Wednesday, 30 May 2012

Arak punca kejahatan

Dosa manakah, minum minuman yang memabukkan, berzina atau membunuh. Itulah teka-teki sebagai inti khutbah Khalifah Ustman bin Affan r.a. seperti yang diriwayatkan oleh Az-Zuhriy, dalam khutbah Ustman itu mengingatkan umat agar berhati-hati terhadap minuman khamr atau arak. Sebab minuman yang memabukkan itu sebagai pangkal perbuatan keji dan sumber segala dosa.

Dulu hidup seorang ahli ibadah yang selalu tekun beribadah ke masjid, lanjut khutbah Khalifah Ustman. Suatu hari lelaki yang soleh itu berkenalan dengan seorang wanita cantik. Kerana sudah terjatuh hati, lelaki itu menurut sahaja ketika disuruh memilih antara tiga permintaannya, tentang kemaksiatan. Pertama minum khamr, kedua berzina dan ketiga membunuh bayi. Mengira minum arak dosanya lebih kecil daripada dua pilihan lain yang diajukan wanita pujaan itu, lelaki soleh itu lalu memilih minum khamar tetapi apa yang terjadi, dengan minum arak yang memabukkan itu malah dia melanggar dua kejahatan yang lain. Dalam keadaan mabuk dan lupa diri, lelaki itu menzinai pelacur itu dan membunuh bayi di sisinya. Kerana itulah hindarilah khamar, kerana minuman itu sebagai biang keladi segala kejahatan dan perbuatan dosa. Ingatlah, iman dengan arak tidak mungkin bersatu dalam tubuh manusia. Salah satu di antaranya harus keluar. Orang yang mabuk mulutnya akan mengeluarkan kata-kata kufur, dan jika menjadi kebiasaan sampai akhir ayatnya, ia akan kekal di neraka."


Sunday, 27 May 2012

Jenazah berubah





Seorang anak mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil menangis. Peristiwa itu sangat mengharukan Rasulullah s.a.w. yang sedang duduk bersama-sama sahabat yang lain. "Mengapa engkau menangis wahai anakku?" tanya Rasulullah s.a.w. "Ayahku telah meninggal tetapi tiada seorang pun yang datang melawat. Aku tidak mempunyai kain kafan, siapa yang akan memakamkan ayahku dan siapa pula yang akan memandikannya?" Tanya anak itu. Segeralah Rasulullah s.a.w. memerintahkan Abu Bakar dan Umar untuk menjenguk jenazah itu. Betapa terperanjatnya Abu Bakar dan Umar, mayat itu berubah menjadi seekor babi hutan. Kedua sahabat itu lalu segera kembali melapor kepada Rasulullah s.a.w.

Maka datanglah sendiri Rasulullah s.a.w. ke rumah anak itu. Didoakan kepada Allah s.w.t. sehingga babi hutan itu kembali berubah menjadi jenazah manusia. Kemudian Rasulullah s.a.w. menyembahyangkannya dan meminta sahabat untuk memakamkannya. Betapa hairannya para sahabat, ketika jenazah itu akan dimakamkan berubah kembali menjadi babi hutan. Melihat kejadian itu, Rasulullah s.a.w. menanyakan anak itu apa yang dikerjakan oleh ayahnya selama hidupnya. "Ayahku tidak pernah mengerjakan solat selama hidupnya," jawab anak itu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda kepada para sahabatnya, "Para sahabat, lihatlah sendiri. Begitulah akibatnya bila orang meninggalkan solat selama hidupnya. Ia akan menjadi babi hutan di hari kiamat."

Friday, 25 May 2012

Percakapan Nabi Musa a.s. dengan Allah s.w.t.

Musa a.s.: Oh Tuhan, ajarilah kami sesuatu yang dapat kami pakai untuk berzikir dan berdo'a kepada Engkau.
Tuhan: Ucapkan, Laa Ilaaha Illlallaah ha Musa.
Musa a.s.: Oh Tuhan, semua hamba-Mu telah mengucapkan kalimat itu.
Tuhan: Hai Musa, andaikan langit yang tujuh berserta seluruh penghuninya selain Aku, dan bumi yang tujuh ditimbang dengan Laa Ilaaha Illallaah, nescaya masih berat Laa Ilaaha Illallaah.
Kata Hikmah :
1. Kisah ini diambil dari hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Imam Al-Hakim dari Abi Sa'id Al-Khud riyyi r.a.
2. Nilai Laa Ilaaha Illallaah lebih hebat daripada langit, bumi dan seluruh penghuninya.
3. Langit itu berpenghuni.
4. Bumi itu tujuh lapis sebagaimana langit.
5. Seutama-utama zikir adalah Laa Ilaaha Illallaah.

Wednesday, 23 May 2012

Ayat Kursi menjelang tidur


Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah s.a.w. untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," gertak Abu Hurairah.
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan."

