yang dulu pernah menengking
seorang pengemis.
Suami yang baru itu menjawab dengan tenang. "Demi Allah, sebenarnya akulah pengemis yang dihalau dan ditengking dulu!".
Cerita ini memberi pengajaran bahawa hidup kita seperti putaran roda
dan tidak selalunya diatas. Ada masa ketikanya kita akan turun kebawah
dan naik semula atau sebaliknya.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya : "Sedekah itu dapat menutup tujuh puluh ribu kejahatan".
Anas b. Malik pula meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w ada bersabda bermaksud :
"Barang siapa mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya,
barang siapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya dan
barang siapa yang mempunyai tenaga, bersedekahlah dengan tenaganya"
0 ulasan:
Post a Comment