Pada suatu malam Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat melelapkan matanya. Baginda s.a.w. berguling kesana kemari namun tidak juga boleh tidur. Isteri Bagimda s.a.w. bertanya: "Mengapa tidak boleh tidur, Ya Rasulullah?" Baginda s.a.w. menjawab: "Ada sebiji tamar yang terletak disuatu tempat tadi, kerana takut ianya terbuang begitu sahaja, aku telah memakannya. Sekarang aku menyesal kerana buah itu mungkin dihantar kemari untuk disedekahkan kepada orang-orang miskin."
Buah yang Nabi Muhammad s.a.w. makan mungkin kepunyaan Baginda s.a.w. sendiri tetapi oleh kerana para dermawan biasanya menghantarkan sedekah mereka kerumah Nabi Muhammad s.a.w. untuk dibahagi-bahagikan oleh Baginda s.a.w. sendiri maka perbuatan Baginda s.a.w. memakan buah tamar itu telah menimbulkan keraguan didalam hati Baginda s.a.w. sendiri. Bagaimana pula dengan keadaan kita yang memakan benda haram tanpa kesangsian dan ketakutan!
0 ulasan:
Post a Comment