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah s.a.w. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. "Bohong dia," kata Nabi Muhammad s.a.w.: "Pada hala nanti malam ia akan datang lagi." Kerana Rasulullah s.a.w. berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan. Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. "Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah s.a.w.," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi."

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah s.a.w., dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah s.a.w. menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi."
Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah s.a.w. dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah s.a.w.? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun."

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. "Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah s.a.w.. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa ahirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna."

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah s.a.w. untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasulullah s.a.w. sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. "Kalimat apakah itu?" tanya Nabi Muhammad s.a.w.. Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari."

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi Muhammad s.a.w. berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." Jawab Abu Hurairah. "Itulah syaitan." jawab Nabi Muhammad s.a.w.

Monday, 21 May 2012

Belajar bersyukurlah...



Assalammualaikum....

aku rasa dah lama dah tak tulis artikel aku sendiri... Alhamdulillah sebab Allah bagi aku ilham untuk menulis apa yang patut...

satu hari tu...aku saja ja berjalan-jalan melihat dan belajar sesuatu dari ciptaan Allah. waktu tu aku keluar maik moto jalan-jalan sekitar bandar taiping ni.. pusing-pusing keliling taman tasik. terdetik dalam hati ni, betapa indahnya ciptaan Allah yang ciptakan semuanya begitu indah-indah belaka. tapi Allahuakhbar, taman tasik taiping yang indah berseri telah dicemari dengan pasangan-pasangan ( couple ) yang belum tentu sudah nikah atau belum. tapi bukan tu yang aku nak sampaikan... seperti yang tertera tajuk di atas.erti bersyukur. dah lepas habis ronda-ronda taman tasek.aku dgn kawan muslim aku ni singgah makan. sudah naluri sebagai manusia,diberikan satu dulang emas hendakkan yang kedua,diberikan yang kedua hendak yang ketiga dan seterusnya, itulah manusia. dan rakan aku ni cakap yang dia bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepadanya.

maka, aku berfikir dan terdetiknya hati aku ni, betapa besarnya nikmat yang Allah beri. dan seperti biasa aku ni suka sanggat melihat ragam-ragam manusia. dan Allah menunjukkan aku betapa sempurnanya pemberian Allah untuk aku. aku tengok ada yang cacat,strok, tiada sebelah tanggan, down sindrom, dan macam-macam lagi. luluh juga hatiaku memikirkan betapa angkuh dan sombongnya diri aku ni untuk mengangkat doa walaupun mengucapkan kalimah Alhamdulillah. Astaqfirullah. dan aku mula untuk mencari dan memperbetulkan hati ini.

mari kita fikirkan semula. ada la segelintir manusia yang beru sahaja mendapat sesuatu nikmat, dah mula nak kan yang lain.sebagai contoh,lelaki A baru berkahwin dengan perempuan idamannya, dan tanam niat nak kawin satu lagi. itu la manusia, nikmat yang Allah beri tu pun belum tentu gunakan untuk jalan kebaikan dan sepenuhnya. Allahualam. dan Allah telah berfirman betapa nikmat kita sebagai seorang Muslim juga sebagai nikmat di dalam surah A-li'Imran ayat 103.


MAKSUD:dan berpegang teguhlah sekalian kepada tali Allah(Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai, dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan( sewaktu jahiliah), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu( sehingga kamu bersatu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka( disebabkan kekufuran dahulu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu(disebabkan nikmat Islam). demikian Allah menjelaskan kepada kamu Ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya.

pernah dengar kumpulan nashid kanak-kanak: Alif Ba Ta. aku saja dengar lagu bertajuk Bersyukurlah. sebuah lagu lama, dan mesejnya tidak akan luput ditelan zaman. untuk download.klik IslamAvailable. lagi ni banyak mengajar kalaw kita berkasih sayang dan bersyukur. kita akan kecapi kegembiraan di dunia. kadang-kadang kita tengok kawan kita dapat sesuatu yang kita idamkan kita akan mula timbul hasad. cuba kita rendahkan ego dan bersyukur. Alhamdulillah tenang ja hati ni. kadang-kadang orang kata yang tak elok didengar. kita hiraukan dan kita bersyukur dengan apa yang ada.

