Dia berkata: "Saya pada suatu masa tinggal disebuah rumah sewa. Pada suatu hari saya telah menulis sesuatu yang saya hendak keringkan dengan cepat. Rumah yang saya duduki itu temboknya diperbuat daripada lumpur. Saya bercadang hendak mengikiskan sedikit lumpur dari tembok tadi untuk mengeringkan dakwat pada tulisan saya itu, tetapi saya terfikir yang rumah itu bukan milik saya sendiri dan sudah tentu saya tidak boleh mengikisnya. Kemudian saya terfikir pula: "Aku hanya hendakkan sedikit sahaja."
Saya pun mengikislah sedikit lumpur. Pada malam itu sedang saya nyenyak tidur, saya melihat satu lembaga dalam mimpi saya. Lembaga itu memarahi saya dengan berkata: "Mungkin pada hari kiamat kelak kamu akan menyesali pemikiran mu tadi (Aku hanya hendakkan sedikit sahaja)."
Sebagai manusia biasa, perbuatan Ali bin Maabad sudah tentu kita anggap sebagai kesalahan yang paling kecil dan yang tidak sepatutnya menimbulkan sebarang takut didalam hati beliau, tetapi beliau adalah seorang muhaddis maka dia tidak boleh menimbulkan sebarang syak wasangka terhadap dirinya. Oleh sebab yang demikianlah maka dia menyesali perbuatannya itu.
0 ulasan:
Post a Comment