Sunday, 8 January 2012

Iklan kereta SUBARU melangar kanak-kanak Palestine

ASSALAMUALAIKUM.

Aku tak tau nak tulis apa untuk post kali ni
tapi anda fikir-fikirkanlah sendiri.....



Thursday, 5 January 2012

Tahun baru. apa isi nya?

Bissmillahhirrahmanirrahim.



sekarang ni bahang tahun baru masih hangat. tapi apa isinya. Saya yakin ramai di kalangan pembaca blog saya terdiri dari umur lingkungan remaja. dan apa yang anda lakukan untuk tahun baru ini.

adakah dengan ini

atau ini


saya bukan ingin mengata pada sesiapa sedangkan insan ini masih banyak yang perlu diperbetulkan. tapi adakah anda tidak ingin merasakan untuk berubah. saya juga sedang ingin berubah. tapi tak seronok la kalau saya sahaja yang berubah dan saya ingin mengajak anda semua untuk berubah dari negatif ke positif. bukan untuk duniawi. tapi untuk ukhrawi. untuk akaun akhirat anda sendiri.

maka marilah dan sebarkanlah kalimah-kalimah mulia ini ke serata dunia..

kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima ksaih kepada semua pembaca yang masih menyokong saya. terutamanya kepada pencipta kita semua, ibu bapa, dan rakan-rakan terutamanya Fakhrur Razi bin Abdul Halim yang kini berada di kem PLKN. kerana dia blog saya ini masih kekal hingga sekarang.

kerana dia saya ikhlaskan hati yang hampir punah dan ingin berputus asa untuk terus menulis hanya kerana Allah Subhanawataaala.. ALHAMDULILLAH..

Assalamualaikum..

Sunday, 1 January 2012

Fadhilat Bismillah

ASSALAMUALAIKUM.

setiap langkah kita, setiap tindakan kita haruslah dimulai dengan Bismillah. cuba para pembaca fikirkan persoalan ini. dalam banyak-banyak surah dalam Al-Quran. surah apa yang kalimah Bismillah termasuk dalam bilangan ayat?.. dan surah apa yang tidak dimulakan dengan Bismillah?. cuba teka...

petikan dari rockbebeh

Junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:
"Tiada seorang bambapun mengucapkan 'BISMILLAH HIRRAHMAN NIRRAHIM" kecuali Allah s.w.t. perintahkan para malaikat yang bertugas mencatat amal manusia untuk mencatat dalam buku induknya empat ratus (400) kebaikan."

Dan diantara khasiat 'BASMALLAH" dan 'LA HAU LAWALA QHU WATAILLA BILLAHI ALIYIL AZIM" maka ia dihindarkan daripada tujuh puluh musibah diluar keperihatinan, kesusahan, penyakit akal dan membebel.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 21 kali ketika hendak tidur maka ia aman dari syaitan laknatullah, kecurian, maut mendadak dan bala.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 41 kali pada telinga orang yang pengsan maka ia akan segera siuman (sedar).

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 313 kali dan selawat atas Nabi Muhammad s.a.w. 100 kali pada hari Ahad disaat matahari terbit dengan menghadap kearah Kiblat maka Allah s.w.t. memberi rezeki tanpa diduga bersamaan fadhal dan kemurahan Allah s.w.t.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 786 kali lalu ditiupkan pada air lalu diminumkan kepada orang yang bebal selama tujuh (7) hari disaat matahari terbit maka lenyaplah kebeballannya dan ia akan hafal apa yang didengarnya.

Barangsiapa membaca 'Basmallah" 50 kali dihadapan orang yang zalim atau penguasa yang bengis maka ia akan tunduk atau ketakutan.

Dan barangsiapa yang punya hajat kepada Allah s.w.t. maka sebaiknya ia berpuasa dihari Rabu, Khamis dan Jumaat dan dihari Jumaat itu dia mandi sunat dan wuduk lalu berangkat untuk menunaikan solat Jumaat dengan sedekah sekadarnya lalu sebaik sahaja habis solat Jumaat membaca doa:

(Maksudnya) Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang amat pengasih lagi penyayang; yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang terang, Dialah yang maha pengasih lagi penyayang. Aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, tidak pernah mengantuk apa lagi tidur (sampai akhir ayat) Dialah yang penuh kebesaran-Nya dilangit dan dibumi. Dan aku memohon kepadaMu dengan namaMu, dengan nama Allah yang pengasih lagi penyayang, yang melutut bagiNya setiap wajah, tunduk kepadanya riqab (tengkuk) dan khusyuk bagiNya setiap mata, dan gentar kepadaNya setiap hati kerana terlalu takut, dan mengalir kerananya air mata, bahawa berilah salawat serta salam kepada penghulu kami Muhammad, keluarga dan para sahabatnya, dan berikanlah kepadaku apa yang ku hajati, tunaikanlah apa yang ku kehendaki, yakni.....(disebut segala hajat)

Agar pintu rahmat dan rezeki terbuka juga JALBURRIZKI dan supaya dimuliakan makhluk maka bacalah 'YA ALLAH" sebanyak 66 kali dengan memanjangkan lafaz jalalah tersebut lalu membaca:
(Maksudnya) "Ya Allah, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu dan kurniaMu serta RezekiMu. Curahkanlah untukku perasaan redha kepada-Mu dan takwa kepada-Mu. Mudahkanlah bagiku untuk memperolehi rezeki-Mu dan sekelian makhluk-Mu, sesungguhnya Engkau kuasa atas tiap-tiap sesuatu."

Ikhtiar dalam mengubati penyakit: tulislah lafaz 'ALLAH HU' sebanyak 66 kali lalu diberi air itu dan diminumkan kepada orang yang berpenyakit dan orang yang kena cubaan.

Permohonan kesampaian hajat: Selesai sembahyang Asar pada hari Jumaat, bacalah 'YA ALLAH HU YA RAHMAN ' dalam keadaan suci dan menghadap arah Kiblat sampai matahari terbenam lalu memohon kepada Allah s.w.t. akan keperluan urusan dunia/akhirat, Insyaallah terkabul.(Dari Khadir a.s. Kitab Is'adurrafiq, halaman 51)

surah yang kalimah bismillah termasuk dalam bilangan ayat ialah Al-Fatihah. dan surah yang tidak mempunyai bismillah ialah At-Taubah