Allah telah berfirman dalam surah Al-Maa'idah ayat 7



MAKSUD:dan kenanglah nikmat Allah(yang telahdikurniakan-Nya) kepada kamu serta ingatlah perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu, ketika kamu berkata: "kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan Rasul-Nya)". dan bertakwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.

kita sebagai manusia sentiasa nakkan yang perfect. ada la seorang insan ni dia kata " Allah takkan beri kan apa yang kita mahu,tapi Allah akan berikan apa yang kita perlu". ada betulnya apa yang dia cakap.

jangan kita menjadi seperti bani Israel. dimana Allah telah memperingati mereka mengenai erti syukur dan kelebihan syukur, tetapi masih berdegil dan angkuh untuk tidak mahu bersyukur, dan lihatlah bagaimana Allah melaknat mereka. Allah telah memberi kan mereka peluang untuk bersyukur di dalam surah Al-baqarah ayat 40,47 dan 122,


 MAKSUD:wahai bani Israel, kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah Aku berikan kepada kamu,dan sempurnakan perjanjian kamu dengan Ku, supaya Aku sempurnakan perjanjian-Ku dengan kamu; dan Ak-lah sahaja hendaklah kamu berasa gerun takut, (bukan sesuatu yang lain).Al-Baqarah:40


 MAKSUD: wahai bani israel,kenangkanlah nikmat-nikmat Ku yang Aku telah kurniakan kepada kamu, dan (ingatlah) bahawasanya Aku telah melebihkan (nenek-moyang) kamu (yang taat dahulu) atas orang-orang (yang ada pada zamannya).Al-Baqarah:47


MAKSUD: wahai bani israel,kenanglah akan limpah kurnia nikmat-Ku yang telah Ku-berikan kepada kamu, dan Aku telah melebihkan ( datuk-nenek) kamu(yang taat dahulu) atas umat-umat yang lain( yang ada pada zamannya).

bila aku fikirkan semula. janganlah kita angkuh seperti bani israel. aku pun kena muhasabah diri balik. banyak nikmat-nikmat yang aku tak bersyukur kepada Allah. tak terbilang dengan kalkulator casio...:D.. assalammualaikum..








sudah terang lagi bersuluh. apa lagi yang hendak kita nafikan,dan apa lagi yang kita hendak buktikan?.. sesungguhnya Allah telah memberi a

maran kepada kaum israel mengenai nikmat bersyukur di dalam surah Al- Baqarah, ayat 40.

Friday, 18 May 2012

Awan mengikut orang yang bertaubat

Diriwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada budak tetangganya. Suatu saat gadis itu mendapatkan tugas menyelesaikan urusan keluarganya di desa lain. Si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dan mengajaknya menikmati kesempatan langka dan indah itu. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Meskipun sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah."
Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar hatinya gementar, tenggoroknya kering dan hatinya semakin berdebar, dia lalu berkata, "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang haus dan nyaris mati. Is kemudian bertemu seorang soleh. Mereka berjalan bersama. Mereka melihat gumpalan awan berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia lalu mengikuti tukang jagal tadi lantas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga di tempat itu. Maka laki-laki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah s.w.t. itu berada di suatu tempat yang tak seorang pun berada di situ."

Wednesday, 16 May 2012

Membangkang perintah ayah

Ketika Rasulullah s.a.w. memanggil kaum Muslimin yang mampu berperang untuk terjun ke gelanggang perang Badar, terjadi dialog menarik antara Saad bin Khaitsamah dengan ayahnya yakni Khaitsamah. Dalam masa-masa itu panggilan seperti itu tidak terlalu menghairankan. Kaum Muslimin sudah tidak merasa asing bila dipanggil untuk membela agama Allah s.w.t. dan jihad fisabilillah. Sebab itu Khaitsamah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, aku akan keluar untuk berperang dan kau tinggal di rumah menjaga wanita dan anak-anak."

"Wahai ayahku, demi Allah janganlah berbuat seperti itu, kerana keinginanku untuk memerangi mereka lebih besar daripada keinginanmu. Engkau telah berkepentingan untuk tinggal di rumah, maka izinkanlah aku keluar dan tinggallah engkau di sini, wahai ayahku." Khaitsamah marah dan berkata kepada anaknya, "Kau membangkang dan tidak mentaati perintahku." Saad menjawab, "Allah mewajibkan aku berjihad dan Rasulullah s.a.w. memanggilku untuk berangkat berperang. Sedangkan engkau meminta sesuatu yang lain padaku, sehingga bagaimana engkau rela melihat aku taat padamu tetapi aku menentang Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w.."

Maka Khaitsamah berkata, "Wahai anakku, apabila ada antara kita harus ada yang berangkat satu orang baik kau mahupun aku, maka dahulukan aku untuk berangkat." Saad menjawab, " Demi Allah wahai ayahku, kalau bukan masalah syurga, maka aku akan mendahulukanmu." Khaitsamah tidak rela kecuali melalui undian antara dia dan anaknya sehingga terasa lebih adil. Hasil undian menunjukkan bahawa Saadlah yang harus turun ke medan perang. Dia pun turun ke medan Badar dan mati syahid.

Setelah itu Khaitsamah berangkat menuju medan pertempuran. Tetapi Rasulullah s.a.w. tidak mengizinkannya. Hanya sahaja Rasulullah s.a.w. akhirnya mengizinkannya setelah Khaitsamah berkata sambil menangis, " Wahai Rasulullah, aku sekali terjun dalam perang Badar. Lantaran inginnya aku harus mengadakan undian dengan anakku. Tetapi itu dimenangkannya sehingga dia yang mendapat mati syahid. Kelmarin aku bermimpi di mana di dalamnya anakku itu berkata kepadaku, "Engkau harus menemani kami di syurga, dan aku telah menerima janji Allah. Wahai Rasulullah, demi Allah aku rindu untuk menemaninya di syurga. Usiaku telah lanjut dan aku ingin berjumpa dengan Tuhanku."

Setelah diizinkan Rasulullah s.a.w., Khaitsamah bertempur hingga mati syahid dan berjumpa dengan anaknya di syurga.

Monday, 14 May 2012

Pesanan Allah s.w.t. kepada Nabi Musa a.s.

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah s.a.w. bersabda : "Allah s.w.t. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
  • Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
  • Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tuamu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
  • Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
  • Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
  • Jangan hasad dengki dan irihati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
  • Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
  • Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
  • Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
  • Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri.
  • Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu.

Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah s.w.t. menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah s.w.t. memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Saturday, 12 May 2012

Batu-batu yang aneh

Dalam sebuah hadis menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang lelaki wukuf di Arafah. Dia berhenti di lapangan luas itu. Pada waktu itu orang sedang melakukan ibadat haji. Wukuf di Arafah adalah rukun haji yang sangat penting. Bahkan wukuf di Arafah itu disebut sebagai haji yang sebenarnya kerana apabila seorang itu berwukuf di padang Arafah dianggap hajinya telah sempurna walaupun yang lainnya tidak sempat dilakukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. mengatakan :
· "Alhajju Arafat" (Haji itu wukuf di Arafah)

Rupanya lelaki itu tadi masih belum mengenali Islam dengan lebih mendalam. Masih dalam istilah 'muallaf'. Semasa dia berada di situ, dia telah mengambil tujuh biji batu lalu berkata pada batu itu : "Hai batu-batu, saksikanlah olehmu bahawa aku bersumpah bahawa tidak ada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah."

Setelah dia berkata begitu dia pun tertidur di situ. Dia meletakkan ketujuh-tujuh batu itu di bawah kepalanya. Tidak lama kemudian dia bermimpi seolah-olah telah datang kiamat. Dalam mimpi itu juga dia telah diperiksa segala dosa-dosa dan pahalanya oleh Tuhan. Setelah selesai pemeriksaan itu ternyata dia harus masuk ke dalam neraka. Maka dia pun pergi ke neraka dan hendak memasuki salah satu daripada pintu-pintunya. Tiba-tiba seketika batu kecil yang dikumpulnya tadi datang dekat pintu neraka tersebut. Tetapi mereka tidak sanggup rupanya. Malaikat azab telah berada di situ. Semua malaikat itu menolaknya masuk ke pintu neraka tersebut. Tapi sanggup rupanya. Kemudian dia pun pergi ke pintu lain. Para malaikat itu tetap berusaha hendak memasukkannya ke dalam neraka tapi tidak berjaya kerana batu mengikut ke mana sahaja dia pergi.

Akhirnya habislah ketujuh pintu neraka didatanginya. Para malaikat yang bertindak akan menyiksa orang-orang yang masuk neraka berusaha sekuat tenaga untuk menolak lelaki itu dalam neraka tetapi tidak berjaya. Sampai di pintu neraka nombor tujuh, neraka itu tidak mahu menerimanya kerana ada batu yang mengikutinya. Ketujuh-tujuh batu itu seolah-olah membentengi lelaki itu daripada memasuki neraka. Kemudian dia naik ke Arasy di langit yang ketujuh. Di situlah Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : "Wahai hambaku, aku telah menyaksikan batu-batu yang engkau kumpulkan di padang Arafah. Aku tidak akan menyia-nyiakan hakmu. Bagaimana aku akan menyia-nyiakan hakmu sedangkan aku telah menyaksikan bunyi 'syahadat' yang engkau ucapkan itu. Sekarang masuklah engkau ke dalam syurga." Sebaik sahaja dia menghampiri pintu syurga itu, tiba-tiba pintu syurga itupun terbuka lebar. Rupanya kunci syurga itu adalah kalimat syahadat yang diucapkannya dahulu.

Friday, 4 May 2012

Inilah penyakit dunia..

