Thursday, 28 February 2013

Hebatnya Insan Yang 'Kurang'




Bismillahhirrahmanirrahim..

Assalammualaikum..
Untuk post kali ini, saya ingin berkongsi sedikit mengenai seorang insan yang kurang dari sudut fizikal, tetapi hebat dari sudut usahanya mendekati cinta AllahuAkhbar..

9.15pm 27 Feb 2013.
Pada malam yang dingin bertemankan riuh-rendah dari kolej kediaman 2 UMP. Di surau yang berukuran hanya sebesar rumah teres sedang mengadakan majlis ilmu. Walaupun majlisnya hanya dihadiri tidak sampai 5 orang tetapi Allah tidak melihat apa hasilnya, tetapi apa usahanya. Salah seorang senior di UMP bertanyakan barang sesiapa yang sudi membaca kitab hadis dan sebagainya. Terdiam seketika saya kerana malu untuk mencuba, tetapi insan yang kurang ini sudi membaca.

Insan yang kurang dimaksudkan adalah seorang pelajar UMP yang mungkin umurnya dalam 20-an dan cacat pada angota jari dan bersifat aktif. Inilah kurang yang dianggap oleh kebanyakan dari kita, tatapi bagi insan yang berfikir, kekurangan ini merupakan anugerah,kelebihan dan bukti cinta dari-Nya.

Insan yang kurang ini memula kan dengan bismillah dan terus membaca hadis. Saya yang melihat dari segi dia membaca dan cara dia menghayati jelas menampakkan keikhlasan di hatinya. Keikhlasan hati seorang hamba dalam mencari cinta Ilahi. Jikalau dia tidak mengetahui ataupun tidak memahami maksud hadis, segera dia bertanyakan kepada orang sebelah. Setelah itu dia pun membacakan potongan ayat al-quran dan terjemahan. Bukan ada padanya suara yang lunak berlagu, bukan ketepatan dan kehandalan membaca kalam Allah.

Tetapi yang ada padanya hanyalah suara yang biasa dan gugup membaca kalam Allah. Kebanyakannya, apabila insan itu dipilih untuk membaca hadis mahupun al-quran. Sudah tentu insan yang mahir dan cekap. Tetapi berlainan dengan kes ini. Yang dapat dipuji hanyalah USAHA dia dalam membetulkan bacaannya dan layaknya insan yang kurang ini dipuji adalah atas sikapnya apabila dia gagap untuk membaca, dia tidak malu bertanya pada salah seorang dari kami.

Dan salah satu sikap dia yang patut dipuji adalah sifat mencintai masjid. Kebetulah insan yang ‘kurang’ ini tinggal di kolej kediaman 1 dan berhampiran dengan masjid. Setiap kali saya pulang dari kelas. Memang wajah insan yang ‘kurang’ ini kelihatan menunaikan solat. Apa pula kita yang surau atau masjid berhampiran pun belum tentu mampu ke masjid berjemaah. Termasuk lah sang penulis ini.

Sesungguhnya Allah menyediakan kejayaan di dunia dan di akhirat untuk orang-orang yang menegakkan agama. Menegakkan agama disini bukanlah meninggalkan duniawi. Tetapi gunakan agama dalam urusan duniawi. Sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-‘ankabut:45

...dan tegakkanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar...

Moga kita dapat manfaat bersama terutamanya sang penulis

Assalammualaikum..   

0 ulasan: