Alhamdulillah sekali lagi Allah S.W.T telah memberi ilham pada saya untuk menulis artikel baru. Sebenarnya saya dapat ilham ni sewaktu berada di dalam kelas. Dalam mata pelajaran agama ada tajuk yang menyentuh bab kita pada kali ini. Hidup ibarat seorang perantau. Betul tak?.
Sebenarnya saya suka bab ni sebab saya sentiasa bermusafir setiap hujung minggu apabila balik dari asrama.bayang kan dari form 2 hingga ke form 5 ,saya dah travel berjuta kilomiter(mungkin).walawpun susah tapi 1001 pengalaman yang dapat. Saya harap segala usaha saya dan keluarga saya membuahkan hasil iaitu cemerlang SPM yang akan tiba nanti. Saya pernah berfikir mengapa Allah menduga saya sampai macam ni.dan akhirnya saya menemui jawapan. Cuba kita renungkan kisah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail A.S. .Siti Hajar yang berulang dari Bukit Safa hingga ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali. Ustaz Solhi bernah berkata tentang Siti Hajar, “apasal dia buat macam tu sekali demi mencari air untuk anaknya Nabi Ismail,dia ulang sebanyak 7 kali dan tiada apa-apa yang dia dapat hanya fatamorgana permainkan dia”. Agak lama juga kami fikirkan jawapan dan akhirnya ustaz pun beritahu
Sebenarnya Siti Hajar buat macam tu sebab nak tunjukkan keikhlasan dan usaha dia demi mencapai matlamat (mencari air). Cuba bayangkan seorang isteri kepada nabi junjungan (Nabi Ibrahim) sanggup berusaha untuk mencapai matlamat. Apatah lagi kita yang merupakan insan biasa yang tiada apa-apa kelebihan pun. Mari kita fikirkan .
Ada banyak hikmah bila kita musafir. Cuma kita yang tidak lihat dengan mata iman. Kita hanya lihat dengan mata fana. Paling senang cuba selepas anda baca blog ni anda keluar mungkin ke surau atau sebagainya, dan lihat sekeliling sambil berfikir tentang kejadian ciptaan Ilahi.
Mungkin ada di antara pembaca masih belum dapat melihat. Tapi saya pernah mengalaminya. Ada banyak kejadian yang terjadi pada saya sepanjang bermusafir ,biasa la pelajar asrama, saya akan ulang alik dari Peneng Central – Kemunting. 25 oktober 2011 .minggu balik asrama. Saya dah contect kawan di Lahar Yooi dan kami rancang pada pukul 3.30 dia ambil saya di asrama. Manusia merancang tuhan yang menentukan. Petang tu Allah turunkan hujan, jadi kawan aku tak boleh nak hantar aku pergi Peneng Central. Aku pun fikir mungkin ni ujian untuk aku,tak dak jalan lain aku kena naik bas (Rapid Peneng) ke Peneng Central. Bila sampai ja kat sana,jam pukul 5.15pm. aku fikir patut aku solat asar dulu atau beli tiket dulu. Jadi aku pun solat asar dulu,sebab aku serahkan segala urusan aku pada Allah.
Klimaks dia bila aku beli tiket untuk ke Kemunting. Aku baru ja cakap “ sorang ja”(maksudnya aku naik sorang ja la), tiba-tiba, datang sorang mak cik ni dia cencel tiket untuk bass 5.30...aku pun terkejut ,sebab aku nak beli tiket untuk bas 6.30... waktu tu baru aku mengangkat 1001 keshukuran kehadrat Ilahi. Hasil titik peluh ,sabar aku,dan tidak lewatkan solat Allah bagi aku rezeki yang memang aku harapkan.
DOA BERMUSAFIR
Diambil dari buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT keluaran Telaga Biru
,hasil tulisan Dato’ Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Ab. Hamid.
· DOA KITA UNTUK MEREKA YANG AKAN BERMUSAFIR
“oh Tuhan,singkatkanlah baginya perjalanan yang jauh dan mudahkanlah akan perjalanannya”
(riwayat Al-Tirmizi daripada Abu Hurairah r.a.)
· DOA ORANG YANG AKAN BERMUSAFIR
“oh tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada engkau daripada kesukaran perjalanan dan kedukaan pada waktu kembali, juga aku berlindung daripada kekurangan sesudah kecukupan, juga daripada doa orang yang teraniaya daripada mendapatkan keadaan yang buruk, baik dalam harta mahupun keluarga”
· DOA APABILA KENDERAAN MULAI BERGERAK (KAPAL TERBANG, KAPAL,KERETA ,DLL)
“dengan nama Allah berjalan dan berhentinya kenderaan ini,sesungguhnya tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Pengasih”
(surah Hud: 41)
“dan tidaklah mereka menghargai nikmat Allah dengan sebenar-benar penghargaan. Bumi semuanya dalam genggaman-Nya sampai hari kiamat dan semua langit terlipat dalam tangan kanan-Nya.Maha suci Allah daripada yang menyekutukan-Nya.”
(surah Al-Zumar: 67)
· BACA AYAT KURSI 5 KALI BERTURUT-TURUT
· DOA APABILA KAPAL TERBANG AKAN MENDARAT, MUDAH-MUDAHAN BEROLEH SELAMAT
Wahai Tuhan, turunkanlah aku sebagai turun yang diberkati (selamat) dan Engkaulah Sebaik-Baik Zat yang Menurunkan.”
(surah Al-Mukminun: 29)
Musafir bukan sahaja perjalanan kita di dunia tetapi sepanjang perjalanan roh juga bermusafir sehingga ke destinasi terakhir. Roh kita melalui 5 perjalanan. Sekarang kita di alam ke-3 iaitu alam dunia/nyata.
Selepas ini kita akan memjejaki ke 2 alam yang lain pula. Tetapi , sudah banyakkah bekalan yang kita nak bawakan di sana nanti. Hidup kita ini ibarat seorang penumpang yang berada di atas kapal(islam), yang dikemudikan oleh Nabi Muhammad S.A.W. untuk ke destinasi(akhirat). Sehingga kita tiba di sebuah pulau(dunia) untuk mempersiapkan bekalan kita sebelum ke destinasi yang dituju(akhirat). Tetapi sayang kebanyakan dari penumpang tadi leka dengan keindahan pulau itu tadi dan lupa pada kapal yang akan membawa ke destinasi yang dituju dan yang lebih baik dari pulau itu tadi. Sayang mereka yang ketinggalan untuk mengikuti kapal tadi walaupun telah diberitahu oleh kapten(Nabi Muhammad S.A.W.) dan beruntunglah mereka yang peka dengan arahan kapten.
Sesungguhnya Allah telah banyak berjanji pada hambanya yang soleh.
Maksudnya: dan sesiapa yang taat kepada Allah dan rasul-Nya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka,iaitu nabi-nabi ,dan orang-orang siddiqin dan orang-orang yang syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan( kepada orang-orang yang taat ).