Assalammualaikum..

tengah-tengah malam camni la aku post benda baru. kali ni aku nak dekatkan kita kepada masalah remaja paling famous sekarang... Zina. start from now on, you guys and girls can search me on youtube. in the name islamavailableTV.. ini video pertama yang aku upload. walawpun kualiti agak low sebab broadband aku ni slow, jadi aku buat video yang ringan ja. dalam 22.1 mb. tu pn berjanggut aku tunggu nak upload kat youtube. Bersabor2.. alhamdulillah selesai pun upload.

masa sekarang ni orang ramai tengah sibuk dengan PRU la, Bersih 3.0 la, dan macam-macam lagi. jadi pembaca jangan risau blog ni bebas politik. segala komen-komen yang berkaitan politik akan dipadamkan.

jadi mari kita bincang, statistik kes pembuangan bayi dan makin meningkat. aritu aku tengok TV1.. ada program dengan siswa dan siswi universiti-universiti tempatan. secara purata. dalam satu hari akan lahir 83 orang anak luar nikah... di mana salah dan silap kita.banyak persoalan sering diajukan. kalaw karangan SPM 350 patah perkataan pn tak cukup nak sembang pasal ni. senang cakap HUDUD lah jawapan kepada segala masalah ini. tak payah nak buat kempen anti-zina la, kempen anda bijak menjauhi zina la, kempen tak nak maksiat la, membazir ja semua tu, tambah-tambah membazir amalan syaitan...jadi fikir-fikirkan apa yang terbaik. Allah menciptakan akal pada manusia untuk mereka berfikir.

bagi aku yang salah adalah masyarakat itu sendiri. kalaw pembaca tengah baca blog ni. cuba pandang kat luar tingkap rumah. apa yang anda nampak. kalaw setakat pokok, budak-budak dok main guli x payah cakap la... tapi ada anda nampak perempuan yang tidak menutup aurat sepenuhnya, lelaki yang bermain bola dengan sluar pendek, tak pun pasangan yang nek moto yang belum tentu status mereka sebagai suami isteri.

mungkin ada yang mengatakan "alah, blogger ni pun dok wat dosa banyak , bila nampak ada dia tegoq"
itulah... aku sendiri mengaku aku ada buat dosa, tapi aku tak kan biarkan iman aku selemah-lemah iman yang hanya mencegah melalui hati....

dan lihat masyarakat sekeliling.. ada mereka menegur.. so ask yourself.. ok.. enjoy this video...


 
untuk mendapatkan mp3 wajah suci nyanyian mestika.... klik Download

Assalammualaikum

Wednesday, 2 May 2012

STPM sistem baru!!!

Assalammualaikum... baru-baru mak aku bagi tau yang tingkatan 6 2012 akan ada sistem semester. jadi aku pun start sedih sebab aku tak dapat tingkatan 6.. jadi kepada yang bakal menjadi pelajar tingkatan enam.. ucaplah syukur kepada Nya.... jadi jom kita review maklumat yang aku dapat.
 __________________________________________________________________________________

Format STPM Baru 2012/2013

STPM 2012 2013
KUALA LUMPUR 7 Mac – Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) akan melaksanakan sistem pentaksiran baharu dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula sesi pengambilan 2012/2013 yang akan memulakan pengajian pertengahan tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Maziyan Hamzah berkata, melalui sistem baharu itu pengajian peringkat STPM akan menggunakan sistem penggal dan pemarkahan tidak lagi bergantung 100 peratus pada peperiksaan.
Katanya, pengajian selepas ini akan dibahagikan kepada tiga penggal dan pelajar perlu menduduki peperiksaan di setiap hujung penggal.
“Akhirnya kesemua markah itu akan dicampur sebelum keputusan penuh dikeluarkan selepas menduduki peperiksaan penggal ketiga,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman keputusan STPM 2011 di sini hari ini.
Tambahnya, melalui sistem baharu itu juga pelajar mempunyai peluang untuk menambah baik keputusan mereka apabila diberi kelonggaran untuk menduduki semula peperiksaan penggal yang dirasakan perlu.
“Namun mereka hanya boleh mengulang peperiksaan penggal apabila sudah berada di pengajian penggal ketiga sahaja,” jelasnya.
Menyentuh mengenai pemarkahan pula, beliau menegaskan bahawa, pemarkahan akan terbahagi kepada dua iaitu 60 hingga 80 peratus merupakan markah peperiksaan manakala baki 20 hingga 40 peratus adalah markah kerja kursus.
“Pembahagian markah itu bergantung kepada mata pelajaran yang diambil dan mereka wajib untuk menyiapkan kerja kursus bagi melayakkan menduduki peperiksaan,” ujarnya.
Mengulas mengenai sistem baharu tersebut, Maziyan berkata, ia akan memberi kelebihan kepada pelajar kerana kandungan pengajian akan dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian mata pelajaran.
“Justeru pelajar akan diuji mengikut kelompok tajuk yang sedikit di setiap hujung penggal dan bukan lagi seperti sekarang yang akan diuji secara keseluruhan apabila menduduki kerusi STPM,” jelasnya.
Bagaimanapun beliau memberitahu, tempoh pengajian dan peruntukan waktu pengajaran adalah sama seperti sedia ada dan bilangan mata pelajaran yang ditawarkan juga tidak berubah.
Untuk melihat format baharu STPM sesi 2012/2013, sila rujuk laman web MPM.

___________________________________________________________________________________

FORMAT BARU TINGKATAN 6

  • Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah mengumumkan bahawa suatu sistem penilaian baru akan dilaksanakan bagi peperiksaan STPM mulai tahun ini.
  • Pelajar akan dinilai dengan peperiksaan dan kerja kursus.
  • Akan ada 3 jenis kerja kursus- projek atau tugasan, kerja makmal dan kajian lapangan.
  • Pelajar akan menduduki 3 peperiksaan, dimulakan dengan Tingkatan 6 rendah. Tempoh STPM masih kekal seperti dahulu.
  • Penilaian kerja kursus akan dijalankan oleh guru matapelajaran di sekolah sementara penilaian penuh akan dijalankan oleh MPM.
  • Pencapaian pelajar akan dinilai setiap semester dan keputusan peperiksaan juga akan diumumkan setiap semester. Keseluruhan keputusan STPM akan dikumpulkan berdasarkan jumlah dari 3 semester.
  • Satu daripada kelebihan sistem baru ini adalah, pelajar akan dapat mengulangi peperiksaan pertama dan/atau kedua dalam semester ketiga. Pelajar juga dapat mengulangi peperiksaan semester ketiga selepas keputusan diumumkan.

___________________________________________________________________________________

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).

PELAJAR lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang melanjutkan pelajaran di tingkatan enam mempunyai peluang cerah menjejakkan kaki ke institut pengajian tinggi (IPT).

Ini kerana, tingkatan enam ibarat prauniversiti dan dengan keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), ia melayakkan mereka mengikuti program ijazah.
Walaupun STPM bagaikan satu tiket ke IPT, kebanyakan pelajar lepasan SPM kini tidak berminat melanjutkan pelajaran di tingkatan enam sebaliknya memilih institut pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk meneruskan pengajian.

Mana tidaknya, walaupun dikatakan prauniversiti, sistem pembelajarannya tetap dilaksanakan seperti sistem persekolahan biasa di sekolah menengah.

Selain itu, pelajar di tingkatan enam turut merungut kerana perlu belajar mata pelajaran yang membebankan dan apabila mendapat keputusan STPM, mereka tiada peluang ke IPT.

Justeru, bagi menarik minat lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke tingkatan enam, sistem terminal yang dilaksanakan kini akan di gantikan dengan sistem modular.

Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester.

Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan kepada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal, pelajar terpaksa mengulang kaji pelajaran dari Tingkatan Enam Bawah hingga Tingkatan Enam Atas.

Kaedah taksiran modular akan mengambil kira empat komponen iaitu penilaian berasaskan kurikulum dengan amalan peperiksaan biasa, projek sekolah, kerja amali dan ujian berasaskan sistem peperiksaan 'open book'.

Dalam sistem modular, 20 hingga 30 peratus keputusan STPM diperolehi dari tugasan kursus atau projek dan penilaian lain selain kerja amali manakala 70 hingga 80 peratus bergantung kepada peperiksaan akhir pengajian.

Peperiksaan akhir tahun masih perlu dalam STPM untuk menentukan tahap keupayaan pelajar apabila memohon ke universiti.

Walaupun sistem itu hanya dilaksanakan menjelang 2011, pelbagai pihak memberi pandangan pro dan kontra.

Setiausaha Agung, Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata pihaknya menyokong sistem modular menggantikan sistem terminal.

Beliau berkata, pembelajaran di tingkatan enam ibarat tadika sebelum masuk darjah satu dan ia perlu disesuaikan dengan suasana persekolahan supaya mereka tidak panik.

"Jika dilihat pembelajaran di tingkatan enam sekarang, ia sangat terikat sistem persekolahan biasa.

"Kita mahu pelajar tingkatan enam menuntut dalam persekitaran universiti sebenar kerana ia persediaan awal sebelum melangkah ke IPT.

"Dengan sistem modular, kita dapat membezakan pembelajaran di tingkatan enam dan sekolah menengah walaupun di kawasan yang sama," katanya.

Katanya, secara tidak langsung, sistem itu mengangkat martabat tingkatan enam dan lagi dianggap pilihan terakhir melanjutkan pelajaran.

"Kita sedia maklum, ada sesetengah pelajar melanjutkan pelajaran di tingkatan enam kerana gagal memperoleh tawaran dari IPT atau matrikulasi.

"Justeru, mereka menganggap tingkatan enam tempat terakhir menyambung pelajaran," katanya.

Beliau percaya sistem baru ini akan membuka minda pelajar tingkatan enam keluar dari kepompong pelajar sekolah dan lebih setaraf dengan rakan-rakan mereka di IPT.

"Sistem ini akan membantu pelajar untuk berfikir jauh dan tidak terikat dengan pemikiran pelajar sekolah," katanya.

