ASSALAMMUALAIKUM.
Alhamdulillah syukur kita kehadrat Ilahi kerana memanjangkan umur saya untuk menyampaikan sedikit ilmu kepada anda si pembaca. Dan juga kepada anda yang telah diberi peluang untuk menyebarkan syiar islam di dunia.
Pernahkah sesekali yang anda semua diduga dengan pelbagai cabaran dan rintangan dalam hidup anda. Sudah tentulah ya bukan?. Setiap insan mempunyai masalah yang tersendiri, keluargan, masyarakat, anak-anak, malah antara rakyat dan pemimpin itu. Dan pernahkah anda sebagai hamba-Nya yang lemah ingin berputus asa.
Cuba fikirkan mengapa kita diduga oleh ujian yang sebegini berat. Saya sendiri diduga semasa ingin menulis artikel ini, tetapi jika kita sabar dan terus berusaha percayalah bahawa suatu hari nanti nasib dan takdir anda akan diubah. Allah menduga umatnya bukan untuk bersuka ria dan tidak menyayangi hambanya. Saya ada rakan yang hampir putus asa kerana diduga oleh ujian Allah, sehinggakan dia sanggup berkata bahawa Allah tidak menyayanginya dan Allah itu tidak wujud,jika wujud mengapa dia diduga sebegini rupa.
Astaghfirullah, kami sebagai rakan-rakannya faham bahawa dia sebenarnya dalam dilema kehidupan. Ada kalanya kita berada di atas dan akan ada suatu hari nanti kita berada di bawah.tetapi cuba fikirkan adakah Allah itu bersifat kejam sesungguhnya Ar-Rahim dan Ar-Rahman Allah itu ada. Sebagai bukti surah Al-Mukminun Ayat 62
Maksudnya: Kami tiada membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya, dan pada sisi kami ada suatu kitab yang membicarakan kebenaran, dan mereka tidak dianiaya
Sepanjang minggu peperiksaan ramai rakan saya yang menceritakan masalah rakan-rakan mereka yang tewas dalam ujian ini. Sesungguhnya Allah telah menjanjanjikan kebahagiaan di akhirnya. Jika saya diduga dan diuji saya hanya fikirkan satu sahaja. Iaitu rasul tercinta kita dan para nabi sebelumnya. Rasulullah telah diuji dengan pelbagai dugaan dan cabaran sepanjang menyebarkan islam. Semasa baginda masih dalam kandungan ibunya, bapa baginda Abdullah bin Adbul Mutalib meninggal dunia. Semasa baginda berumur 6 tahun ibu baginda, Aminah binti Wahab meninggal dunia dan pada usia 8 tahun datuknya, Abdul Mutalib pula meninggal dunia.
Semasa menyebarkan dakwah kaum Quraish mencaci baginda, menghina, melontarkan najis, mengusir, memulaukan keluarga baginda dan banyak lagi. Cuba fikirkan bahawa Nabi Muhammad S.A.W. yang dikasihi dan menjadi kekasih Allah telah diuji sebegini rupa. Tentu ada sebab musabab Allah menurukna ujian yang berat kepada baginda. Sesungguhnya itulah tanda Allah menyayangi Hamba-Nya.
Allah menurunkan ujian ada banyak sebab, untuk menguji kekuatan iman hamba-Nya, untuk menghapus dosa-dosa yang lalu, untuk meningkatkan iman para hamba-Nya. Tak percaya Al-Baqarah telah membuktikannya.
Maksudnya: Demi sesungguhnya, kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepadaorang-orang yang sabar.
Tetapi kita umat akhir zaman sentiasa berputus asa dan tidak mengharapkan pertolongannya. Sesungguhnya Allah telah bersabda dalam surah Al-Mukmin, 60
Dan tuhanmu berfirman: “berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina”
Adakah kita pernah untuk berharap pada Nya. Cuba fikirkan
Maksudnya: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa sesuatu kesusahan, mereka berkata:”sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Saya sebenarnya tidak mampu untuk memberi tafsiran atau gambaran kepada anda semua mengenai ujian Allah S.W.T. tetapi apa yang saya ingin katakan ialah bahawa Allah sesungguhnya amat sayang kepada anda semua termasuk diri saya sendiri. Adakah Allah meminta anda untuk membayar ganti rugi nyawa, oksigen, dan rezeki yang melimpah ruah.
Cuba fikirkan jika nak dibandingkan amalan kita dengan nikmat yang dikurniakan tuhan. Betapa kecilnya dan kerdilnya jiwa ini. Hanya diuji dengan sedikit sahaja ujian berbanding para nabi dan ambiya lalu dalam membawa kita ke jalan yang benar ini.
Buat akhir kata cuba renung-renungkan dan gunakan mata iman dan akal untuk mengetahui mengapa dan apa hikmah disebalik ujian Allah S.W.T...
ASSALAMMUALAIKUM.
0 ulasan:
Post a Comment