Tuesday, 5 November 2013

Panduan Solat Jenazah

Bissmillahirahmanirrahim..

alhamdulillah syukur pada Ilahi memberi kesempatan dan peluang hidup pada awal muharam sekarang. Selepas sekian lama menyepi menyendiri tanpa posting2 baru. Alhamduliilah, Allah menurunkan ilham untuk berkongsi dengan para pembaca semua mengenai Solat jenazah.
Baru-baru ini Penulis terfikir bahawa diri penulis sendiri jarang-jarang melakukan solat jenazah. mana tidaknya, kesibukan mengejar ilmu duniawi menyebabkan Penulis sering alpa dan lalai dalam mengejar Ilmu Akhirat. InsyaAllah hari ini penulis ingin berkongsi Bagaimana melakukan solat jenazah bersama pembaca-pembaca semua.

Artikel dipetik dari http://www.tayibah.com/eIslam/solat_jenazah.php

Kelebihan solat Jenazah.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَقُولُ : حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ رَدُّ السَّلاَمِ ، وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ ، وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ ، وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ ، وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda ; Hak Muslim ke atas Muslim yang lain ada 5 perkara iaitu ; Menjawab salam, Menziarahi ketika sakit, mengiringi Jenazah, menuanikan jemputan dan mendoakannya ketika bersin. Muttafa'un 'alaihi.
Allah swt telah memfardhukan solat jenazah kepada seluruh umat Islam dengan fardhu Kifayah. Malangnya, ramai umat Islam mengambil sikap acuh tak acuh je dengan kefardhuan ni.. dengan alasan hanya fardhu Kifayah. Sedangkan Allah SWT telah memberi ganjaran yang amat besar kepada orang yang solat Jenazah dengan balasan pahala sebesar Gunung Uhud..  Kita lihat ramai yang bertandang ke rumah simati, tetapi yang solat jenazah hanya sekerat dua sahaja.. Apakah mereka tidak mahu kepada pahala yang amat besar ini ???
Lihatlah hadis-hadis Rasulullah SAW yang disenaraikan di bawah ini...

عن أَبِي هُرَيْرَةَ  قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : { مَنْ شَهِدَ الْجِنَازَةَ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا فَلَهُ قِيرَاطٌ وَمَنْ شَهِدَهَا حَتَّى تُدْفَنَ فَلَهُ قِيرَاطَانِ } قِيلَ وَمَا الْقِيرَاطَانِ قَالَ : " مِثْلُ الْجَبَلَيْنِ الْعَظِيمَيْنِ " مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ
Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda ; Sesiapa yang menyaksikan jenazah serta turut serta menyembahyangkannya, maka dia mendapat 1 qhirat. Dan sesiapa menyaksikannya sehingga turut serta semasa mengkembumikannya, maka dia mendapat 2 qhirat. Lalu ditanya ; Apakah 2 qhirat itu ? Baginda menjawab : Pahala seperti 2 gunung yang besar. Muttafa'un 'alaihi.

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ « مَنِ اتَّبَعَ جَنَازَةَ مُسْلِمٍ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا ، وَكَانَ مَعَهُ حَتَّى يُصَلَّى عَلَيْهَا ، وَيَفْرُغَ مِنْ دَفْنِهَا ، فَإِنَّهُ يَرْجِعُ مِنَ الأَجْرِ بِقِيرَاطَيْنِ ، كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ ، وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ قَبْلَ أَنْ تُدْفَنَ فَإِنَّهُ يَرْجِعُ بِقِيرَاطٍ » . رواه اِلْبُخَارِيِّ
Dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda ; Sesiapa yang bersama (ziarah) jenazah seorang muslim dengan penuh perasaan keimanan, dia tetap ada bersama mayat sehinggalah mayat tadi disolatkan dan turut serta sehingga selesai ia dikebumikan, maka dia pulang dengan mendapat 2 qhirad. Setiap satu qhirat ganjarannya sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat jenazah, kemudian dia pulang tanpa menunggu sehingga mayat tersebut dikebumikan, sesungguhnya dia hanya mendapat 1 qhirat sahaja. Hadis riwayat Bukhari. 


Himpunan bas-bas membawa rombongan melawat maqam Syuhada' di Uhud.
Belakangnya adalah Gunung Uhud.

مَنْ خَرَجَ مَعَ جَنَازَةٍ مِنْ بَيْتِهَا وَصَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ تَبِعَهَا حَتَّى تُدْفَنَ كَانَ لَهُ قِيرَاطَانِ مِنْ أَجْرٍ كُلُّ قِيرَاطٍ مِثْلُ أُحُدٍ وَمَنْ صَلَّى عَلَيْهَا ثُمَّ رَجَعَ كَانَ لَهُ مِنَ الأَجْرِ مِثْلُ أُحُدٍ . رواه ِمُسْلِمٍ
Sesiapa yang keluar mengiringi jenazah dan solat ke atas jenazah tersebut, kemudian dia terus mengikut jenazah tersebut sehingga ia dikebumikan, maka dia akan mendapat pahala 2 qhirat di mana setiap qhirat sama seperti gunung Uhud. Dan sesiapa yang solat ke atas jenazah, kemudian terus pulang, maka dia mendapat pahala seperti gunung Uhud (1 qhirat). Hadis riwayat Muslim.

Peniaga kurma  menunggu pelanggan yang berlatarbelakangkan Gunung Uhud.