Sementara itu, bekas pelajar tingkatan enam, Amelia Ahmad Kamal, 27, berkata sistem itu langkah yang bijak dan sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

"Tanyalah sesiapa pasti mereka mengakui cara belajar di tingkat enam sangat menyusahkan.

"Untuk menghadapi STPM, kami membaca semua buku tingkatan enam bawah dan atas yang dipelajari sepanjang dua tahun.

"Jika tersilap langkah dan gagal menguasai subjek yang dipelajari sepanjang dua tahun itu, mereka akan kecundang dan tiket ke IPT lebur begitu saja," katanya.

Selain itu, dengan sistem penggal seperti mana yang dilaluinya dulu, ia membataskan kreativiti pelajar dan menjadikan mereka tidak berkembang.

"Sebagai pelajar di tingkatan enam, kita sebenarnya setaraf dengan pelajar di IPT dan sudah boleh berfikir dengan lebih meluas.

"Tetapi, dengan sistem pembelajaran itu, kita tidak punya masa untuk semua itu dan akan lebih memfokuskan kepada pelajaran," katanya.
myMetro: 6 Julai 2009
 __________________________________________________________________________________
petikan Utusan Online

TRANSFORMASI pendidikan melalui pelaksanaan sistem pentaksiran baharu Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dilihat seperti serampang dua mata iaitu ingin menarik lebih ramai pelajar untuk menduduki peperiksaan tersebut kerana jumlahnya semakin berkurangan tahun demi tahun.
Keduanya untuk menyesuaikan dengan perkembangan baru dalam dunia pendidikan pra universiti iaitu berasaskan ‘outcome based education’ bertujuan melahirkan modal insan cemerlang yang menekankan ‘character building’ dan memiliki kemahiran insaniah atau ‘soft skills.’ Pendekatan dan kaedah ini telah pun diamalkan dalam kurikulum dan peperiksaan peringkat antara bangsa iaitu ‘A Level’ dan ‘International Baccalaureate’ (IB).
Seperti biasa selepas keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan hampir setengah juta pelajar akan mengikut haluan sendiri untuk mengejar cita-cita masing-masing.
Nampaknya mereka mempunyai pilihan yang terbuka luas sama ada ingin mengikuti pengajian di peringkat diploma, mengambil sijil kemahiran, mengikuti kelas matrikulasi atau memasuki tingkatan enam bagi mengambil STPM.
Bagi mereka yang tidak berminat melanjutkan pelajaran boleh saja memohon pekerjaan di sektor awam atau swasta. Atau yang memiliki bakat keusahawanan mungkin akan melakukan kerja sendiri sama ada berniaga, bertani dan sebagainya. Sementara itu, mereka yang ingin melanjutkan pelajaran di seberang laut boleh mengambil peperiksaan ‘A Level’ atau ‘IB’ yang ditawarkan di kolej-kolej swasta tertentu.
Sesungguhnya tidak sukar melanjutkan pelajaran tinggi di negara kita. Terdapat ratusan institusi pendidikan tinggi awam dan swasta di seluruh negara yang menawarkan ratusan jenis kursus. Pilihlah mana yang sesuai dengan minat dan keupayaan sendiri atau seperti kata pepatah ‘tepuk dada tanya selera.’ Jangan lupa bidang yang dipilih mestilah mempunyai nilai dan permintaan tinggi di pasaran pekerjaan jika tidak mungkin akan menimbulkan masalah selepas bergraduat nanti.
Dari segi kewangan pula jangan bimbang, kita ada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) atau Pinjaman Pelajaran MARA yang sedia membiayai pengajian secara pinjaman bagi mereka yang memenuhi syarat.
Beruntunglah mereka yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM kerana Jabatan Perkhidmatan Awam, Bank Negara dan banyak lagi institusi awam, swasta dan badan-badan persendirian yang sudi membiayai pengajian mereka sama ada di dalam atau luar negara.
Bagi tujuan menarik minat lebih ramai pelajar untuk memasuki tingkatan 6, Majlis Peperiksaan Negara (MPM) akan memperkenalkan peperiksaan STPM baharu yang diluluskan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada pada 4 Januari 2012.
Perubahan ini akan dimulakan kepada pelajar tingkatan 6 bawah yang akan mendaftar mulai Mei 2012 ini. Mereka merupakan pelajar kohort pertama yang akan mengambil peperiksaan STPM baharu yang akan diduduki pada akhir tahun 2013 nanti.
STPM dulunya dikenali sebagai High School Certificate (HSC) telah dimulakan sejak 1950an yang merupakan satu-satunya peperiksaan untuk membolehkan seseorang diterima masuki universiti. Apabila Dasar Pendidikan Kebangsaan diperkenalkan mulai 1970 maka secara beransur-ansur peperiksaan STPM menggantikan HSC.
STPM mempunyai kelebihan kerana kurikulumnya berbentuk umum. Misalnya pelajar aliran kemanusiaan akan mengambil subjek Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ekonomi, Sejarah dan Pengajian Am di mana mereka boleh memilih untuk memasuki sama ada fakulti Ekonomi, Undang-Undang, Pengajian Perniagaan, Sastera atau Sains Sosial apabila memasuki universiti nanti.
Ini berbeza dengan pelajar yang mengambil diploma atau matrikulasi di mana bidangnya lebih menjurus kepada pengkhususan. Misalnya, bagi mereka yang mengambil Diploma Pendidikan akan mengikuti Ijazah Pendidikan apabila memasuki universiti. Demikian juga aliran matrikulasi yang kebiasaan akan mengikuti ijazah dalam sains tulen.
Bagi melaksanakan transformasi ini kajian dan projek rintis telah dilaksanakan sejak beberapa tahun lepas. Ini bagi memastikan supaya perubahan ini dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Bermula pengambilan pelajar tahun ini mereka akan mengikuti pengajian berbentuk penggal iaitu setiap hujung penggal akan diadakan peperiksaan.
Ini bermakna pelajar tidak lagi dibebankan dengan peperiksaan di akhir tahun. Peperiksaan setiap penggal akan diberikan wajaran iaitu 20% hingga 40% dan dikendalikan secara Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS).
Sementara itu, peperiksaan akhir wajarannya sebanyak 60% hingga 80% adalah peperiksaan berpusat yang dikendalikan oleh MPM. Ini bermakna kandungan kurikulum menjadi lebih ringan kerana dibahagi kepada tiga penggal. Pelajar-pelajar akan mempunyai masa lebih untuk membahagikan aktiviti pembelajaran mereka.
Apa yang menarik dengan kaedah baru ini sekiranya pelajar mendapat keputusan yang tidak memuaskan bagi setiap akhir penggal mereka boleh mengulang semula subjek berkenaan di penggal seterusnya. Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal 3 boleh juga menduduki semula peperiksaan akhir penggal 3 sahaja pada Mac/April tahun berikutnya.
Keputusan keseluruhan peperiksaan STPM Baharu ini adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal. Dengan cara ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki keputusan peperiksaan supaya ia benar-benar terbaik. Keputusan ini dijangkakan memberi peluang lebih besar kepada pelajar untuk terpilih memasuki universiti nanti.
STPM baharu ini disediakan agar selari dengan perkembangan penilaian dan peperiksaan di peringkat antarabangsa. Misalnya kurikulum ‘A Level’ dan ‘IB’ bukan lagi menekankan peperiksaan bertulis semata-mata tetapi turut menilai pelajar melalui tugasan dan kerja kursus seperti penyediaan kertas projek, kertas seminar dan kajian luar.
Bagi melahirkan modal insan cemerlang ditekankan pula kemahiran insaniah atau ‘soft skills’ seperti menggalakkan aktiviti secara berkumpulan, kemahiran berkomunikasi, membina asas kepimpinan dan menggalakkan mereka sentiasa berfikir secara kritis. Dalam STPM baharu ini semua kaedah tersebut diterapkan dengan memberikan markah kepada gerak kerja dan aktiviti tersebut melalui PBS.
Penyebaran maklumat tentang STPM baharu ini perlu dilakukan secara meluas kepada pelajar dan ibu bapa agar lebih ramai pelajar memasuki tingkatan 6 dan menduduki peperiksaan STPM.
Moga-moga kita akan dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berketerampilan dan berdaya saing sebelum mereka menjejakkan kaki ke universiti nanti. Walau apa pun tahniah dan syabas kepada MPM.

Tuesday, 1 May 2012

Maher Zain - Forgive Me


Maher Zain - Forgive Me
Assalamualaikum....
hi,.. we meet again, for today post i want to review new Maher Zain album titled Forgive Me. it been release this year. and i hope that people will buy his album, and not download it for free in the internet. because it illegal. futhermore, it will support Maher Zain to produce another album.

For the first time i see it's cover. i think it very special.

it have 17 songs for international Album

01 - I Love You So
02 - Number One For Me
03 - Mawlaya
04 - My Little Girl
05 - Forgive Me
06 - One Big Family
07 - Assalamu Alayka
08 - Paradise
09 - Masha Allah
10 - Radhitu Billahi Rabba
11 - Freedom
12 - So Soon
13 - Muhammad (pbuh)
14 - Guide Me All The Way
15 - Mawlaya (Arabic Version - Bonus Track)
16 - Assalamu Alayka (Arabic Version - Bonus Track)
17 - Radhitu Billahi Rabba (Arabic Version - Bonus Track)



MZ - FM ( for malaysia seller )
but in Malaysia, i don't know because i think not all song have.as you can see for yourself.

so, what are you waiting for..

just get out from your computer and buy this album...

Assalammualaikum