 
Syarat-syarat Solat Jenazah

1. Suci drp hadas kecil dan hadas besar.
2. Menutup aurat.
3. Mengadap kiblat.
4. Tidak disyaratkan telah masuk waktu.
5. Mayat hendaklah telah selesai dimandi dan dikafankan.
6. Tidak kerkehadapan daripada mayat.
7. Menghala ke bahagian mayat. (bhg kepala bagi mayat lelaki dan bhg tengah badan bagi mayat perempuan).
8. Mayat tersebut adalah orang Islam, bukan orang kafir atau murtad.
9. Mayat tersebut bukan orang mati syahid.

 

Rukun Solat Jenazah
1.  Niat
 أصلى على هذا المَيّت أَرْبَعَ تَكْبِيرَاتٍ لله تعالى
Sahaja aku solat ke atas mayat ini 4 takbir kerana Allah Taala

2.  Berdiri bagi orang yang mampu
3. Takbir 4 kali
4. Membaca al-Fatihah  selepas takbir pertama.
5. Selawat ke atas nabi SAW  selepas takbir kedua.
6. Doa bagi jenazah  selepas takbir ketiga.

 
Doa bagi jenazah Lelaki dewasa

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.
 
Doa bagi jenazah perempuan dewasa

 اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهاُ وَارْحَمْهُا وَعَافِهاِ وَاعْفُ عَنْهاُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهاُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهاُ وَاغْسِلْهاُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهاِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهاُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهاِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهاِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهاِ وَأَدْخِلْهاُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهاُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ .
Ya Allah, ampunlah dosanya, limpahkan rahmat kepanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dgn air, salji dan air sejuk. Brsihkannya drp kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Doa bagi jenazah  kanak-kanak lelaki

اللَّهُمَّ اجْعَلْهُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً  وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا  أَجْرَهُ
Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah (ujian) selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.

Doa bagi jenazah  kanak-kanak perempuan
 
اللَّهُمَّ اجْعَلْهاُ فَرَطًا لِأَبَوَيْهاِ وَسَلَفًا وَذُخْرًا وَعِظَةً  وَاعْتِبَارًا وَشَفِيعًا وَثَقِّلْ بِهاِ مَوَازِينَهُمَا وَأَفْرِغْ الصَّبْرَ عَلَى قُلُوبِهِمَا وَلَا تَفْتِنْهُمَا بَعْدَهاُ وَلَا تَحْرِمْهُمَا  أَجْرَهاُ
Ya Allah jadikanlah dia sebagai penolong kepada kedua ibubapanya, dan sebagai harta pertaruhan bagi keduannya. Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibubapanya. dan beratkanlah timbangan amal keduanya dan penuhilah kesabaran di dada kedua ibubapanya. Dan janganlah dia menjadi fitnah (ujian) selepas kematiannya dan janganlah hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.
Doa khusus bagi simati dan seluruh kaum muslimin sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA  katanya Rasulullah SAW berdoa ketika solat jenazah iaitu ;

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَصَغِيرِنَا وَكَبِيرِنَا وَذَكَرِنَا وَأُنْثَانَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا اللَّهُمَّ مَنْ أَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَأَحْيِهِ عَلَى الإِيمَانِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى الإِسْلاَمِ اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تُضِلَّنَا بَعْدَهُ
Ya Allah ampun dosa kami sama ada yang masih hidup ataupun yang telah mati, kecil dan besar, lelaki dan wanita, yang hadir dan yang tidak hadir. Ya Allah orang yang telah hidupkan  di antara kami, hidupkanlah dia dalam agama Islam. Dan orang-orang yang telah engkau matikan di antara kami, maka matikanlah dia dalam iman. Ya Allah, janganlah kami terhalang drp pahalanya dan janganlah kami disesat selepas peninggalannya. Hadis riwayat Abu Daud dan lain-lain dgn lafaz yg berbeza.

7. Memberi Salam  selepas takbir keempat.
SUNNAT membaca doa sebelum salam iaitu ;
 
Doa untuk jenazah lelaki

اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهُ واغْفِرْلنا وله اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara seIslam kami yang telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
 
Doa untuk jenazah perempuan

اللَّهُمَّ لَا تَحْرِمْنَا أَجْرَهاُ وَلَا تَفْتِنَّا بَعْدَهاُ واغْفِرْلنا ولها اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
Ya Allah, janganlah engkau hampakan kami dari mendapat pahala menyembahyangkannya, dan janganlah timpakan kami fitnah selepas pemergiannya, ampunkanlah dosa-dosa kami dan dosa mayat ini. Ya Allah ampunkan dosa-dosa kami dan saudara seIslam kami yang telah mendahului kami, dan jangan jadikan hati-hati kami merasa dengki kepada orang-orang yang beriman. Sesungguhnya engkau Maha pengampun dan Maha Penyayang.


Perkara Sunat Solat Jenazah.
1. Mengangkat tangan ketika takbir
2. Membaca Ta'awuz sebelum al-Fatihah
3. Semua bacaan dibaca dengan senyap
4. Tidak membaca doa Iftitah dan surah
5. Dilakukan di masjid
6. Sekurang-kurangnya 3 saf, lebih ramai maka lebih baik.
 
 InsyaAllah apa yang disampaikan boleh dipraktikkan bersama..


wasalam..


0 ulasan: